12 tanda kita terkena sihir perniagaan – salah satunya duit syiling bersepah!

Sihir perniagaan antara sihir yang paling ramai amalkan kerana hendak melingkupkan bisnes orang lain kerana ingin mendapat untung yang banyak.

Untuk sihir perniagaan ni, ada yang guna barang, ada yang dihantar dari jarak jauh, ada yang menabur tanah kubur & macam macam lagi kaedah dalam sihir ni. 

Umumnya kalau kedai kita bermasalah disebabkan hasad dengki orang lain, kita akan panggil sihir perniagaan sahaja. Sihir ni boleh sebabkan perniagaan kita lingkup & tak ada customer yang akan datang.

Masalah akan datang bertubi tubi, khususnya yang berkaitan dengan perniagaan kita kerana adanya orang dengki dengan diri kita. Maka terjadilah adengan sihir menyihir ni. 

Content

Apa sahaja yang kita masak, akan cepat basi dari kebiasaan. Kadang sampai berulat. 

Semua ni jadi dalam waktu yang sekejap. Disebabkan benda ni jadi, kita terpaksa ulang masak. Bila selalu berulang, kita tak dapat nak rolling modal untuk perniagaan.

Ini tanda jelas, ada something wrong dengan kedai kita. Kadang tak sampai 5 jam, nasi dah basi, lauk dah berbau & ada yang dah berulat. 

2. Barang cepat rosak

Lampu rosak, kipas rosak, paip rosak, biasanya yang rosak tu benda benda mahal. Benda benda yang akan sebabkan kita keluar duit banyak. 

Duit bisnes akan keluar untuk repair je. 

Tak dapat nak rolling untuk hari seterusnya. Kalau tak repair, customer tak seronok, dan kita akan hilang customer. So sama je, sama ada kita repair atau tak. 

3. Customer tak nampak kedai

Hari hari bukak customer tak ada yang datang. Sampai mulut customer sendiri yang akan cakap “asyik tutup je”.

Bukan 1-2 orang customer yang cakap, tapi ramai. Jangan rasa pelik, sebab ni la tanda kedai kita terkena sihir. Ada yang menutup pandangan customer sampai tak nampak kedai kita.  

Kesan dia, customer berkurangan dari hari ke hari. Income tak masuk & akhirnya perniagaan kita terpaksa ditutup.

Artikel berkaitan

4. Staff jadi panas & banyak berhenti

Staff hampir hari hari bergaduh. Bergaduh disebabkan benda benda yang kecik. Staff semua jadi panas antara satu sama lain. 

Ada yang stress, ada yang tak tahan kerja & minta berhenti. Banyak staff sakit sakit badan & ada yang tak hadir ke kedai. Bukan sekali, tapi berkali kali. Ni pun sebahagian dari tanda tanda sihir perniagaan. 

5. Badan jadi letih & stress bila ada di kedai

Badan selalu sakit sakit, tulang belakang selalu rasa lenguh, selalu rasa lemah & tak semangat nak buat kerja.

Bukan kita seorang je yang rasa macam tu, bahkan pekerja pun rasa benda yang sama. Sampai tahap rasa malas sangat nak datang kerja. Bila tengok kedai, kadang kadang jadi benci tanpa sebab yang jelas. 

Kalau hampir hari hari, kita alami benda ni, kita kena check dengan pengamal perubatan Islam, sebab ni sebahagian dari tanda sihir perniagaan. 

kedai busuk, tak ada pelanggan datang, salah satu sihir perniagaan

6. Kedai ada bau busuk

Selalu bau busuk pada bahagian dapur, bahagian bilik, tempat tempat tertentu. Kadang bau najis anjing. Kadang macam macam bau busuk ada. Tapi tak dapat cari kat mana punca. Bau ni seolah olah datang dan pergi. 

7. Hilang semangat kerja

Setiap kali sampai kat tempat kerja, kita akan jadi hilang semangat, rasa nak balik rumah dengan segera. 

Malas nak buat apa apa. Padahal baru je sampai. Masa kat rumah, kita tak rasa pun macam tu, tapi bila dah sampai ke kedai, kita rasa malas benar, malas betul nak buat apa apa. 

Benda macam ni jadi bukan sekali, tapi banyak kali. So benda macam ni bukan kebetulan, tapi sebahagian dari tanda tanda sihir perniagaan. 

8. Tukang masak mungkin sakit teruk

Tukang masak boleh terkena penyakit yang tak dapat dirawat oleh hospital. Biasanya sihir perniagaan akan attack asset yang paling bernilai.

Contoh tukang masak. Bila tukang masak tak ada, kedai kita akan hancur. Ni la point sihir perniagaan. Tukang masak boleh terkena sakit yang boleh mendatangkan kematian macam kanser, serangan jantung & strok. 

9. Kedai nampak buruk

Design la macam mana sekali pun, kalau dah terkena sihir perniagaan, kedai kita akan nampak buruk pada pandangan orang lain. 

Orang akan nampak kita macam kedai lama, tak menyelerakan, nampak kotor & lain lain. Bila datang dekat, bukan sekadar buruk, tapi ada bau bau yang tak menyenangkan. Kita sebagai owner mungkin tak rasa semua tu. 

Biasanya jadi pada customer sahaja. Customer yang akan cerita pada owner. Ini yang biasanya jadi. 

10. Selalu nampak duit syiling

Nampak duit syiling bersepah dalam kedai. 

Mungkin kita rasa biasa, sebab customer mungkin ada terjatuh duit. Tapi macam mustahil, kalau kita jumpa duit syiling tu hampir setiap hari. Tak logik kalau fikir hari hari ada. 

Jadi ini sebahagian dari tanda sihir perniagaan. Duit syiling yang ada boleh dijadikan sebagai petanda, bahwa kedai kita bermasalah. 

11. Duit niaga selalu hilang

Biasanya jadi bila kita audit semula untung rugi kedai. Tak pernah tak cukup. Mesti ada short sampai kita kena ganti dengan duit lain. 

Sekali sekala tak apa, tapi bila dah selalu jadi macam ni, sakit juga nak rolling pakai duit lain. Selalu rasa rugi, tak pernah rasa ada untung. Berniaga ni kita akan rasa macam sia sia saja. 

sihir perniagaan

12. Buat apa pun tak menjadi

Terasa macam ada halangan yang menghalang kita untuk berbuat sesuatu. Terutama yang berkaitan dengan bisnes. 

Nak cuba produk baru, tak jadi. 

Nak cuba renovation, tak jadi. 

Nak cuba sistem baru, semua tak jadi. 

Ringkasnya apa pun yang kita buat, selalu ada masalah & seolah macam dihalang. Macam ada orang lain tak benar kan kita improve kan kedai. 

Kesimpulan

Tanda tanda sihir perniagaan ni ada banyak, apa yang dishare dalam ni, cuma sebahagian sahaja. 

Jadi bukan semua orang akan alami tanda yang sama. Lain orang mungkin berbeza beza dengan apa yang dia lalu. 

Apa pun, kalau ada lebih dari 3 – 4 tanda, jangan pandang ringan, segera bawa berubat, sebelum perniagaan menjadi lebih teruk lagi.

Al Quran dan Hadis sudah menyatakan bahwa sihir itu benar wujud. Sebagai orang Islam, kita wajib percaya dengan kewujudan sihir & sihir ini sentiasa akan merosakkan kehidupan kita kearah neraka dunia. 

Selagi boleh usaha & selamatkan, kita selamatkan. InsyaAllah. 

Artikel berkaitan
Rujukan luar
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.