12 tanda Allah sayang kita

Allah kalau sayang pada kita, dia akan bagi apa yang kita perlukan. Dia akan jadikan dekat dengan diriNya. 

Cara Allah tunjukkan sayangNya pada kita berbeza dengan cara ibu bapa kita tunjukkan kasih sayang. 

Allah Maha Mengetahui ZAHIR & BATIN kita. Sebab tu cara dia mengasihi kita berbeza dari makhluk.

Contents

1. Ujian hidup untuk kita belajar

Allah akan bagi ujian kalau Dia nak kita belajar sesuatu tentang hidup. Kalau Dia nak kita belajar medical, Dia akan bagi kita sakit.

Kalau Dia nak kita belajar tentang rumahtangga, Dia akan bagi ujian berkaitan dengan rumahtangga. Kalau Dia nak kita belajar apa sahaja yang ada kat dunia ni, Dia akan bagi ujian yang berkaitan. 

Dengan ujian ni la kita belajar macam mana nak hidup kat dunia ni. Tak ada ujian, tak ada lah pengetahuan & pengalaman. 

So lagi banyak Allah uji kita, lagi banyak Dia nak kita belajar. So kenapa Dia nak kita belajar? Sebab Dia sayang kita. 

Dia nak jadikan kita sebagai manusia yang ada pengetahuan & pengalaman tentang hidup.  

2. Sakit klinikal & gangguan

Allah bagi kita sakit sebab Allah sayang. Dalam kita sakit tu, macam macam sebenarnya kita rasa & kita belajar. Kalau kita tak sakit, kita takkan tahu macam mana deritanya orang lain sakit. 

So bila Allah bagi sakit, kita akan dapat pengalaman yang bernilai dalam hidup kita. Menjadikan kita bertambah matang dalam hidup. 

Menjadikan kita orang yang lebih sebar & dapat faham dengan penderitaan orang lain. Kalau kita tak lalu, macam mana kita nak tahu?

3. Kita rasa sunyi

Hidup sunyi ni ujian berat juga. Nampak macam biasa, tapi sebenarnya berat. Hanya orang yang dah lalu sahaja yang akan tahu, betapa deritanya hidup sunyi. 

Kalau kita diuji dengan kesunyian, tahu la kita yang Allah nak kita dekat denganNya. Dia nak kita bergantung dengan Dia sepenuhnya. 

Dia akan bagi apa yang kita perlukan sepanjang tempoh kita sunyi. InsyaAllah. 

4. Kita kehilangan orang yang disayangi

Antara ujian yang boleh menyakitkan sesiapa sahaja. Kehilangan orang yang kita paling sayang. Allahu. 

Ramai orang Allah uji dengan cara ni, menunjukkan sebenarnya Allah sayang pada kita. Dia nak kita tahu, semua benda dalam dunia ni hanya sementara. Sebab tu Allah ambik orang yang kita sayang. 

Menjadikan kita sebagai orang yang lebih matang dalam hidup. Lebih menghargai apa sahaja yang ada didepan mata. 

Kalau kita tak rasa kehilangan, kita mungkin tak tahu untuk menghargai sesuatu tu dengan baik. 

5. Duit susah nak masuk

Allah nak kita belajar menghargai apa yang kita  ada. Sebab tu dia uji kita dengan duit susah nak masuk. 

Kita mungkin banyak merungut dalam hidup, sampai kita lupa nak menghargai apa yang kita ada. Kesannya hidup kita jadi susah, duit sentiasa tak ada. 

Cuba musahabah diri, tengok apa punca duit kita susah nak masuk. Kita akan jumpa jalan keluar. InsyaAllah. 

6. Tekanan jiwa

Zaman sekarang siapa je yang tak tekanan jiwa? Hampir semua manusia diuji dengan tekanan jiwa. Membuatkan kita takut, membuatkan kita stress & membuatkan kita tak tenang. 

Ni antara ujian paling berat sekali, walau tak nampak dengan mata kasar, tapi sangat berat nak menanggung. 

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kita alami. 

7. Masalah keluarga

Ramai orang diuji dengan masalah keluarga. 

Dia nak kita tahu yang kasih sayang ni tak semestinya datang dari darah daging sendiri. 

Kadang Allah nak bagi tahu kita, yang keluarga kita yang sebenar ada diluar, bukan darah daging kita sendiri. 

So kalau kita diuji dengan keluarga yang teruk, tahu la kita, keluarga kita sebenarnya ada kat tempat lain. 

9. Hidup miskin

Ramai hidup miskin. 

Sebab Allah nak kita hidup terbatas, kalau kita kaya mungkin kita akan leka. Kadang Allah jadikan kita miskin, sebab Dia nak kita bermula dari bawah. 

Allah nak kita belajar macam mana nak ubah kehidupan kita kearah yang lebih baik. 

Kalau semua benda kita diberi, sampai bila bila pun kita takkan belajar. So jangan kita hidup miskin ni selama lamanya dengan kita. 

Allah nak kita belajar & usaha je sebenarnya. Simple. 

10. Cacat (OKU)

Kalau kita diuji dengan cacat kekal, itu bermakna kehidupan kita dah dipilih oleh Allah untuk memudahkan urusan kita di syurga nanti. 

Walaupun kita OKU didunia, tapi percaya la, ada kelebihan lain yang Allah ganti masa kita didunia lagi. Kalau kita redha apa yang Allah bagi, hidup kita mungkin berubah kearah yang lebih baik. 

Bersangka baik pada Allah saja. Ada yang Dia dah siapkan untuk kita. 

11. Difitnah masyarakat

Kadang kadang orang kat luar sana asyik nak fitnah kita je, bawak gosip sana sini. Ramai yang nak jatuhkan kita. 

Ni pun antara ujian yang berat juga, hidup tak aman, sentiasa difitnah. Pergh. Sape je boleh tahan?

Kalau kita yang kena macam ni, maknanya Allah sayang dengan kita. Dan kita tak perlu takut pun, dah nama pun fitnah kan. 

Allah cuma nak tengok, apa reaksi kita. 

12. Selalu dihina orang lain

Selalu kena hina dengan orang lain. Lagi lagi diri yang tak berduit ni. 

Yelah, zaman sekarang orang pandang duit je. Tak ada duit, no value lah. Simple kan. 

Allah uji kita macam ni, sebab Dia nak naikkan martabat kita disisiNya. Lagi kita dihina, dan kita bersabar, banyak yang Allah akan gantikan. 

Percaya, Allah sayang kita. Hina didunia tak beerti kita hina diakhirat. Mulia didunia tak semestinya kita mulia diakhirat. 

Ramai orang mulia dekat dunia, tapi hakikatnya dia sangat hina disisi Allah. Nak ke jadi macam tu?

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.