Hampir semua orang toksik. So kita kena hati hati bila nak pilih kawan. Bukan semua kawan kita boleh sapu.
Jangan biarkan orang toksik ada bersama kita.
Kalau biarkan, hidup kita akan terjejas. Susah nak berkembang. Susah nak berjaya.
So untuk elakkan benda ni jadi, awal awal lagi kita dah kena buang. Ni salah satu cara untuk kita ubah hidup kita kearah yang lebih baik. Simple.
Links
1. Tak suka terima pendapat orang lain
Bila kita cakap, beri pendapat atau apa sahaja idea yang bernas. Confirm kena tolak. Macam dia sorang je yang betul.
Kalau pendapat dia berdasarkan pada fakta & ada kebenarannya tak mengapa. Tapi kalau dalam pendapatnya ada banyak kesalahan & lari dari fakta, itu namanya syok sendiri.
Selalu ada alasan yang menjadikan pendapat kita tu tak berapa elok.
Hanya pendapat dia sahaja yang betul.
So ini petanda, yang kita kena mula jauh dengan orang macam ni. Orang macam ni adalah orang yang dengki & selalu rasa dirinya lebih baik dari orang lain.
2. Setiap masa fikir negatif je
Selalu sangat fikir negatif, tak sempat terangkan apa apa lagi, dia dah merungut sana sini. Macam macam hal negatif dia bagi tahu pasal ini & itu.
Kita ajak buat bisnes, dia kata tak ada modal lah apa lah, kita ajak buat ini, dia kata susah la, itu lah.
Kita ajak buat macam macam, semua negatif je memanjang. Tak pernah positif. So untuk menjaga otak kita yang sempurna & sihat ni, eloklah kita tinggalkan orang yang macam ni.
Tak sihat kalau bergaul . Tak berkembang otak kita.
3. Selalu cakap belakang (mengumpat)
Depan kita lain. Belakang kita lain. Depan kita baik sangat. Support sangat. Tapi bila kat belakang kita, macam macam dia kutuk.
Setiap kali kita jumpa, mesti kita rasa tak selesa & rasa ada je yang tak kena. Itu maknanya hati nurani kita cuba bagi tahu kita something tentang kawan tu. Cuma kita je la kena pandai tafsir.
Tanda kita tak selesa, bermakna kita dan dia tak boleh ngam untuk bersama, sampai bila bila. Melainkan dia betul betul ikhlas berkawan dengan diri kita ni.
Jangan nafikan gerak hati yang tak selesa dalam diri. Itu mungkin petunjuk. Kita ni manusia yang ada diri zahir & batin. Bukan zahir semata mata.
Orang munafik kita kena tinggalkan. Simple.
Orang munafik is everywhere. Be carefull.
4. Jenis menilai dengan mata kasar
Asal nampak kita TAK BUAT sesuatu tu, terus kena nilai, kena perli & kena ceramah acah acah macam dia takde dosa.
Contoh kita tak pernah tunjuk yang kita ni sedekah. Terus dilabelkan kita ni tak pernah sedekah. Semua penilaian dia hanya menggunakan mata.
Benda yang dia tak nampak, dia akan cakap kita ni tak buat itu, tak buat ini.
Benda yang dia nampak baru dia cakap bagus, itu pun ada juga dia kritik. Orang macam ni perlu ditinggalkan.
Jika kita terus berkawan dengan orang yang macam ni, lama kelamaan kita akan makan hati & banyak kecewa.
Jauhkan diri dengan orang yang suka menilai orang lain. Maka hidup kita akan lebih aman.
"Yang suka menilai sesuatu dengan mata, bahaya untuk didekati"
5. Suka perli perli
Sekarang dah zaman apa ni, kita nak perli perli orang?
Suka perli perli konon nak bagi nasihat. Konon nak berdakwah. Tapi tak sedar, perli dia buat kita makin benci & menjauh. Memperli sampai menyakitkan hati bukan jalan dakwah sebenarnya.
Kalau ada orang macam ni, tinggalkan. Sebab orang macam ni sebenarnya tak lain tak bukan, cuma seorang yang toksik.
Lagi lama kita dengan orang toksik, lagi sakit hati kita.
"Mental boleh koyak, kalau hari hari asyik kena perli je"
6. Selalu ada ketika kita senang
"Zaman sekarang, makin kaya, makin ramai kawan fake."
Yang ni perkara biasa untuk zaman sekarang. Rasanya semua orang tahu tentang ni. Gold digger? Gold man?
Diorang ada masa kita senang je. Masa kita susah, diorang tak ada. Bagi alasan busy & macam macam.
Pernah kena?
Kalau ya, jangan terhengeh hengeh dengan orang yang macam tu. Diri kita ni bernilai. Tak perlu kita nak berharap dengan orang macam tu.
Kalau kita ni tak senang, susah, miskin, agak agak orang macam ni akan dekat tak dengan diri kita?
Confirm tak!
Sebab kepentingan dirinya tak dapat dipenuhi. Datang pun bukan dapat apa pun. Kesimpulan, buang orang macam ni, sebelum dia yang buang kita.
