6 tanda isteri tawar hati dengan suami tapi ramai yang tak perasan!

Tanda isteri tawar hati dengan suami ada banyak, tapi tak ramai suami yang tahu tentang ni. 

Isteri kalau dah tawar hati mesti ada sebab yang dia tak suka pada diri kita, tapi kita terus menerus buat tanpa menghiraukan perasaan si isteri. Kalau dia tawar hati, dia takkan terus bagi tahu kita, biasanya dia akan simpan je dulu. 

Tapi kita boleh nampak melalui tanda tandanya. Tawar hati ni bukan penghujung dalam rumahtangga. Biasanya masih ada harapan lagi untuk dipulihkan. 

Pujuk antara usaha yang kita kena usahakan sampai isteri kembali normal macam dulu.

1. Tak bercerita tentang diri lagi

Isteri takkan cerita pasal diri dia lagi. 

Yang dia cerita mungkin pasal benda lain. Benda benda yang penting untuk difikirkan. Contoh macam anak, sewa rumah, barang dapur & lain lain. 

Tapi kalau pasal diri, pasal perasaan, pasal cinta, biasanya memang dah tak ada lagi dia cerita. 

Mungkin pada kita, benda ni nampak biasa. Mungkin kita fikir benda ni akan dilalui semua orang. Tapi sebenarnya tak. Ini tanda bahaya, yang isteri kita mungkin dah mula tawar hati dengan diri kita. 

Tanda isteri tawar hati dengan suami dia akan diamkan diri & terus buat kerja sendiri.

2. Banyak menghabiskan masa media sosial

Isteri takkan habiskan masa dengan kita. 

Dia lebih suka habiskan masa dengan benda lain. Dia akan habiskan masa dengan handphone. Tengok tiktok, tengok facebook & macam macam lagi. Dia lebih suka tengok kehidupan orang lain, dari kehidupan diri dia sendiri. 

Sebab pertama, dia memang tak suka nak tengok kehidupan dia yang sekarang. 

Ini tanda jelas, dia dah mula tawar hati. Lebih lagi dengan diri kita. 

Sebagai seorang lelaki yang bijak, kena mesti alert bila benda ni jadi. Tapi kalau memang tak alert, bermaksud kita ni memang tak peka & lurus bendul.  Ini lah punca kenapa dia mula jauhkan diri dari diri kita. 

3. Kurang komunikasi

Isteri akan banyak berdiam diri. Kurang bercakap lagi macam dulu. Lebih banyak fokus pada kerja kerja dalam rumah dari bercakap. Kurang nak berborak macam biasa. 

Kalau bercakap pun, lebih kepada benda benda yang penting sahaja. Contoh pasal anak or pasal keluarga. Ini tanda jelas, isteri tawar hati dengan diri kita. Kalau dibiarkan terus menerus, akan buatkan hati dia mati. 

4. Suka menyendiri dari ditemani

Ni tanda jelas isteri tawar hati dengan suami. 

Isteri lebih suka buat kerja sendiri. Lebih suka menyendiri dari bergaul dan bercakap dengan kita. 

Biasanya dia lebih fokus pada tanggungjawab seorang isteri. Macam jaga anak, basuh baju, kemas dapur, memasak dan lain lain. 

Bila kita ajak buat something, isteri akan menolak & lebih prefer untuk buat hal sendiri. Dia malas lagi nak campur dengan kita untuk apa apa aktiviti. Dia macam merajok, tapi dia bukan merajok. 

5. Tak mahu lagi “bersama”

Selalu tolak untuk “bersama” dengan suami tanpa alasan yang kukuh. 

Biasanya akan bagi alasan penat, malas, tak ada mood & macam macam lagi. Asalkan dia tak bersama lagi dengan kita. 

Kalau sekali dua jadi tak ada apa, tapi kalau jadi berkali kali & kerap kena tolak, ini petanda, isteri mungkin dah tawar hati. 

6. Minta berpisah

Tak ada ribut, tak ada petir, tetiba minta cerai dengan suami. Ini tanda jelas, hati isteri tak mampu lagi menanggung beban untuk hidup bersama kita. 

Kita la yang menjadikan isteri macam tu. 

Sudah la isteri jadi macam tu, kita tuduh dia pulak curang, kena sihir & macam macam lagi. Selagi kita ego, selagi itulah masalah kita takkan selesai. 

Tanda isteri tawar hati dengan suami adalah merajok & mogok buat kerjaKesimpulan

So, inilah tanda tanda isteri tawar hati dengan suami tapi tak ramai tahu. 

Mungkin sebelum ni kita tak tahu, tapi sekarang kita dah tahukan? 

Jom kita improvekan diri untuk menjadi suami yang baik pada isteri kita. InsyaAllah. Kita perlu lebih peka soal perasaan. Benda macam ni jangan pandang remeh. 

Takut hati dah mati, masa tu menangis air mata darah sekali pun, dia takkan kembali. Jaga la hati isteri dengan baik, insyaAllah hati kita pun akan terjaga. Life is simple.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.