7 tanda lelaki dah tawar hati dengan perempuan tapi ramai tak tahu!

Lelaki tawar hati dengan perempuan

Lelaki kalau tawar hati, dia cuma diam je. Kita yang kena pandai tafsir kenapa dia jauhkan diri dengan kita. 

Kadang kadang kita tak boleh terima kalau dia memang tak suka dengan kita. 

Sebenarnya lelaki kalau tawar hati, dia akan angkat kaki perlahan lahan & pergi dalam kehidupan kita. 

Dia takkan buat secara mendadak, sebab dia tahu itu akan menyeksa hati kita. 

1. Banyak bagi alasan untuk berjumpa

Cakap macam mana pun dia tak nak jumpa. Bagi alasan kerja, sibuk, ada urusan keluarga & macam macam lagi. 

Penat dah bersabar. 

Tapi dia tetap bagi alasan sibuk nak jumpa. Lelaki kalau sayang, dia akan jumpa kita walau sesibuk mana pun kita. 

lelaki tawar hati

2. Lambat reply whatsapp

Tak pernah dia balas mesej on time. Selalu balas terlalu lewat. Kalau mesej pagi, petang baru dia balas. 

Kadang kadang malam atau esok baru dia balas. 

Alasan yang dia bagi, sibuk, kerja, ada urusan & tak sihat. Ni paling lazim biasanya. 

Kalau dia selalu macam ni, jelas dia sebenarnya dah tawar hati dengan diri kita. Kita je start belajar move on. 

3. Bluetick

Dah bluetick tapi tak reply. Tanda jelas dia memang tak suka dengan kita. Dia tak anggap kita istimewa. 

Sebab tu dia cuma bluetick & balas bila perlu je. 

Kita kena sedar benda ni, jangan terus mengharap dengan lelaki macam ni. Kita jangan paksa. 

Lagi paksa lagi keruh keadaan. 

4. Tak pernah cakap pasal kahwin

Sikit pun dia tak sentuh bab perkahwinan. Mungkin pernah sebut, tapi sekali tu jela. Lepas tu buat hal sendiri. 

Ni tandanya dia tak pernah serius dengan kita. 

Lelaki kalau dah suka kita, ikhlas, dia akan cari jalan untuk halalkan diri kita. Simple. 

Tapi kadang kita yang buta hati, tak nampak semua benda ni. Orang dah tak nak, jangan dipaksa. 

5. Bagi alasan untuk jumpa keluarga

Kalau lelaki dah tak nak kita, memang jauh sama sekali dia nak jumpa dengan keluarga kita. 

Asal ajak, bagi alasan. 

Ni tanda juga, yang dia memang tak serius pun nak jadikan kita sebagai isteri. Kita kena alert sentiasa. 

5. Call tak pernah jawab

Mungkin ada juga la dia angkat, tapi jarang sangat. Kalau angkat call pun selalu kena marah. 

Lelaki macam ni dah tawar hati dengan kita. 

Dia dah tak ada perasaan cinta dengan kita. Sebab tu dia layan tak layan je dengan kita. 

Dia marah mungkin sebab dia rasa kehadiran kita menganggu dalam kehidupan dia. Tu je. 

lelaki tawar hati

6. Selalu maki hamun

Level maki hamun sebelum kahwin ni tanda tanda jelas yang dia memang dah tawar hati dengan kita. 

Kita kena move on la dengan lelaki macam ni. 

Sekali dua tak apa, kita faham yang manusia ni kadang kadang terlepas juga marah dia. 

Tapi kalau selalu sangat maki hamun, ni maksudnya dia memang tak anggap kita ni istimewa di sisi dia. 

7. Malas cari kerja

Bercinta dengan lelaki yang tak nak kerja, tanda dia tak serius dengan kita atau dia dah tawar hati dengan kita. 

Kalau status masih couple, tapi lelaki tak nak cari kerja. 

Maknanya dia tak serius la tu nak kahwin dengan kita. 

Lelaki kalau serius lain, dia akan bersungguh cari kerja untuk kumpul duit kahwin. Biasanya semua lelaki yang ikhlas akan semangat nak cari duit kahwin. 

Contohnya macam admin sendiri. Fuhh. 

Kesimpulan

Yang perempuan, please buka mata dengan tanda tanda ni. Ni tanda dia dah tawar hati dengan kita. 

Lagi lagi pasangan yang jarang berjumpa. Cinta jarak jauh. 

Lagi parah kalau ada tanda tanda ni. 

Kalau memang ada banyak tanda tanda ni pasangan, elok move on je supaya hati kita tak terluka lebih dalam. 

Jom kita subscribe kalau rasa semua content dalam ni bermanfaat. InsyaAllah.
Member
Tuan Muhammad

Tuan Muhammad

Digital Content Writer