14 tanda kemurungan yang ramai tak tahu – buat test kemurungan disini

Tak pasti ada kemurungan?

Boleh buat test kemurungan dibawah untuk tengok sama ada kita alami kemurungan atau bukan.

Test kemurungan ni dibuat berdasarkan pada tanda tanda kemurungan pada diri. Test ni boleh dikatakan 90% tepat & boleh digunakan untuk rujukan. Confirmation kita boleh dapatkan dari doktor. 

Test Kemurungan

Created on

Test Kemurungan

Rasa tak semangat nak buat apa apa?

Rasa diri kita tersisih dari orang lain?

Selalu stress tanpa sebab yang jelas?

Tak suka melepak & bergaul dengan kawan kawan lagi?

Selalu menangis tanpa sebab?

Hilang kepercayaan dengan semua orang?

Rasa tak seronok walaupun kita tengah jalan jalan or buat aktiviti yang kita minat?

Rasa malas nak buat apa apa?

Rasa sedih tanpa sebab yang jelas?

Selalu was was dengan semua benda?

Rasa sunyi yang melampau?

Tak minat lagi nak buat hobi & akvitivi biasa yang kita suka?

Rasa nak menyendiri sepanjang hari?

Tak ada selera nak makan?

Adakah anda selalu fikir yang mati tu lebih baik?

Adakah anda alami down tanpa sebab yang jelas?

Pernah fikir nak bunuh diri?

Rasa diri hina & tak berguna?

Kuat makan?

Apa itu kemurungan?

Kemurungan ni merujuk pada keadaan diri yang down, hilang semangat & tak minat lagi untuk buat apa apa aktiviti. 

Kemurungan ada yang ringan & ada juga yang berat. Yang ringan boleh baik sendiri dengan masa. Kalau yang berat biasanya makan masa untuk pulih & sangat memerlukan bantuan dari doktor pakar.

Kemurungan ni biasanya jadi disebabkan stress yang berpanjangan, trauma, kematian orang yang tersayang & gangguan jin. Gangguan jin yang terlalu lama pada diri pun boleh sebabkan kita alami kemurungan. Kadang kadang kemurungan boleh jadi tanpa sebab yang jelas. 

Kita happy je hari ni, esok lusa tiba tiba jadi down. Hilang semangat tah kemana. So ini lah dia kemurungan.

Punca kemurungan

Punca kemurungan ni sebenarnya boleh jadi disebabkan banyak faktor. Kadang kadang tak sebab pun kita boleh jadi kemurungan. 

Antara sebab yang ramai kemurungan ialah berpunca dari kesunyian. Hidup seorang diri tanpa bergaul dengan masyarakat. 

Gangguan jin pun boleh sebabkan kemurungan.

Kesedihan melampau pun boleh sebabkan kemurungan. Bergantung pada jiwa kita. Ada yang mampu bertahan & ada yang tak mampu nak bertahan. 

Bukan semua kemurungan tu berpunca dari masalah klinikal sebab ramai yang terkena kemurungan disebabkan gangguan jin. 

Kalau tak percaya tu susah sikit la, sebab benda tak nampak kan. Tapi benda ni boleh je kita rujuk dengan tanda tanda gangguan jin untuk lebih kepastian.  

Lagi banyak tanda pada diri, lagi jelas masalah ni berpunca dari gangguan jin. 

Nak tahu lebih jelas, berjumpa la dengan pengamal perubatan Islam. InsyaAllah kita akan dapat jawapannya. 

Sunyi yang terlalu lama pun boleh sebabkan kita alami kemurungan. Elak duduk bersendirian. Banyakkan bergaul dengan orang lain, untuk lelak masalah ni berlaku.

Tanda tanda kemurungan pada diri

Tanda tanda kemurungan yang kita mungkin tak perasan tapi ada pada diri kita sendiri:

1. Rasa down tanpa sebab yang jelas. 

2. Selalu stress tanpa sebab yang jelas, walaupun tak buat apa apa. 

3. Hilang minat pada hobi atau aktiviti kebiasaan. 

4. Selalu rasa sedih tanpa sebab yang jelas. 

5. Rasa kesunyian yang mendalam. Rasa keseorangan. 

6. Tak rasa seronok dengan apa apa aktiviti yang sepatutnya kita rasa seronok. 

7. Rasa diri tak berguna. Rasa useless. 

8. Rasa yang mati tu lebih baik dari hidup. 

9. Rasa hina dihadapan semua orang. Tak tahu nak buat apa. 

10. Hilang semangat untuk berbuat apa apa. 

11. Hilang keyakinan. Kerap was was & susah buat keputusan. 

12. Hilang selera makan. Tak ada semangat nak makan apa pun. 

13. Kuat makan. Sampai berat badan mudah naik. 

14. Hilang kepercayaan dengan sesiapa sahaja. 

tanda kemurungan

Kemurungan selalu disalah anggap

Tanda tanda kemurungan ni hampir sama dengan tanda tanda sihir. Jadi ramai yang salah anggap dengan simptom kemurungan. Kita rasa macam kena sihir, tapi sebenarnya bukan, yang kita alami tu cuma simptom kemurungan. 

