imuslim

9 tanda lelaki yang tak baik untuk perempuan

Lelaki yang tak baik

Kalau kita nak pasangan yang baik, kita kena jadi baik dulu. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Begitu sebaliknya. 

Kalau ada tanda tanda lelaki yang tak baik macam yang ditulis dalam artikel ni, elok kita ambil langkah berjaga jaga. Jangan terlalu sayang sangat, nanti makan diri. 

Memang sakit nak tinggalkan orang yang kita sayang, tapi lagi sakit kalau kita dah berkawin dengan lelaki yang tak baik. 

Hidup kita mungkin akan bertukar menjadi neraka, sikit demi sikit. 

1. Tak pernah ajak kahwin

Lelaki yang baik kalau dah suka pada kita, dia akan usaha & cuba jadikan kita yang halal buat diri dia. 

Tapi kalau dia sendiri tak pernah fikir tentang kahwin, apa lagi nak ajak kita untuk berkahwin, elok lupa kan lah laki macam ni. 

Sebenarnya lelaki macam ni hanya nak membuang masa kita je. So better kita angkat kaki awal awal. Jangan buang masa. 

2. Hanya ada untuk kepentingan diri sendiri

Kita selesa kawan dengan dia, dia pun selesa kawan dengan kita, tapi masalahnya dia ada dengan kita bila dia nak minta sesuatu je. Bila dia tengah senang senang, dia hilang. 

Call & whatsapp pun jarang nak balas. 

Orang macam ni jelas, memang tak ikhlas nak kawan dengan kita. Dia kawan dengan kita mungkin sebab duit, mungkin nafsu semata mata. So jauhkan la diri dari orang macam ni. 

Kalau tak miskin la kita akibat dikikis. 

3. Selalu bercerita lucah

Dah kalau call & mesej asyik nak bercerita lucah je, memang sah dia bukan lelaki yang baik. Lagi lagi dia paksa kita buat benda yang tak senonoh. 

Dia ajak kita video call lah, ajak chatting lucah la, ajak macam macam termasuk minta gambar bogel. 

Ini semua tanda lelaki yang tak baik untuk diri kita. Kita wajib jauhkan segera dengan lelaki macam ni. Jangan biarkan diri kita terpedaya. 

4. Selalu maki hamun

Normal kalau kita gaduh dengan pasangan. Normal juga la untuk zaman sekarang ni masing masing tahu nak maki je. 

Tapi tak normal, kalau lelaki asyik nak maki kita je siang malam. 

Kadang kadang tak gaduh pun, puncanya sebab lelaki minta sesuatu dengan diri kita, tapi tak dapat. Contoh minta duit ke, minta nafsu ke, macam macam. 

Bila tak dapat, lelaki tu jadi baran la. Dimakinya kita atas bawah. Allah. Dah jelas kita kena tinggalkan segera. 

5. Jarang balas whatsapp & angkat call

Lelaki kalau nak sesuatu atau tengah susah, dia akan call kita, whatsapp kita. 

Tapi kalau time kita whatsapp dia, langsung tak balas. Kadang kadang 2-3 hari baru nak balas. Bagi alasan busy kerja. 

Ni semua agenda. Ni semua tanda dia memang malas nak layan kita. Dia dah tak serius pun dengan kita. Sebab ni bukan ciri ciri orang yang sayang pada diri kita. 

Kalau ada ciri ni, bincang & tinggalkan cara elok. InsyaAllah hidup kita selamat. 

6. Selalu whatsapp perempuan lain

Kalau kita ada boyfriend yang selalu layan perempuan lain, elok tinggalkan orang macam ni. Orang macam ni dah memang jelas jenis tak setia & hormat kita sebagai seorang perempuan. 

Jangan la kita nak sangat dengan lelaki macam ni, sebab dia tak nak pun dengan kita. Dah la dia selalu maki kita, dia layan pulak perempuan lain. 

Allahu, hidup kita sangat bermakna. Tolong ubah segera kehidupan kita. 

7. Selalu menipu

Belum kahwin dah banyak menipu sana sini. Banyak pulak dia temberang kita. Ni memang masalah besar. Orang macam ni kita kena tinggalkan. 

