10 sifat yang kita kena ada bila berhadapan dengan orang lain

Senyum akan buat orang lain sejuk hati. Tak senyum & selalu masam akan buat orang lain mengata kita. 

Hari hari senyum, akan buatkan orang lain jadi selesa & berani nak tegur kita. Lagi ramai la kawan yang kita ada nanti. Ni sifat yang kita kena ada pada diri. Baru orang suka. 

sifat yang kita kena ada pada diri

2. Kurang bercakap

Boleh bercakap tapi kurangkan. Jangan terlalu beriya riya. Banyak bercakap dan tak berhenti akan buatkan orang lain panas sinis sikit. Kita bercakap bila perlu sahaja. 

Lagi lagi dengan orang yang baru kita kenal. Bercakap benda yang bermanfaat je sambil senyum. Simple.

3. Tengok mata bila bercakap

Bila kita bercakap, pastikan kita tengok mata dia. Tengok tepat dalam mata. Kalau tengah bercakap, mata jangan melilau sana sini. Bercakap sambil tengok mata ni dikira adab & menunjukkan kita ni seorang yang berani. 

Kalau kita tak berani tengok mata, orang akan nampak yang kita ni agak penakut. Mungkin kita akan dilihat sebagai orang yang tak ada keyakinan diri. 

4. Bercakap dengan sedikit nada tegas

Dengan siapa pun kita bercakap, bercakap la dengan tegas. Jangan cakap main main or tergedik gedik. Bila cakap direct & tegas orang lain akan nampak kita ni serius. 

Automatik orang lain akan pandang hormat pada diri kita. Walaupun dia tak kenal pun sapa kita. 

Cuba cakap slow, tergedik & main main, asal cakap senyum senyum & gelak, padahal tak kelakar pun, orang lain akan nampak kita ni macam budak budak. 

5. Jangan suka pandang pandang

Kat mana pun kita berada, jangan suka pandang pandang orang lain, sebab orang lain tak suka dipandang. Termasuk la dengan diri kita sendiri. 

Kalau asyik pandang pandang, orang lain jadi tak selesa & akan kutuk kita dalam diam. Sama je kalau kita ada kat tempat orang tu, kita akan buat benda yang sama. 

Pandang pandang ni, menunjukkan sifat kita suka ambik tahu hal tepi kain orang lain. 

6. Jadi diri sebenar

Jangan acah acah tahu. Kalau tak tahu kita cakap tak tahu. Kalau tahu baru kita sebut betul betul. Jadi je diri sebenar. 

Kalau kita acah acah, orang lain boleh nampak sebenarnya yang kita ni tak jadi diri sebenar. So jangan buang masa. Apa pun yang kita buat dengan orang lain, jadi la diri sebenar. 

7. Common sense

Wajib ada pada diri. Kita kena fikir susah susah orang lain, kita kena tahu nak balas jasa orang lain, tahu sebut terima kasih & sebagainya. Kalau orang dah tolong kita, kita tolong dia balik. 

Kalau kita buat tak tahu. Berbudi bahasa ni wajib ada pada diri kita. Baru la orang lain akan sayang dengan kita. Simple. 

8. Selalu ucapkan terima kasih

Apa pun yang orang lain buat untuk diri kita, selalu lah ucapkan terima kasih. Orang lain yang mendengar akan rasa diri dihargai. 

Orang lain pun akan hargai diri kita sebagai seorang yang memahami. So apa pun, ucapkan perkataan terima kasih dalam keadaan tersenyum pada orang lain. Ni sifat yang kita kena ada pada diri. Wajib!

9. Jangan cerita masalah diri

Ada orang selalu sangat cerita masalah diri, sampai orang lain jadi bosan bila dengar. Kalau tak nak jadi macam tu, kita jangan cerita apa apa masalah diri pada orang lain melainkan dah jadi kawan rapat. 

Walaupun rapat, jangan kerap sangat cerita. Nanti kawan tu bosan. Kalau orang luar? Lagi la kita tak perlu nak cerita. Kita buat orang lain tak respect dengan diri kita. 

10. Jadi pendengar yang baik

Bila orang nak bercerita dengan diri kita, jadila pendengar yang baik. Jangan suka potong bila orang lain tengah bercakap. Dengar dulu sampai habis. 

Baru la kita bercakap bila perlu. Ramai orang suka kita jadi pendengar, orang lain akan amik berat dengan diri kita nanti walaupun kita tak pernah cerita apa apa masalah diri pada orang lain. 

Kesimpulan

Ni semua sifat yang kita kena ada pada diri. Kita akan nampak betapa ramainya orang akan hormat dengan diri kita. 

Yakin dengan diri, itu kunci utama. Kalau buat semua ni tapi tak yakin, tak guna juga. Aura tu tak ada pada diri. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.