10 tanda pendamping pada diri yang ramai tak tahu!

Tanda gangguan adalah cara untuk kita kesan kehadiran makhluk halus pada diri. Dengan tanda gangguan kita boleh tahu apa yang ada pada diri. Lagi banyak tanda pada diri, lagi jelas gangguan jin pada diri kita. 

Pendamping bermaksud jin yang berdamping dengan diri kita atas sebab sebab tertentu. Mungkin kita tahu, mungkin juga kita tak tahu, kenapa kita didampingi. 

Majoriti ramai yang tak tahu, bahkan tak sedar pun pada diri ada jin yang sedang berdamping.  

1. Panas baran melampau

Bukan panas baran biasa. Tapi sangat melampau. Kalau datang baran dia, tangan & kaki akan naik. Semua barang akan pecah & boleh mencederakan orang lain. 

Bila baran menguasai, hilang semua pertimbangan & akal fikiran. 

Bila keadaan dah sejuk, biasanya kita akan menyesal dengan semua perbuatan diri. Bila berulang, kita tak dapat menahan. 

tanda pendamping

2. Kerap mimpi pelik

Kerap mimpi orang tua, kerap mimpi rumah lama, kerap mimpi diberikan sesuatu macam keris, barang barang peninggalan. 

Kadang kadang kita akan berada dialam yang kita sendiri tak pernah nampak. Kadang kadang kita ada dialam mimpi & alam nyata, sebabkan kita keliru. 

3. Susah tidur malam

Selalu tidur lambat. Biasanya 1-2 pagi. Dah jadi rutin sampai tak biasa nak tidur awal. 

Ni cuma sebahagian dari tanda pendamping pada diri. Tidur lambat tak semestinya ada. Tapi kalau tanda yang lain, dan susah tidur malam, ni menunjukkan kita mungkin ada pendamping.

4. Ada gerak hati yang sangat kuat

Kalau kita ada pendamping, kita akan ada gerak hati yang sangat kuat. Setiap apa yang kita baca, setiap apa yang kita rasakan, kebanyakan TEPAT. 

Kita tak keseorangan, ramai orang ada kelebihan macam ni, dan majoriti memang ada yang berdamping dengan diri mereka. 

Kita boleh baca watak orang semudah ABC, kita sangka kita boleh baca sebab kita ada banyak pengalaman, tapi sebenarnya bukan. Kita memang boleh orang lain melalui gerak hati yang kita ada. 

Cuma kita je yang mungkin selalu ignore apa yang kita rasa. Ni sebahagian dari tanda tanda pendamping. 

Artikel berkaitan

5. Anxiety

Penyakit anxiety sebahagian dari tanda pendamping pada diri. Bukan kata kalau ada anxiety, confirm ada pendamping. 

Tapi kebanyakan yang ada gangguan pendamping pada diri akan alami anxiety. Tak semua tapi kebanyakan. 

Lagi teruk anxiety kita, lagi kuat benda yang berdamping dengan kita. Juga bermaksud dah lama berdamping dengan diri kita. Anxiety takkan jadi, melainkan kita dah didampingi selama bertahun tahun. 

6. Digeruni semua orang

Tak ada siapa yang akan berani dengan diri kita. Kadang kita tak faham sebab apa, tapi kebanyakan orang akan takut bila berhadapan dengan diri kita. 

Lagi lagi masa kita tengah marah & mengamuk. Semua orang hormat dengan diri kita, jarang orang nak cari pasal dengan kita.

7. Berat beribadat

Tanda pendamping paling jelas, kita berat sangat nak beribadat. Berat sangat nak mendirikan solat. 

Kita rasa serba salah bila tak solat, tapi setiap kali nak solat akan terhalang. Ada macam macam hal yang menghalang diri untuk berbuat kebaikan. 

8. Rezeki disekat

Apa pun yang kita buat, dia akan jadi terhalang, berat sesangat sampai kita ada masalah untuk mencari rezeki. 

Biasanya benda ni akan berlaku kalau kita cuba mencari rezeki yang halal. Tapi kalau kita buat kerja haram, benda ni jadi mudah. Tak ada halangan sama sekali. 

Setiap kali nak cari rezeki halal, akan ada halangan. Buat apa pun tak menjadi. Sampai setiap hari kita jadi stress & putus asa dalam hidup. 

  • Buat bisnes selalu tak jadi. 
  • Selalu bertukar tempat kerja. 
  • Hutang makin hari makin bertambah
  • Barang barang selalu rosak tanpa sebab yang jelas. Macam sengaja nak buat kita keluar banyak duit. 
  • Nak kahwin selalu terhalang. 
  • Nak mengandung jadi susah sangat.
tanda pendamping pada diri

9. Kerap bertengkar dengan pasangan

Benda kecik akan jadi besar bila bersama dengan pasangan. Hampir hari hari bertengkar sampai nak bercerai. 

Dengan mana mana pasangan pun kita tetap bermasalah. Tak pernah bahagia sebab asyik bergaduh je siang malam. 

Ni pun tanda tanda adanya pendamping pada diri. So kena jaga jaga & jangan pandang remeh. 

10. Nafsu terkunci dengan pasangan

Bila nak bersama, selalu ada masalah nafsu terkunci. Kadang kadang dah bersama, alat kemaluan tiba tiba jadi mati. Benda ni biasanya memang selalu jadi bila pada diri kita ada benda yang berdamping. 

Sebab tu cara terbaik untuk selesaikan masalah ni, ialah berjumpa dengan pengamal perubatan Islam. Buat check up & pembersihan pada diri. 

Kadang kadang tu, tengok pasangan pun tak bernafsu. Tapi bila tengok orang lain, nafsu naik mencanak canak. Ini sebahagian dari tanda tanda pendamping pada diri. 

Kesimpulan

Kalau memang banyak tanda pendamping pada diri kita, dapatkan rawatan Islam. 

Buang sebelum hidup kita jadi macam neraka. Hidup takkan pernah tenang selagi kita berdamping dengan jin. Benda ni biasanya datang dengan tujuan tertentu. 

Tak ada istilah pendamping baik. Melainkan semuanya hanya akan bawa masalah pada diri kita. 

Artikel berkaitan

Jom kita subscribe kalau rasa semua content dalam ni bermanfaat. InsyaAllah.
Member
Tuan Muhammad

Tuan Muhammad

Digital Content Writer