7 tanda orang tak ikhlas dengan kita

Ada macam macam tanda orang yang tak ikhlas nak berkawan dengan kita.

Tak semestinya kawan, kadang orang luar, kadang pakcik makcik, kadang sesiapa pun yang kita jumpa, kita boleh nampak cara dia layan kita macam mana. 

Orang yang tak ikhlas akan ada sebahagian dari tanda tanda ni. Kalau ada, jangan kecik ada, dia lah yang problem. Bukan kita. 

Lagi banyak tanda pada diri nya, lagi jelas yang kita ni memang tak berguna dipandangan dia. 

Links

1. Salam nak tak nak

Orang yang ikhlas akan pegang erat tangan kita & salam dengan bersungguh sungguh. Ini sebahagian dari tanda dia ikhlas dengan kita. Dia anggap kita ni manusia yang ada nilai. 

Dia hormat kita kerana kita termasuk dalam kategori orang yang istimewa. 

Berbeza dengan orang yang tak ikhlas dengan kita, dia takkan salam kita dengan sempurna. Pegang pun macam nak tak nak, dan akan salam kita gitu gitu je. 

Paling teruk, pandang kita pun tak. 

Jangan rasa diri kita sampah, sebenarnya orang yang macam ni yang sampah sebenarnya.

"Orang yang tak salam bebetul, memang tak ikhlas dengan sesiapa sahaja yang tak bawa manfaat untuk diri dia."

tak ikhlas

2. Tak pernah senyum dengan kita

Orang yang ikhlas akan senyum dengan kita, menunjukkan dia hormat dengan kita. 

Tapi orang yang tak ikhlas dengan kita, dia takkan pernah senyum setiap kali berjumpa dengan kita. Lagi teruk, pandang kita pun tak nak. 

Tapi dengan orang lain dia senyum pulak. Ini tanda jelas, dia langsung tak ada keikhlasan dengan diri kita. Mungkin sebab kita ni “nothing” pada pandangan dia. 

Jangan risau, sebenarnya dia yang “nothing”. 

tak ikhlas dengan diri kita

3. Tak pernah tegur kita

Jangan kan senyum, tegur memang jauh sama sekali. Kita tegur dia pun jawab macam nak tak nak je. Lepas tu terus blah. 

So ni la la tanda jelas yang dia tak ikhlas dengan kita. Padahal dah banyak kali berjumpa. 

Pandang tak, salam nak tak nak, tegur pun tak, sekali pun kita tegur dia pun, dia cuma respon gitu gitu je. Lepas tu buat hal dia sendiri. 

Akhir zaman. 

4. Terus nilai kita tanpa bertanya

Orang kita ni suka sangat dengan cerita dari orang lain tanpa pasti cerita tu sahih ke tak.

Disebabkan terlalu banyak sangat dengar cerita buruk pasal kita, biasanya dia akan datang pada diri kita & terus sound kita tanpa bertanya pada diri kita dulu. 

Terus dia bukak ceramah A sampai Z untuk salahkan kita based pada apa yang dia dah dengar. 

So ni tanda jelas, dia memang tak ikhlas dengan kita. Sebab kalau orang tu betul ikhlas dengan kita, dia akan tanya kita dulu. 

“Betul ke apa yang aku dengar ni?” Dia akan siasat dulu apa yang terjadi. Dia akan ambik tahu tentang keadaan diri kita. 

Dia takkan cepat menghukum kita tanpa usul periksa. Ni la orang ikhlas yang sebenarnya. Siapa pun dia, kalau jenis dengar sebelah pihak saja, dia memang manusia bodoh. Simple. 

"Zaman sekarang banyak orang tua yang acah pandai. Gaya macam educated tapi jenis terus nilai orang tanpa bertanya. Sebab tu orang muda susah nak hormat orang tua."

tak ikhlas nak kawan dengan kita

5. Tak jaga kata kata di depan kita

Kita kalau hormat dengan orang, kita mesti malu & segan. So kita akan berhati hati bila nak bercakap tu. Salah cakap, kita yang malu. 

So kalau dia hormat pada diri kita, dia akan jaga kata kata dia. Dia akan cakap dengan kita elok elok. 

Kalau dia memang tak jaga kata kata & jenis suka melabelkan diri kita macam macam, dia tak ikhlas dengan diri kita. Dia tak hormat kita sebagai mana yang sepatutnya orang hormat kita. 

Tak kira siapa pun dia, bila kata kata tak dijaga, dia seorang manusia yang tak beradap & jahil. 

6. Dia akan rasa diri dia besar dihadapan kita

Orang yang baik & ikhlas akan selalu rendahkan diri dihadapan kita. Tapi kalau orang tu jenis cakap besar & rasa diri dia besar didepan kita, bermaksud dia tak ikhlas dengan kita. 

Dia tak hormat kita, dia pandang kita kecik & cuma budak biasa. Budak yang tak ada apa apa nilai dalam dunia ni. 

Padahal dia tak kenal kita pun. 

So orang macam ni, memang tak ikhlas pun dengan kita. Jauhkan diri cepat cepat. 

7. Pandang remeh dengan masalah yang kita alami

Dia tak tak ada kat tempat kita, kita yang lalu. Dia tak lalu. Tapi bila kita bercerita masalah kita pada dia, dia anggap masalah kita tu benda yang remeh. 

Tak bagi perhatian dengan apa yang kita cakap, dan sangat mudah dia bercakap untuk masalah kita tu. Last sekali tak ada apa apa usaha yang dia buat pun. 

Itulah tanda dia tak ikhlas dengan diri kita. 

Tak kira keluarga, kawan kawan or sesiapa sahaja. Kalau kita bercerita, bila tak diberi perhatian & gitu gitu je, tinggalkan. Simple. 

"Kita sembang la macam mana pun, orang yang tak ikhlas takkan pernah beri perhatian, melainkan dia dapat something in return."

Kesimpulan

Ikhlas tu rahsia Allah. Allah Maha Mengetahui siapa yang ikhlas & siapa yang tak ikhlas. 

Manusia pula akan tahu tentang keikhlasan seseorang berdasarkan pada tanda tanda yang ada pada diri seseorang. 

Tanda tanda tu la yang menjadi mengukur ikhlas ke tidak seseorang tu. 

Kita tak tahu bila kiamat akan terjadi, tapi kita tahu kiamat dah semakin hampir melalui tanda tandanya. Begitu jugak dengan ikhlas. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.