Macam Mana Nak Share Story?
Korang boleh je hantar cerita korang dalam bentuk teks, pdf atau docs kepada kami di [email protected]. Tak kisah la cerita tu pasal kehidupan ke, cinta ke, dugaan, atau kisah kejayaan—semua kami sambut dengan tangan terbuka!
Tak Payah Risau Pasal Penulisan
Kalau korang rasa “Ala, aku ni bukan penulis profesional la, macam mana nak tulis?”, jangan risau! Pihak kami di Imuslim.co akan betulkan semua penulisan korang mengikut format dalam Imuslim ni. So, tak perlu segan-segan atau malu, ok?
Anonymous? Boleh!
Kalau korang rasa nak share tapi taknak orang tahu siapa penulisnya, itu pun boleh! Kami respect privasi korang. Cerita tetap akan diterbitkan, tapi tanpa nama penulis. Yang penting, isi cerita tu dapat sampai pada orang yang memerlukan.
Jadi, Apa Tunggu Lagi?
Tak rugi pun kalau korang kongsi. Siapa tahu, satu hari nanti korang akan baca cerita dari orang lain yang mungkin boleh bantu korang juga. Jadi, mari ramai-ramai kongsi cerita, dan buat komuniti kita di Imuslim.co jadi lagi erat dan bermakna.
F.AQ
Kami mengalu alukan story tentang kehidupan korang. Kalau rasa story kisah korang ada pengajaran untuk orang lain, boleh sharekan pada pihak kami.
Kami tidak menerima story yang ada unsur marketing, menjual produk secara halus, tak kira la dalam bentuk apa sekali pun korang nak market.
Cerita yang ada value pada pembaca, kami akan terbitkan. Bukan semua kisah akan diterbitkan.
Nama akan ditulis mengikut nama panggilan yang korang nak. Letak nama sebenar boleh, letak nama panggilan boleh, tak nak letak nama pun boleh. Tiada masalah.
Kami akan baca, edit, improve, tukar ke format imuslim mengambil masa dalam seminggu dua sebelum di publishkan dalam website. Korang boleh tengok di bahagian Story.
Kalau seandainya korang decide nak remove story korang dalam Imuslim ni, bila bila masa boleh. Contact je team Imuslim di [email protected]
Friendly, santai, jadi diri sebenar dalam menulis. Simple. Tulis dari hati.
Kalau ada gambar yang menyokong story korang, boleh hantar sekali. Kami akan pilih untuk masukkan dalam story. Maksud gambar ni ialah gambar sebenar. Bukan gambar dari Google.