Syarat berpoligami – Ini yang ramai kena tahu!

Bukan semua orang layak untuk berpoligami. Poligami ni bukan keputusan main-main. Korang perlukan pertimbangan yang sangat mendalam dan pastikan korang dah lepas untuk semua syarat-syarat dibawah ni.

Berlaku adil

Keadilan tu sangat penting! Korang kena pastikan yang korang adil dalam segala hal, dari masa yang korang luangkan hingga kepada nafkah yang korang berikan. Ini termasuk masa korang, perhatian, dan kasih sayang. Kalau korang rasa tak boleh nak jaga keadilan ni, baik fikir seribu kali.

Mampu dari segi kewangan

Korang mesti ada kewangan yang stabil. Jangan gunakan alasan rezeki dari Allah semata mata. Ini bukan setakat cukup untuk diri sendiri, tapi cukup untuk tanggung semua isteri dan anak-anak.

Yang korang kena tengok termasuklah perbelanjaan harian, pendidikan anak-anak, dan juga simpanan untuk masa depan. Kalau setakat gaji cukup cukup dan masih menumpang kesenangan dari isteri, fikir dulu sebelum buat keputusan yang membodohkan diri sendiri.

Seorang yang penyabar

Poligami ni perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau korang jenis tak sabar, korang tak layak untuk berpoligami. Bab poligami ni korang kena banyak bersabar dengan isteri-isteri dan anak-anak.

Jadi cuba tanya pada diri korang ni, adakah korang ni seorang yang penyabar dengan isteri, atau seorang yang suka memaki hamun isteri? Kalau jenis panas dengan isteri maknanya korang tak layak pun berpoligami.

Photo by Muhammad Faiz Zulkeflee on Unsplash

Seorang yang ada kerjaya

Kerjaya yang stabil penting untuk menjamin kesejahteraan keluarga. Kalau korang sekadar freelance baik korang lupakan hasrat untuk berpoligami.

Kalau korang ada kerjaya yang bagus, barulah korang boleh fikir untuk berpoligami. Pastikan duit korang bukan setakat untuk keselesaan sekarang, tapi juga untuk masa depan keluarga.

Pastikan isteri pertama hidup selesa dan lengkap

Sebelum korang tambah ahli keluarga, pastikan yang isteri pertama korang hidup dalam keadaan selesa dan tak ada kekurangan apa-apa. Ini termasuklah perhatian, kasih sayang, dan juga keperluan material. Jangan sampai isteri pertama rasa terabai.

Kalau isteri pertama pun tak mampu nak jaga, maknanya korang belum layak untuk berpoligami.

Restu dari mak ayah

Restu dari orang tua korang dan isteri korang penting. Ini bukan setakat untuk berkat, tapi juga sebagai tanda hormat. Kalau korang dapat restu, barulah segala urusan jadi lebih lancar. Kalau tak dapat, pandai pandailah korang hidup.

Sebab yang kuat untuk berkahwin

Korang kena ada sebab yang kuat dan jelas untuk berpoligami. Ini bukan setakat nafsu atau sebab-sebab yang remeh. Korang kena pastikan yang niat korang tu betul dan korang bersedia untuk pikul tanggungjawab yang lebih besar.

Kepatuhan pada undang-undang

Korang kena pastikan yang korang patuh pada undang-undang dalam negara berkaitan poligami. Setiap negara ada peraturan tersendiri, jadi pastikan korang ikut semua prosedur yang betul. Jangan asyik ikut orang lain untuk kahwin di Thailand je.

Photo by Muhammad Faiz Zulkeflee on Unsplash

Solat wajib tak tinggal

Agama adalah asas dalam poligami. Pastikan korang tak pernah tinggal solat wajib. Ini sebagai tanda komitmen korang pada agama dan tanggungjawab sebagai suami. Kalau benda macam ni pun tak lepas, jangan pernah sesekali untuk korang berfikir untuk berpoligami.

Buat solat sunat

Selain solat wajib, amalkan juga solat sunat. Ini akan membantu korang mendekatkan diri dengan Allah dan juga sebagai contoh yang baik untuk keluarga. Kalau tak buat pun tak apa, tapi lebih elok kalau korang jenis amalkan solat sunat.

Kesimpulan

So itulah syarat-syarat berpoligami yang korang kena ambil tahu dan buat. Ingat, setiap keputusan yang korang buat ada impaknya. Pikir masak-masak sebelum korang buat keputusan. Semoga artikel ni membantu korang faham lebih jelas tentang apa yang diperlukan sebelum memutuskan untuk berpoligami.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.