8 sebab kenapa kita selalu mimpi buruk!

Mimpi buruk ni biasanya petanda yang tak elok tentang diri kita. Lagi lagi kalau mimpi tu berulang kali. 

Ada mimpi yang kita kena tafsirkan, ada mimpi kita tak perlu tafsir sebab mimpi tu memang bagi direct untuk diri kita. 

Mimpi ni menunjukkan tentang keadaan diri kita. Kalau kerap sangat mimpi buruk tu kita kena cari la apa puncanya kan. 

Walau macam mana pun, kalau baru sekali mimpi buruk, biasanya tak ada apa yang perlu kita risau. So jangan terlalu over risau pasal mimpi. 

Links

1. Sebab badan kita kotor

Sama ada kita tengah period atau badan kita tengah busuk, atau tengah kotor, boleh sebabkan kita alami mimpi yang buruk. 

So jangan dihairankan sangat kalau hari tu kita ada mimpi buruk. 

Untuk masalah macam ni, settlekan dengan bersihkan diri sahaja. InsyaAllah mimpi buruk dah tak ada lagi. 

mimpi buruk

2. Kita menghina agama orang lain

Menghina agama orang lain boleh mencetuskan penyakit ain pada diri. Orang akan benci dengan kita, agama yg dihina pun akan ada sumpahannya pada diri kita. 

Menyebabkan kita mimpi buruk hampir setiap malam. Mimpi kita tu menunjukkan tubuh badan kita mungkin terkena penyakit ain & disumpah supaya hidup kita jadi susah. 

So jangan kita sesekali menghina agama orang lain. Tak semua yang akan kena, tapi risiko tu akan ada. 

Kalau dah terkena, jawapan dia, kena berubat untuk buang benda tak elok pada diri. 

3. Terkena tempias dari orang sakit

Orang sakit, kita tak tahu dia sakit apa yang sebenarnya. Walaupun doktor dah bagi tahu begini dan begitu, belum tentu tepat. Mungkin sakit dia ada kaitan dengan sihir. 

Mana lah tahu. 

Kita pulak selalu ada dekat dengan diri pesakit, akibatnya kita terkena tempias & sebabkan kita mimpi buruk hampir setiap hari. 

So kalau kita dah start mimpi buruk tu, check balik, kita ada tolong orang yang sakit tak. Check juga tanda tanda gangguan jin pada diri. Mana la tahu kan. 

4. Terkena sihir

Yang tadi tempias, kalau kita sendiri yang kena sihir, memang akan sebabkan kita mimpi buruk. Terutama binatang berbisa macam ular. 

Ular dalam mimpi beerti musuh. Dalam perubatan Islam biasa dikaitkan dengan sihir. 

So kalau kita kerap mimpi pasal ni, jaga jaga & jangan pandang remeh. Buat check up dengan pengamal perubatan Islam. InsyaAllah belum terlambat. 

Kalau lambat rawat, silap silap boleh jadi sakit klinikal macam kanser & boleh sebabkan kematian. 

5. Ada saka keturunan

Wuu kalau ada saka lagi dahsyat mimpi yang kita akan dapat. Biasanya lah kita akan mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi baby, mimpi lelaki yang tak dikenali atau mimpi arwah. 

Kadang mimpi tu tak la menakutkan atau dianggap buruk, tapi sebenarnya buruk juga jika dipandang dari kacamata perubatan ruqyah. Saka yang ada lama dengan kita akan menyebabkan kita mimpi buruk & sebabkan badan kita sakit sakit tanpa punca yang jelas. 

6. Benda ikut balik

Maklum kalau kita selalu keluar sana sini, mungkin ada benda yang tersuka dengan kita & ikut kita balik. 

Macam kucing & anjing, kalau diorang suka kita, diorang akan ikut kita balik. So sama juga la dengan jin. 

Kadang kadang dia suka, suka suka dia je nak follow kita. 

Bila dalam bilik dengan kita, dia akan tidur sama sama, dan akan sebabkan kita mimpi buruk. So pentingnya kita baca doa sebelum masuk rumah & bersihkan diri sebelum tidur. Simple. 

7. Menuntut ilmu yang salah

Zaman sekarang banyak budak budak muda salah menuntut ilmu. Ijazah sana sini untuk dapatkan kelebihan tertentu. 

Lepas dapat ijazah, dia jadi panas baran & kerap mimpi buruk. 

Benda nampak macam tak ada apa apa, tapi benda ni serius sangat. Boleh merosakkan kehidupan kita tanpa sebab. Al maklum benda ghaib kan. 

So check juga bab ni kalau kita ada menuntut ilmu kat mana mana. Jangan menangkan benda yang memang dah salah. 

mimpi buruk

8. Anxiety

Anxiety ni dia macam hijab dah terbuka pada diri. Sebabkan kita terdedah dengan benda benda tak elok kat luar. Terutama benda benda yang kita tak nampak dengan mata kasar. 

Anxiety ni dah la selalu fikir bukan bukan, mudah pulak rasa benda benda yang tak elok, benda lain pun suka ikut kita balik. Maklum selalu fikir negatif je. 

So semua ni boleh buatkan kita kerap mimpi buruk setiap malam. 

Kadang kadang kita tak sedar kita ada anxiety, so apa kata kita check tanda tanda anxiety pada diri. Mana la tahu ada. 

Kesimpulan

Mimpi buruk ni ada macam macam faktor. Ada macam macam msg yang nak disampai untuk kita berjaga jaga. 

Tapi maksud mimpi ni sangat la luas. Susah nak cari orang yang betul betul boleh tafsir dengan tepat. Kalau kita tanya sana sini pun, jawapan yang kita akan dapat berbeza beza.

Yang pasti mimpi disebabkan gangguan jin biasanya berkali kali. Bukan sekali kita terus cakap ada jin. 

Kena tengok tanda tanda yang lain juga, jadi jangan terlalu risau ya.  Mimpi buruk boleh dijadikan sebagai petanda untuk kita berjaga jaga dalam hidup. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.