Sebab ni tanda paling jelas, dia bukan lelaki yang baik tapi lelaki yang tak baik untuk diri kita. 

Menipu kita pasal kerja, menipu kita pasal duit, menipu kita macam macam. Sampai curang kat belakang kita. Fuh yang ni memang teruk sangat dah. 

Apa lagi, blah angkat kaki je. Senang. 

8. Selalu merendahkan diri kita

Pandang kita sebelah mata je. Dia anggap kita macam orang bodoh je. Senang digunakan. Senang diperdayakan. 

Dah la dia maki kita, dia cakap kita macam macam pulak. Dia rendah rendahkan kita kat depan orang pulak tu. 

Ni ke tanda lelaki tu sayang kita? Dah la tak jaga air muka kita. Allah. Memang jelas dah ni, bukan ciri lelaki yang baik untuk diri kita. 

9. Layan kita macam hamba

Belum kahwin lagi, tapi dah buat kita tempat melepaskan nafsu. Bukan tu je, dia buat kita tempat dia lepas marah, dia buat kita macam hamba. Suruh buat sana sini, suruh buat kerja dia. 

Pendapat kita langsung dia tak nak dengar. Yang dia tahu apa yang dia suruh, kita buat. Kalau kita tak buat, dia akan mengamuk. 

Perghhh. Ini betul betul musibah. Tinggalkan segera lelaki macam ni. Pergi mampus dengan semua kerja dia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

9 sebab kenapa jin asyik suka dengan kita

Jin asyik hadir mesti bersebab Bukan suka suka dia nak datang berdamping dengan kita. Dia mesti nak sesuatu dari kita. Sesuatu yang menguntungkan jin tu

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

9 sebab kita rasa tak berguna

Kenapa kita rasa tak berguna? Ada banyak faktor kenapa kita rasa tak guna. Kita rasa down, kita rasa macam disisihkan semua orang, kita rasa terhina.

8 tanda orang bodoh

Orang bodoh ni ada banyak jenis Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi.

Cara nak rawat anxiety – Edisi 2022

Belajar macam mana nak rawat anxiety First kenal pasti dulu apa itu anxiety. Kalau dah kenal & dah faham, boleh la kita merawat anxiety ni

12 tanda gangguan jin dalam rumah

Gangguan jin dalam rumah Ada jin dalam rumah ni perkara biasa. Banyak rumah rumah yang ada jin kat dalam.  Cuma kita je tak boleh nampak

12 punca suami curang

Suami curang sebab dia jahat ke? Suami curang tak semestinya sebab dia jahat. Dia curang biasanya ada sebab. Kadang kadang tak ada sebab pun.  Tapi

7 tanda lelaki tawar hati dengan perempuan

Lelaki tawar hati dengan perempuan Lelaki kalau tawar hati, dia cuma diam je. Kita yang kena pandai tafsir kenapa dia jauhkan diri dengan kita.  Kadang

Jangan memandang harta

Jangan pandang harta! Kalau kita pandang menilai seseorang dengan harta, kita silap besar dalam menilai orang lain.  Kalau kita mencari pasangan kerana harta, maka kita

7 tanda orang tak ikhlas dengan kita

Tak pasti orang tu ikhlas ke tak kawan dengan kita, tapi dapat rasa sikit sikit yang orang tu macam tak sudi nak berkawan dengan kita.

8 sebab kita mimpi buruk

Mimpi buruk ada sebab Mimpi buruk ni biasanya petanda yang tak elok tentang diri kita. Lagi lagi kalau mimpi tu berulang kali.  Ada mimpi yang

7 kesan tengok video lucah

Video lucah Tengok video lucah memang seronok tapi berdosa & mendatangkan kesan buruk pada diri. Kesan dia boleh jadi pada tubuh badan & boleh jadi

Bisnes: Buat duit dari rumah (Edisi 2022)

Bisnes: Work from home Nak buat bisnes ni ada banyak bisnes.  Ada bisnes online ada bisnes offline. Cuma zaman sekarang ni lebih kepada bisnes online

15 tanda sihir pada diri

Tanda sihir tak semestinya sihir Kalau ada tanda sihir, tenang dulu, jangan cepat gelabah. Kadang kadang penyakit lain pun tanda dia sama macam sihir.  So

error: [email protected]