8 tanda orang bodoh yang kita tak perasan!

Orang bodoh ni ada banyak jenis

Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi. So bodoh la tu. 

Kalau kita termasuk dalam kalangan orang yang bodoh ni, elok kita bermuhasabah diri & betulkan balik jalan hidup kita.

Kalau bodoh tak selamannya dia akan bodoh. Boleh jadi pandai dengan belajar apa yang kita patut belajar.  

Sponsored

1. Suka menunjuk nunjuk harta

Suka sangat up status kat facebook, instagram dengan whatsapp dengan harta yang dia ada.

Kalau sekali sekala tunjuk tak apa, mungkin sekadar nak tunjuk hadiah dari pemberian orang lain.

Tapi kalau dah hampir hari hari semua benda nak tayang & tunjuk, jelas ada masalah kebodohan kat situ. 

Sebab kalau dia betul pandai, dia akan tahu, orang lain akan meluat bila tengok, orang lain akan ada perasaan cemburu bila tengok & orang lain akan sebabkan penyakit ain pada diri kita. 

Hidup kita pun perlahan lahan akan hancur disebabkan penyakit ain. So dia menunjuk nunjuk sebab dia bodoh. Simple kan. 

2. Suka tunjuk sweet dengan pasangan di media sosial

Sweet yang dia tunjuk tu bukan sweet pergi jalan jalan, tapi sweet dalam whatsapp je. Kalau kadang kadang share tak apa, tapi kalau dah hari hari, maksudnya dia kurang kasih sayang & kurang perhatian. 

Sebab tu bila sweet sikit dengan pasangan, dia terus up dekat media sosial, nak tunjuk yang dia bahagia la dengan pasangan. 

Tapi pada masa yang sama, dia tak tahu, yang orang lain boleh baca dia. Lagi dia menunjuk sweet lagi la orang tahu yang dia sebenarnya tak cukup kasih sayang. 

Orang yang cukup kasih sayang biasanya memang tak ada masa dengan up semua tu dekat media sosial.

So bodoh la dia kalau dia ingat, dia up sebab nak orang fikir dia bahagia. 

Orang macam ni kita patut kesian sebenarnya. 

Sponsored

3. Syok sendiri

Selalu cakap kat orang yang dia cantik. Padahal orang tak puji apa apa pun. Kadang dia kata nak jadi model la, nak jadi artis la sebab dia kata muka dia cute. 

Padahal muka dia macam longkang je. Tapi perasan cantik. 

Kalau sekali sekala dia bercerita tak apa, tapi kalau dah kerap sangat cerita, memang syok sendiri sebenarnya. 

Syok sendiri ni sebahagian dari tanda tanda kebodohan yang ada pada manusia. 

4. Tak ada common sense

Tak ada common sense tanda paling terbesar yang orang tu memang bodoh.

Semua orang kena ada sifat common sense. Kena ada ada adab dengan orang lain, kena tahu nak ucapkan terima kasih, kena tahu nak balas budi, kena tahu sifat tak nak susahkan orang lain. 

Paling penting kena ada sifat malu pada diri sendiri. Belajar la sifat common sense. Tanamkan semua sifat yang baik pada diri. InsyaAllah. 

Contoh tak ada common sense, parking kat tengah jalan. Biarkan orang menunggu. 

Sponsored

5. Tak menjaga kata dihadapan orang lain

Bercakap sampai hati orang lain terluka. Bukan sikit, tapi banyak sangat. Hampir hari hari kata kata tu akan menyakitkan hati orang sekeliling. 

Kalau sikit & kadang kadang tu tak apa. Lumrah sangat, sebab kadang kita tak perasan. 

Tapi kalau dah memang pekat 100% kata kata tu memang dah kotor, dan orang lain selalu terguris, ni la tanda kebodohan. 

Sponsored

6. Suka dengar cerita sebelah pihak

Suka sangat dengar cerita sebelah pihak. Tak dengar habis lagi, tak pasti sahih ke tak, terus nilai orang lain macam tu. So ni la tanda tanda kebodohan yang paling ramai buat. 

Tak kira orang muda atau orang tua. Siasat tak habis terus jatuh hukum. Kan bodoh namanya.

Orang yang bijak, dia akan dengar dulu story dari kedua belah pihak, baru dia decide yang mana betul or salah. Sunnah Nabi taw. 

7. Nak diri dihormati tapi tak hormat orang lain

Nak orang hormat pada diri dia, tapi dia sendiri langsung tak ada usaha untuk hormat orang lain. 

Hanya tahu maki hamun sana sini. Apa yang dia nak dia akan dapatkan dengan cara apa sekali pun. 

Dia tak sedar, dia tak hormat orang lain & sakitkan hati banyak pihak. 

Ni la tanda tanda kebodohan pada diri. 

8. Tak suka dengar pendapat orang lain

Hanya suka berpegang dengan pendapat diri sendiri. Bagus kalau pendapat dia betul. 

Tapi pendapat dia banyak bercanggah & banyak kesalahan. Lagi parah dia rasakan pendapat dia betul semata. 

Sedangkan orang lain cuba nak memperbetulkan pendapat dia. Tapi tak diterima. 

Last sekali, bila buat tak pernah jadi pun. Ini tanda jelas, dia alami kebodohan. 

Kesimpulan

Buang semua sifat ni pada diri kita supaya kita tak digelar sebagai orang yang bodoh. Kalau kita bodoh, kita boleh belajar jadi orang pandai. 

Bila kita dah pandai, pastikan kita tak buat semua benda yang dah dinyatakan tadi. 

Jangan kita buat kerja bodoh, jangan kita buat buat bodoh & jangan kita nak jadi bodoh. 

Sharekan artikel ini, sekiranya bermanfaat

Subscribe Blog Imuslim

Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Digital Content Writer untuk agama, kehidupan & berkaitan dengan Muslim.