Kalau tanya pada perawat yang tak tahu tentang kemurungan ni, memang dia akan cakap sihir. Tapi tak dinafikan, kemurungan boleh jadi sebab adanya gangguan jin. 

Bila kita rasa down, jangan cepat kita menuduh orang sihirkan kita. Buka google dulu, buat research. Bila kita tengok ada banyak tanda sihir pada diri, baru la kita confirmkan dengan pengamal perubatan Islam.

Kalau tak jangan kita mudah nak menuduh sihir. 

Kemurungan & stress

Stress dengan kemurungan ni benda yang berbeza. Stress benda yang normal, semua orang akan lalu. Tapi kemurungan ni, bukan semua orang alami. 

Stress yang berpanjangan boleh sebabkan kita alami kemurungan. Biasanya paling ramai murung sebab stress la. Lagi lagi zaman sekarang, semua orang terikat dengan kerja. 

Jangan samakan stress dengan kemurungan. Stress benda normal. Kemurungan benda yang tak normal. 

Stress memang boleh baik tanpa apa apa rawatan. Kemurungan belum tentu boleh baik sendiri & perlukan rawatan specialist untuk kemurungan ni. 

Perempuan lebih mudah terkena kemurungan

Mungkin sebab hormon perempuan yang berbeza dengan lelaki, sebabkan perempuan 2x lagi mudah terkena kemurungan.

Zaman sekarang perempuan la yang lebih banyak menderita dengan masalah kerja & rumahtangga.  Kadang sebab penat nak buat kerja rumah, kadang sebab penat nak bekerja, kadang sebab anak & suami.

Perempuan kena selalu rehatkan diri, rehatkan fikiran & selalu berjalan kat luar. Yang lelaki kena la bantu perempuan, supaya dia tak alami kemurungan. 

Perlu diberi perhatian gitu. 

Kemurungan boleh jadi sebab gangguan jin

Gangguan jin yang duduk terlalu lama pada diri boleh sebabkan semangat kita jadi down tanpa sebab yang jelas.

Akhirnya menjadikan kita seorang yang murung. 

Sebab tu pentingnya untuk kita buat check up dengan pengamal perubatan ruqyah. Nak kena pastikan betul betul kita ni terkena gangguan atau pun kemurungan. 

Tak ramai yang percaya wujudnya jin, sebab benda tak nampak. Sesiapa pun boleh cakap kan.


kemurungan

Kemurungan boleh dirawat

Kemurungan ada yang boleh baik sendiri ada yang perlukan rawatan. Yang boleh baik sendiri tu bila kemurungan dia level rendah je la. Tak tahap teruk sangat. 

Yang tahap teruk ni, bila kemurungan dia lebih dari 3 – 4 bulan dan keadaan dirinya semakin teruk. Ni memang perlu berjumpa dengan pakar untuk dapatkan kaunseling & ubat ubatan. 

Kemurungan ni boleh dirawat dengan macam macam kaedah. Antaranya kaedah hospital & kaedah rawatan ruqyah.

Sebab kemurungan ni kan berkaitan dengan jiwa, so Al Quran antara penawar yang boleh menyembuhkan masalah jiwa. Tak semestinya kita perlu bergantung dengan ubat. Cuma kita kena displinkan diri untuk dapatkan rawatan. Kemurungan bukan sesuatu yang boleh kita bawa main main. 

Kemurungan adakala boleh baik sendiri

Kemurungan ringan biasanya boleh baik sendiri. Kemurungan jenis ni biasanya jadi sebab kita kehilangan orang yang tersayang. 

Bila kita kehilangan orang yang tersayang, memang biasanya akan ambil masa berbulan untuk kita jadi okey balik. Benda macam ni biasanya ramai yang dah lalu, tak ada pun sampai dapatkan rawatan di hospital. 

Tapi kalau level kemurungan tu dah level sederhana berat, ni yang kena berjaga jaga. Biasanya kalau tak control, dia kan jadi lagi teruk. Kemurungan memang boleh baik sendiri, tapi perlu tengok macam mana keadaa diri & stage yang macam mana. 

Kalau kita tengok keadaan diri makin teruk dari hari ke hari, kita memang perlu jumpa dengan doktor pakar supaya keadaan diri kita tak melarat. 

Jangan risau tentang kemurungan. Kadang kadang kemurungan ni benda yang normal, selagi tak mengganggu rutin harian.

Motivasi diperlukan

Kalau kita kemurungan, yang kita perlukan ialah support dari keluarga. Kata kata motivasi yang jadikan semangat kita pulih macam biasa. 

Tapi kalau kita tak ada keluarga yang boleh faham kita, kita boleh je tengok movie movie yang sedih. 

Movie sedih tak buat kita lagi kemurungan, sebaliknya bagi kita motivasi. Sebab kita akan nampak penderitaan orang lain yang lebih dahsyat dari diri kita. Bila kita tengok, sebenarnya buat jiwa kita rasa lega. 

Ada juga ujian yang lebih dahsyat, lebih menyedihkan dari diri kita. So kita akan rasa bersyukur sebenarnya, ujian kita ni kecik. 

