imuslim

10 tanda orang riak di media sosial

Tanda orang riak

Orang yang riak kadang dia tak sedar dia tengah riak dengan orang lain. Tapi kadang dia sebenarnya tahu je tapi buat tak tahu. 

Banyak orang riak asalnya disebabkan diorang ni dipandang rendah sejak dulu lagi. 

Sebab tu diorang suka menunjuk. Kadang kadang diorang tunjuk sebab diorang ni malu nak tunjuk diorang ni miskin. 

Acah acah kaya pun jadi la. 

1. Ambil gambar diri dalam masjid

Up gambar dalam media sosial dengan status “Alhamdulillah”. Sebenarnya dia nak tunjuk yang dia tu solat kat masjid. 

Bukan nak tunjuk masjid tu cantik. 

Tapi nak bagi tahu kat orang lain, yang dia ni orang baik. 

2. Tunjuk rumah

Lepas tu share gambar dengan orang lain dengan status “Alhamdulillah baru kemas rumah”. Sebenarnya niat nya cuma nak tunjuk rumah je kat orang. 

Nak bagi tahu yang rumah dia cantik & besar. Sedangkan orang lain tak ada macam dia. 

Ini lah tanda orang riak. Tapi acah acah tak riak. 

3. Tunjuk kereta mahal

“Alhamdulillah ingat nak tengok je tadi, tiba terbeli pulak kereta ni.”

Ni memang level level riak tak sedar diri. Dia rasa dia paling kaya kat dalam media sosial. Pada dia, ramai orang miskin kat luar sana & tak mampu jadi macam dia. 

orang riak

4. Tunjuk diri masuk hospital mahal

Acah acah amik gambar tengah sakit sambil terbaring dalam wad class A. Siap ada TV dengan semua kelengkapan. 

Agak agak dia nak tunjuk dia sakit ke atau dia tengah tunjuk hospital yang dia tengah duduk?

Majoriti sebab nak menunjuk yang dia kaya. Bukan sebab sakit. 

5. Tunjuk iphone pada orang lain

Iphone ni memang level level kayangan je pakai. Sapa pakai iphone memang orang pandang. 

Tapi bila dah selalu sangat tayang iphone, macam orang lain tak ada hp, itu maksudnya dia tengah tunjuk yang dia orang kaya. 

Bukan macam kita, orang miskin je. 

6. Share gambar solat berjemaah

Majoriti sebab dia nak menunjuk kat orang, yang dia ada keluarga yang bahagia lepas tu jaga solat 5 waktu. Kira dia ni orang orang baik lah. 

Padahal dia cuma solat jemaah sekali sekala. 

Sekali sekala tu je la yang dia amik gambar, hari lain ma

7. Tunjuk perbualan dengan pasangan

Screenshot ayat ayat manis dengan pasangan lepas tu up kat media sosial.

Maksudnya dia nak tunjuk yang dia dengan pasangan tengah bahagia, dia dapat perhatian lengkap dari pasangan. 

Tapi masalah nya dia tak share sekali, tapi berkali kali share. Ini maksudnya dia kurang perhatian tapi nak orang tahu yang dia bahagia. 

8. Puji puji anak dalam media sosial

Sebenarnya dia nak bagi tahu kat kita yang dia ada anak yang pandai & cantik. Tapi macam orang lain, anak semua buruk buruk. 

Dia sorang je anak yang cerdik. 

Sebab tu dia selalu share pasal anak, bahagia dengan anak, puji anak dan lain lain. 

Ini pun tanda orang riak juga. Riak tak semestinya dengan kebendaan. 

9. Done tahajud

Update kat whatsapp lepas tu kat facebook. Tujuan dia nak tunjuk yang dia baru solat tahajud. Benda macam ni pun nak kena bagi tahu. 

Dia nak orang tahu dia solat malam. Tapi dia sekadar bangun tidur je, lepas tu update. 

Lepas sambung tidur balik. 

orang riak

10. Selalu tayang gambar muka

Biasa macam ni sebab syok sendiri. Dia nak tunjuk kat semua orang yang dia tu cantik & comel. 