7. Suka minta pinjam
Kalau ada orang yang suka meminjam dengan kita, mula jauhkan diri dari dirinya.
Sebab orang macam ni hanya memanfaatkan diri kita sahaja. Kita ni hanya memenuhi keperluan dia sahaja.
Kalau kita percaya dengan dia sangat, tak apala. Teruskan.
Kerana lambat laun kita akan tahu, orang yang suka & selalu meminjam dengan kita ni ada agendanya tersendiri.
"Yang suka pinjam meminjam tu, maksudnya ambil kesempatan lah. Mohon tendang jauh"
8. Suka buat drama. Memang toksik habis.
Orang yang suka buat drama ni bahaya sebenarnya. Dia salah pun kita rasa macam kita pula yang salah. Dia pinjam tak bayar, kita juga yang nampak macam kejam.
Kita susah dia tak tolong tak apa. Tapi kalau dia susah, kita tak tolong.
Habis, macam kita pula yang rasa bersalah. Semuanya sebab apa? Drama la apa lagi. Play Victim ni bahaya ya. Kalau nampak tanda ni pada kawan & keluarga, mohon jauhkan diri.
Life is simple.
"Suka buat drama ni sebahagian dari tanda orang toksik yang sebenar. Dia yang salah, dia yang play victim"
9. Selalu ada untuk kepentingan diri sendiri
Kita perlu jauhkan diri dari orang orang yang memiliki tanda tanda yang disebutkan. Elakkan diri orang sebigini akan buat jiwa kita lebih tenang & bahagia.
Jangan biarkan orang sebegini terus wujud dalam kehidupan kita, kelak akan membawa keburukan yang lebih banyak dari kebaikan.
Jadi goodluck ya. Life is simple.
10. Jenis tengok harta
Kalau kita berkawan dengan orang yang jenis tengok harta, elok jauhkan. Orang macam ni tak guna kita simpan.
Sebab dengan kita pun dia tak tengok keikhlasan. Tapi dia tengok harta kita.
Kalau kita berharta, memang dia akan hormat & pandang tinggi. Tapi cuma kita jadi miskin dengan orang macam ni. Confirm dia angkat dulu. Pergh.
11. Suka berlawan dengan apa yang kita ada
Kita beli kereta, dia pun nak beli kereta. Kita tunjuk kita ada ni, ada tu, dia pun nak lawan jugak.
Kita share pergi jalan sana sini, minggu depan dia pun pergi jalan gak. Lepas tu siap share lagi dengan kita.
Orang macam ni sebenarnya dengki dengan kita. Dia cemburu dengan apa yang kita ada. So untuk orang yang sifat macam ni elok kita tinggalkan.
Tak kira keluarga atau tak, jauhkan diri untuk jaga hati kita. Simple.
"Orang yang suka menunjuk ni tak suka kalau kita lebih dari dia. Orang macam ni kau pukul je"
12. Asyik nak menang
Semua benda nak menang. Asal kita cakap je semua salah & nak menang. Masalahnya kalau menang tu memang betul betul fakta tak apa. Tapi banyak salah masalahnya.
Bila kita tegur, pun sama, nak menang gak. So orang macam ni, elok kita tinggalkan untuk menjaga hati & perasaan diri kita sendiri.
Dia nak menang dia punya pasal lah.
13. Kaki meminta secara halus
Kerja dia asyik nak minta je, kerja sendiri tak mau. Minta je la kerja dia. Kita susah susah cari, dia senang senang je nak minta kat kita.
Minta duit la, minta makan la, minta barang itu ini lah, sapa tahan dengan manusia yang asyik nak minta minta ni?
Bila kita nak ajar dia, macam mana nak kerja, dia tak nak pulak. Dia nak meminta je. Kita susah payah, kerja dia nak mudah je. Minta je.
Tinggalkan je orang macam ni, tak guna buat kawan or simpan.
14. Tak pernah peduli sangat dengan masalah kita
Kita kalau bercerita tentang masalah diri, dia dengar macam nak tak nak je. Dia tak ambil tahu or ambil berat.
Dengar gitu gitu je lepas tu ignore & lupa. Macam gitu gitu je la dia dengar masalah kita. Lepas tu tukar pada topik lain.
Orang macam ni jelas & terang memang tak berapa peduli pun dengan diri kita, tapi diorang ambil tahu sekadar nak tunjukkan dia ambil berat.
Tapi itu la kebodohan dia sendiri. Orang lain boleh merasa apa yang dia buat, cuma dia je tak sedar.
Ni antara toksik yang ramai tak perasan.
"Orang yang tak ambik peduli dengan masalah kita, tak ikhlas pun dengan kita, tapi kalau masalah dia, memang sungguh sungguh dia bercerita."
Kesimpulan
Kita perlu jauhkan diri dari orang orang yang memiliki tanda tanda yang disebutkan. Elakkan diri orang sebigini akan buat jiwa kita lebih tenang & bahagia.
Jangan biarkan orang sebegini terus wujud dalam kehidupan kita, kelak akan membawa keburukan yang lebih banyak dari kebaikan.
Jadi goodluck ya. Life is simple.