Kena selalu motivasikan diri macam ni, lama lama, kita dah tak murung dah. Kita dah boleh happy macam biasa. InsyaAllah. 

Nak dapatkan motivasi, tak semestinya kena jumpa kaunselor. Cukup kita tengok dekat youtube & tiktok. Ala, sekarang kan semua nya dihujung jari. Nak dengan tak nak je.

Sukan boleh membantu

Bersukan boleh bantu kita rawat masalah kemurungan. Lagi banyak kita gerak, lagi banyak peluh yang kita keluarkan. Sukan boleh sembuhkan masalah kemurungan yang ada pada diri. 

Kalau kita rasa down, kita bersukan lah. Biasanya sukan ni kita dengar untuk sihatkan tubuh badan je kan? Tapi sebenarnya bukan tubuh badan je sihat. 

Mental kita pun boleh jadi sihat kalau hari hari kita bersukan. Bila sukan, badan kita akan hasil satu hormon ni untuk repair semua benda dalam tubuh badan. Termasuk lah otak kita sendiri. Sebab tu sukan ni membantu. 

Dekatkan diri kepada Allah

Kemurungan ni bukan sakit klinikal semata mata. Tapi sakit ni melibatkan kerohanian kita sendiri. Bila kita down, mesti ada sebab kenapa kita down. 

Salah satunya mungkin sebab kita dah jauh dari Allah. Kita tak ada kekuatan nak hadapi ujian. Sebab tu la kita jadi down sangat sangat.

Atau mungkin Allah rindu dengan kita, kita mungkin kurang perhatikan hubungan kita dengan Allah. Kita mungkin dah lama tak berdialog dengan Allah. So jiwa kita auto rasa sunyi & kemurungan tanpa sebab yang jelas. 

Dekatkan diri dengan Allah melalui solat wajib & solat sunat. Solat boleh rawat jiwa yang kemurungan. Solat boleh kembalikan semangat kita kepada yang asal. 

Asalkan kita ikhlas untuk kembali kejalan Allah. InsyaAllah akan hilang sakit kemurungan kita tu. 

kemurungan

Hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah, maka hati kita akan menjadi tenang. Segala resah gelisah yang ada dalam diri akan hilang.

Support dari kawan kawan

Support dari kawan kawan tu memang penting, lagi lagi masa kita tengah down sekarang ni. Motivasi dari kawan kawan memang membantu. 

Terutama kawan kawan yang banyak susah senang dengan kitalah.  

So kalau kita tengah kemurungan, rasanya lebih baik ajak kawan kawan lepak. Boleh borak borak, lepas borak, jiwa kita akan rasa ringan sebab kita banyak meluahkan apa yang kita rasa. 

Benda ni sama je kalau kita ke hospital, kita still kena luahkan apa yang kita rasa kat doktor, bezanya dengan doktor berbayar, dengan kawan kawan free. 

So percaya la dengan kawan kawan pun kita boleh sembuh, terapi yang paling baik zaman sekarang. 

Kalau kita kemurungan, kawan kawan antara orang yang penting untuk kita sembuh dengan cepat.

Kuasa doa bagi kesan pada jiwa

Time kita tengah down, doa tu penting untuk naikkan semangat kita semula. Doa boleh linkkan antara diri kita yang tak ada apa apa ni dengan yang Maha Kuasa. 

So lagi banyak kita berdoa, lagi banyak kesannya pada jiwa kita. Yakin dengan kuasa doa, insyaAllah masalah kita akan selesai dengan izin Allah. 

Yakin, Allah boleh sembuhkan penyakit kita

Apa pun usaha yang kita dah buat untuk hilangkan kemurungan, yakin la, hanya Allah yang mampu bagi kesembuhan pada diri kita. 

Tak kira apa pun usaha yang kita buat, Allah lah yang menyembuhkan. Dia sahaja yang boleh jadikan hati kita tenang setenangnya. InsyaAllah. 

Yakin adanya sesuatu yang lain selain dari Allah, akan buatkan jiwa kita bertambah kemurungan & kecewa setiap masa. 

Faham, kita mungkin dah tahu pasal benda ni, tapi kita mungkin tak sedar, kita ni kadang ada buat silap. Mulut cakap lain, tapi perbuatan kita seolah lebih percaya pada benda lain selain Allah. 

So muhasabah diri. Kita akan dapat kesembuhan yang sebenar. InsyaAllah. 

Kesimpulan

Kemurungan bukan penyakit yang biasa. Penyakit ni boleh bawa kepada keadaan yang lebih serius & perlukan rawatan dengan segera.

Kalau kita baru lepas kematian or cacat kekal, normal lah kita jadi murung, tapi biasanya 2-3 bulan dah okey. 

Tapi kalau kemurungan kita tu sampai setahun lebih,  keadaan makin tak okey, dan makin menjadi jadi, elok la berjumpa pakar. Lagi cepat jumpa, lagi cepat kita dapat selesaikan masalah kita. InsyaALLAH. 

Kalau rasa artikel ni bermanfaat pada orang lain, sharekan. InsyaAllah. Sama sama kita kongsi ilmu.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.