Kita faham kalau orang nak berkongsi content dalam media sosial. 

Tapi kalau content tu cuma muka dia semata mata. Tak ada apa yang nak disampaikan, memang dia syok sendiri & sekadar nak menunjuk. 

Ni pun dikira sebagai orang yang riak. 

Kesimpulan

Semua ni sebab dia nak menunjuk yang dia paling bagus kat dunia ni. Dia nak letakkan diri dia paling atas. 

Dia nak orang hormat pada dia. Sebab tu dia tunjuk benda benda ni macam ni. 

Tapi sebenarnya dia tak tahu, lagi dia buat macam tu, lagi ramai orang benci dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom follow iMuslim

Subscribe dengan isi nama & email

9 kelebihan minum air kosong

Kepentingan air kosong pada diri Minum air kosong ni tak perlu nak diceritakan lagi sebenarnya. Tapi kita ceritakan juga la, mungkin ada yang terlepas pandang

11 tanda jin asyik pada diri

Tanda jin asyik Tanda jin asyik ni panduan je untuk kita tahu ada ke tak gangguan jin asyik pada diri. Kalau ada lebih dari 3

10 tanda kita terkena sihir perniagaan

Sihir perniagaan Ada banyak jenis sihir perniagaan. Umumnya kita akan panggil sihir perniagaan sahaja.  Sihir ni boleh sebabkan perniagaan kita lingkup & tak ada customer

8 rahsia menarik rezeki (Edisi 2022)

Ilmu menarik rezeki Nak tarik rezeki ni kita kena ada ilmu dia. Ada macam macam kaedah biasanya. Ada kaedah mudah & ada kaedah yang susah. 

7 kesan tengok video lucah

Video lucah Tengok video lucah memang seronok tapi berdosa & mendatangkan kesan buruk pada diri. Kesan dia boleh jadi pada tubuh badan & boleh jadi

Jangan bersedih Allah itu ada

Allah selalu ada untuk diri kita Sama ada kita sedar atau pun tak, Allah selalu ada untuk diri kita zahir & batin. Dia berada dimana

Hidup jangan sombong

Sombong Sombong ni sifat yang dibenci oleh Allah & semua makhluk yang ada didunia ni. Sebab sifat sombong ni sifat Allah.  Kalau kita sombong, bermaksud

12 tanda Allah sayang kita

Allah sayang kita Allah kalau sayang pada kita, dia akan bagi apa yang kita perlukan. Dia akan jadikan dekat dengan diriNya.  Cara Allah tunjukkan sayangNya

8 sebab kenapa susah tidur malam

Susah tidur malam Susah tidur malam, maksud kita memang susah nak tidur. Bukan sebab kita main hp. Tapi bila kita nak lelapkan mata, tapi tak

12 pekerjaan yang buat kita jadi kaya

Pekerjaan yang mudah kaya Banyak kerja yang boleh mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda. Kerja pun mudah, duit pun senang nak masuk.  Tapi tak ramai yang

Jangan memandang harta

Jangan pandang harta! Kalau kita pandang menilai seseorang dengan harta, kita silap besar dalam menilai orang lain.  Kalau kita mencari pasangan kerana harta, maka kita

16 punca rezeki sempit

Ramai sebenarya tak perasan punca kenapa rezeki kita sempit. So jom baca artikel ni untuk tahu lebih lanjut.

14 sebab kenapa kita hilang kawan

Hidup rasa sunyi? Tak tahu kenapa semua kawan menjauh? Atau diri kita sendiri yang dah tak serasi dengan kawan? Mungkin artikel ni ada jawapannya.

12 punca suami curang

Suami curang sebab dia jahat ke? Suami curang tak semestinya sebab dia jahat. Dia curang biasanya ada sebab. Kadang kadang tak ada sebab pun.  Tapi

8 tanda orang bodoh

Orang bodoh ni ada banyak jenis Jenis yang paling bodoh, dia takkan perasan yang dia bodoh. Dia rasa dah betul, tapi bila buat tak jadi.

error: [email protected]