imuslim

7 tanda lelaki gatal

Lelaki gatal

Lelaki gatal ni takde benda lain yang dia nak, melainkan nak puaskan nafsu semata mata. 

Tanda tanda lelaki gatal ni ada banyak. Yang pasti kalau ada tanda ni, lelaki tu tak cinta kita pun. Tapi cinta dengan badan kita. 

Time bosan bosan, boleh lampiaskan nafsu dengan kita. Simple.  

Bukan sebab cinta. 

Sebab kenapa kita kena tinggalkan, lelaki gatal ni boleh mendatangkan bahaya. Boleh jadi kes rogol & boleh jadi kes bunuh. 

Lagi parah, dia boleh jual kita pada orang lain.  Kalau kita tak serius, siapkan diri untuk semua ni. 

lelaki gatal - gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

1. Pandang tubuh badan kita

Lelaki kalau bernafsu akan pandang tubuh badan kita atas bawah. Dia bukan sekadar pandang muka tapi pandang body. 

Dan kalau dia pandang tu bukan sekejap tapi lama. Dan tak malu pun nak bertentang mata dengan kita. 

Ni la tanda lelaki gatal yang penuh dengan nafsu. Tak kira siapa pun dia.

2. Mendekati kita dengan cara paksa

Paksa untuk bagi no pada kita, paksa nak berkawan, paksa nak buat macam macam tanpa kita tahu siapa dia. 

So ni pun tanda lelaki gatal juga. Kalau jadi macam ni, memang kena jauh la. Kalau kita pun melayan, habis masa depan kita. 

Jadi gelap sepenuhnya. 

3. Ayat manis

Lelaki gatal biasanya akan bagi ayat manis. Tak semua tapi kebanyakan mmg manis je ayat dia. Antara yang paling lazim kita dengar,

“Abang janji, abang deleted.”

Kalau ada ayat ni keluar dari mulut lelaki tu, confirm kena jauhkan diri. Sebab dia suka kita kerana nafsu semata mata. Bukan sebab cinta pun. 

lelaki gatal

4. Selalu cerita lucah

Setiap masa akan cerita benda lucah. Yang dia nak hanya benda benda yang boleh trigger nafsu dia. Tak ada benda lain dah. 

Walaupun kita nasihat, lelaki gatal ni takkan peduli semua tu. Dia akan dapatkan apa yang dia nak. 

So kena wajib tinggalkan. 

5. Selalu minta gambar

Minta gambar yang baik tak apa, tapi selalu minta belanja gambar body. Katanya kalau kita tak bagi tanda kita tak sayang dia. 

Jangan mudah terpedaya dengan lelaki yang macam ni. Ni namanya lelaki gatal. Kalau dia minta gambar, hempuk je dengan kerusi. 

Lelaki yang baik akan hormat kita sebagai perempuan, dan takkan minta gambar yang bukan bukan. 

Lain la kalau kita sendiri yang gatal. 

6. Selalu pegang & raba

Dia tak ada pun minta izin kita, tahu tahu dah pegang kita. Tahu tahu dah cium kita sana sini. 

Kita pun asalnya serba salah lah juga, tapi takut kena marah & sayang punya pasal kita pun diamkan je. Lama lama jadi terbiasa. 

Lelaki gatal tu akan jadi kita tempat memuaskan nafsu semata mata. Kalau dia dah bosan, confirm dia buang kita. 

7. Selalu ambik kesempatan atas diri

Tak tubuh badan, duit. Dua ni je biasanya lelaki akan minta pada perempuan. 

Biasanya yang buat benda ni lelaki gatal la. Kalau lelaki yang betul betul ikhlas dengan kita takkan buat semua benda ni. 

Dia akan jaga kita, takkan ambik kesempatan atas diri kita & takkan minta kita duit semudah ABC. 

8. Selalu suruh buat benda tak elok

Lelaki kalau nak perempuan buat sesuatu yang tak elok biasanya benda yang melibatkan tubuh badan kita sendiri. 

Suruh kita buka baju, suruh kita berkemban, suruh kita tayang aset & macam macam lagi. 

Kalau la lelaki yang kita kenal tu suruh kita buat benda benda macam ni, serius kena tinggalkan. Walaupun tak mudah tapi kena tinggalkan. 

Kalau tak kita juga yang akan menyesal. 

Kesimpulan

Jauhkan diri dari lelaki gatal. Tak ada masa depan bila kita dengan orang orang macam ni. Tak kira la orang tu doktor ke, polis ke, askar ke, ustaz sekali pun, berjaga jaga sentiasa. 

Lelaki gatal is everywhere. Jangan terlalu percaya dengan lelaki yang tak ada ikatan apa apa dengan kita. 

Semua kat atas ni terbatal kalau lelaki tu suami kita sendiri. Kalau suami, buat apa pun tak ada masalah. So faham ke tak faham? 

Lelaki kalau dah sayang, dia akan jaga kita & hormat kita sebelum berkahwin lagi. Selain tu tak sayang la tu. Jangan butakan mata, demi cinta yang tak pasti. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

12 pekerjaan yang buat kita jadi kaya

Pekerjaan yang mudah kaya Banyak kerja yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Kerja pun mudah, duit pun senang nak masuk.  Tapi tak ramai yang

8 tanda orang bodoh

Orang bodoh ni ada banyak jenis Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi.

9 kelebihan minum air kosong

Kepentingan air kosong pada diri Minum air kosong ni tak perlu nak diceritakan lagi sebenarnya. Tapi kita ceritakan juga la, mungkin ada yang terlepas pandang

11 tanda kemurungan (Edisi 2022)

Apa itu kemurungan? Kemurungan ni merujuk pada keadaan diri yang down, hilang semangat & tak minat lagi untuk buat apa apa aktiviti.  Kemurungan ada yang

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

10 tanda kita terkena sihir perniagaan

Sihir perniagaan Ada banyak jenis sihir perniagaan. Umumnya kita akan panggil sihir perniagaan sahaja.  Sihir ni boleh sebabkan perniagaan kita lingkup & tak ada customer

16 punca rezeki sempit

Ramai sebenarya tak perasan punca kenapa rezeki kita sempit. So jom baca artikel ni untuk tahu lebih lanjut.

Cara nak rawat anxiety – Edisi 2022

Belajar macam mana nak rawat anxiety First kenal pasti dulu apa itu anxiety. Kalau dah kenal & dah faham, boleh la kita merawat anxiety ni

Anxiety: Terlalu risau & cemas (Edisi 2022)

Maksud anxiety? Anxiety ni maksudnya penyakit risau yang berlebihan dalam diri kita. Contoh macam gula, normal semua orang ada gula dalam darah, tapi bila gula

Punca gaji tak cukup! (Edisi 2022)

Gaji tak cukup banyak sebab Boleh jadi sebab tak ada keberkatan dalam pendapatan kita. Boleh jadi sebab kita kedekut sangat dengan pasangan.  Boleh jadi kita

12 tanda gangguan jin dalam rumah

Gangguan jin dalam rumah Ada jin dalam rumah ni perkara biasa. Banyak rumah rumah yang ada jin kat dalam.  Cuma kita je tak boleh nampak

8 rahsia menarik rezeki (Edisi 2022)

Ilmu menarik rezeki Nak tarik rezeki ni kita kena ada ilmu dia. Ada macam macam kaedah biasanya. Ada kaedah mudah & ada kaedah yang susah. 

7 tanda orang tak ikhlas dengan kita

Tak pasti orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita, tapi dapat rasa sikit sikit yang orang tu macam tak sudi nak berkawan dengan kita.

error: [email protected]