11 sebab suami tiada nafsu dengan isteri – salah satu sebab video lucah

Banyak faktor kenapa suami tiada nafsu dengan isteri. Kadang kadang sebab benda yang kita nampak dengan mata. Kena baca sebab sebab suami tiada nafsu dengan isteri.

1. Isteri selalu pakai baju buruk

Suami tak bernafsu sebab isteri selalu pakai baju seburuk buruknya dalam rumah.

Bila diluar rumah, baru la nak cantikkan diri, kononnya nak nampak lawa depan orang lain. Tapi bila depan suami, selalu pakai baju yang buruk buruk.

So ni la yang sebabkan suami tak ada nafsu dengan isteri. Yang kita tahu, cuma menyalahkan suami semata mata.

sebab suami tiada nafsu dengan isteri

2. Isteri tak jaga kebersihan diri

Dah berpeluh, lepas tu tak mandi, busuk la jawabnya. Bila dah busuk, tak reti pulak mandinya. Terus tidur pulak tu. Lagi la suami menjauh. Macam mana nak bersama?

Bau pun dah tak menyenangkan suami.

Bila ditegur kita pula bagi banyak alasan, tak makan hati ke suami tu? So jangan hairan kalau suami dah tak nak kat kita lagi.

Selalu wangikan diri bila dengan suami, insyaAllah suami akan selalu bersama kita. Bab kebersihan memang penting & perlu titik beratkan dalam kehidupan.

Jangan pandang remeh sebab pun Allah tak suka benda benda kotor ni. Malaikat pun tak suka apatah lagi suami.

3. Tak menjaga berat badan

Tak jaga berat baran akan buat suami kurang bernafsu dengan diri kita. Penampilan dan berat badan tu penting dalam rumahtangga.

Jangan kita anggap remeh, dan akan bagi alasan ” suami perlu terima seadanya” Sempit pemikiran macam tu kalau kita memang fikir macam tu. 

Penampilan yang cantik tu penting depan suami. Jangan bagi alasan, tapi berusaha la untuk sentiasa nampak cantik didepan suami.

4. Selalu tengok video lucah

Kadang bukan salah isteri sepenuhnya. Tapi salah suami yang selalu layan video lucah.

Hari hari layan video lucah akan buatkan suami kurang bernafsu dengan isteri. Sebabnya si suami dah tengok macam macam perempuan lain selain isteri. 

Ni akan sebabkan suami mula nampak isterinya tak perfect macam dalam video yang dia dah tengok tu. Jadi tak hairan kenapa suami tiada nafsu dengan isteri.

6. Disebabkan terkena sihir

Sedar tak sedar, sihir pun boleh menyebabkan nafsu suami terkunci pada diri kita.

Bukan sebab sihir tu ada pada suami, tapi sihir tu ada pada diri kita, menyebabkan suami tengok kita langsung tak bernafsu.

Kalau kita ada tanda tanda sihir pada diri, segera bawa berubat. InsyaAllah masalah nafsu terkunci ni akan selesai.

Sihir ni benda kecil. 

Tenangkan diri & ubatkan diri. Usaha sampai pulih. Paling penting, jangan pandang remeh dengan bab macam ni. Boleh serius kalau dibiarkan ye.

sebab suami tiada nafsu dengan isteri
Gambar sekadar hiasan

7. Ada jin suka pada diri (Jin asyik)

Kita kan perempuan, bukan manusia je yang tertarik dengan kita, jin pun boleh tertarik dengan kita kalau kita ni terlampau cantik. Tapi siap siap la dengan kesan sampingannya.

Bila jin dah suka, dia akan bersama dengan kita. Bila dia bersama, dia akan sekat diri kita dengan orang lain.

Bukan setakat berat jodoh, kerap gaduh dengan pasangan, nafsu pun dia boleh sekat. Itu yang suami tak bernafsu dengan kita.

Kita yang ada problem sebenarnya, bukan suami. So pastikan kita bersih dari tanda tanda gangguan jin pada diri.

Kalau ada 1 – 2 tanda, tanya pada perawat. Dapatkan kepastian, sama ada kita ada gangguan jin atau pun tidak. Simple.

“Jin pun boleh jatuh cinta dengan manusia, sebab jin dan manusia hampir sama tapi tak serupa.”

8. Dah ada orang lain yang lebih baik

Mungkin suami dah ada orang lain. Dah bersama dengan orang lain, menyebabkan tiada nafsu dengan isteri.

Ini antara tanda tanda yang perlu kita berjaga jaga. Dan perlukan bukti yang kuat & kukuh sebelum kita menjatuhkan hukum.

Jangan terlalu cepat untuk bersangka buruk pada suami. Ada banyak faktor seperti yang disebut dalam artikel ni.

9. Ada gangguan jin kat dalam bilik tidur

Gangguan jin dalam bilik tidur pun boleh sebabkan kita & pasangan tak bernafsu. Dekat luar rasa okey. Tapi masuk bilik, semuanya jadi mati.

Semuanya jadi tanpa sebab yang jelas. Kadang kadang terus hilang mood bila masuk bilik. So ini petanda, bilik kita ada something yang kita tak nampak.

Sebab tu penting kita kena ikut sunnah Nabi.

Baca doa sebelum bersama, lepas tu bilik selalu kemas, pastikan tak ada bau busuk, lepas tu pastikan kita selalu mengaji kat dalam bilik tu. Jin syaitan semua akan blah dari tempat tu.

10. Suasana bilik bermasalah

Bilik kalau tak kemas, dengan bersepah, dengan ada banyak bau makanan, dengan bau busuk lagi, memang mana mana suami pun tak kan bernafsu dengan isteri.

Susah nak ada nafsu sebab faktor suasana pun penting jugak. Jadikan suasanan bilik selesa dulu sebelum bersama.

So pentingkan kebersihan kat tempat tidur. Baru betul. 

11. Suami nafsu songsang

Haa nampak macam tak logik. Tapi boleh jadi juga sebab suami memang tak ada nafsu dengan perempuan.

Dia kahwin dengan kita pun mungkin sebab keluarga & sebab nama ditempat kerja.Kita tak tahu suami kita macam ni atau tak, tapi percaya la, ini pun boleh jadi sebab kenapa suami kita tiada nafsu. 

Dari awal kahwin sampai sekarang, still sama je. Ada kemungkinan suami songsang, Kena siasat la sendiri.

“Suami nampak normal, tapi tanpa kita sedar, sebenarnya dia ada nafsu songsang. Rahsia manusia ni Allah je yang tahu. So berhati hati la.”

Kesimpulan

Selalu belajar & cari tahu kenapa suami kita tak bernafsu dengan diri kita. Jangan sesekali menyalahkan. 

Kita cari punca & selesaikan. Jadilah orang bijak untuk menguruskan rumahtangga.

Jangan dibesarkan benda yang kecil. Ada masalah, selesaikan dengan cara baik. InsyaALLAH masalah akan selesai.

Muhasabah diri sentiasa untuk mencari kekurangan diri, bukan kekurangan pasangan. Dah jumpa kekurangan diri, baiki lah.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.