Saka keturunan
Saka ni maksudnya jin yang asal usul dia dari keturunan kita sendiri, kemudian datang berdamping dengan kita atas sebab sebab tertentu.
Biasanya kita akan terima harta pusaka dari keturunan kita. Harta tu dipanggil pusaka kerana datang dari keturunan kita sendiri.
So kita panggil dia saka.
Perkataan saka ni datang dari “pusaka”. Biasanya harta warisan yang diturunkan pada anak cucu kita akan panggil pusaka.
Disebabkan jin ni harta yang kita tak nampak, kita panggil saka je la. Kalau tanya lebih lebih memang tak tahu. Jin ni dah famous dengan gelaran saka.
Ikut saja lah.
Links
Saka perlu dijaga
Nak jaga saka ni, kena ada ilmu dia. Yang tahu tentang ilmu saka ni biasanya orang yang ada ilmu kebatinan & dapat berhubung dengan jin saka.
Bergantung pada tujuan, saka tu digunapakai kan untuk apa. So lain tujuan, lain upacara dia. Bila tuan dah mati, saka ni akan turun pada anak cucu.
Tapi masalahnya anak cucu ni pulak tak tahu apa apa pasal ilmu saka ni. Maka saka pun jadi marah la, sebab kita tak tunaikan syarat syarat yang saka tu minta masa dengan keturunan kita dulu.
Benda ni bukan salah kita pun, salah nenek moyang kita juga, diorang yang buat perjanjian dengan saka saka ni.
Kita mana la tahu apa apa. Yang kita tahu nak seronok je. Tahu tahu hidup kita dah jadi macam neraka disebabkan saka ni.
Saka memberontak
Bila kita tak tahu apa apa perjanjian dengan saka macam mana, kita pun buat tak tahu la. Sebab bukan kita yang buat perjanjian tu.
Itu yang saka mula memberontak, so sapa sapa yang ada saka tu, confirm hidup dia macam neraka.
Sapa lagi yang buat kalau bukan saka? Saka akan pisahkan kita dengan pasangan, akan buat hubungan kita dengan pasangan jadi panas.
Saka akan buat macam macam sampai hidup kita musnah.
Tapi masa saka ni musnahkan hidup kita, kita tak nampak lah. Yang kita tahu, hidup kita ni macam sial. Semua benda nak buat tak jadi. Ni menunjukkan saka tengah memberontak.
Nak makan mungkin. Sebab dia lapar. Pergh.
Artikel berkaitan
Tanda saka pada diri kita
1. Banyak halangan dalam hidup kita. Buat apa pun semuanya tak jadi.
2. Berat jodoh. Nak kahwin punya la susah. Macam macam halangan kita dapat. Kita tengok orang lain senang je.
3. Rezeki susah nak masuk. Kerja dari pagi sampai ke malam, duit yang masuk ciput je. MasyaAllah.
4. Nak jadi baik punya la susah. Nak solat je pun, tapi berat yang melampau. Sampai kita tinggal semuanya.
5. Kerap bertengkar dengan pasangan. Asal bercinta je mesti hubungan jadi panas.
6. Panas baran melampau. Cepat rasa panas dengan keluarga & orang orang yang kita sayang. Gaduh je manjang.
7. Susah tidur malam. Biasanya dekat subuh baru kita tidur. Sampai kita dah terbiasa.
8. Kerap mimpi buruk, contoh mimpi bayi, mimpi harimau, mimpi jatuh dari tempat tinggi & macam macam lagi.
9. Boleh sebabkan kita jadi anxiety & kemurungan. So penyakit ni sebahagian dari tanda tanda saka keturunan. Tak semestinya ada, cuma sebahagian dari tanda sahaja.
10. Selalu lebam lebam satu badan.
11. Keluarga besar & jadi cacamarba semuanya. Hancur semua sampai jadi berpuak puak.
Jalan penyelesaian
Nak selesaikan masalah ni jalan dia mesti dengan jalan berubat. Kadang kadang saka ni boleh pergi dengan sendiri sebab mungkin dia dah bosan dengan kita kot.
Tapi jarang jadi macam tu.
Biasanya kita bawa saka ni pergi pusat rawatan, haa kat sana kita buang dia dengan akad & ruqyah. Nak buang saka ni bukan benda yang mudah.
So pastikan kita buat rawatan susulan dengan perawat yang sama. Dah settle baru la aman. Tak gitu?
Tak tahu ada saka ke tak, rujuk dengan tanda saka.
Saka boleh kembali
Saka ni spesis dia macam kanser jugak, dia boleh pergi & kembali kalau nasib kita tak berapa nak baik. So walaupun kita dah berubat, jangan confident sangat diri kita bersih sampai bila bila.
So apa nak buat? Macam mana nak elak saka ni kembali?
Amalan kena jaga. Pastikan solat tak tinggal, solat jangan lambat lambat, mengaji setiap hari & pastikan kita amalkan pendinding diri.
Dia sama je dengan pesakit yang terkena kanser, lepas dah rawat kanser, dia kena jaga pemakanan, kena bersukan dan sebagainya.
So kalau saka, kita kena jaga amalan lah. Baru saka tu nak kembali jadi susah.
Saka boleh dibuang & mati
Saka ni gelaran untuk jin. Jin ni pulak sama je macam manusia. Ada umur & akan meninggal bila sampai waktunya. Simple.
Manusia & jin ialah makhluk yang takkan kekal dalam dunia. Dua dua akan mati. Boleh mati sebab tua, boleh mati sebab penyakit & boleh mati sebab dibunuh.
So dalam bab saka, dia boleh mati sebab kita bunuh dia.
Masalahnya tak nampak macam mana nak bunuh? Senang je. Dengan doa & bacaan ruqyah. Yang lain kita serah pada Allah. Nanti mati la dia. Simple. Buat apa fikir susah susah.
Sama macam ubat nyamuk, kita beli & kita tinggal spray je. Lepas tu pandai pandai la dia mati. Orang yang buat spray tu dah buat kajian & test.
Kita tinggal beli je. Buat apa nak fikir.
Kesan bila tak buang saka
Hidup kita akan jadi macam neraka. Jika dibiarkan selama bertahun tahun, kita akan jadi tekanan dengan masalah hidup yang tak pernah selesai. Satu satu datang pada diri.
Sampaikan kita jadi stress dan kemurungan yang teruk.
Keluarga kita jadi hancur, pecah belah disebabkan saka keturunan. Kita dan pasangan mungkin ada masalah untuk bersama, sampaikan kita berpisah & macam macam lagi benda yang jadi tanpa kita sendiri pun faham apa puncanya.
Saka jika dibiarkan akan buat hidup kita jadi celaka. Itulah tugas saka. Jadi bertindaklah dari sekarang. Elak diri kita terkena mangsa saka.
Kesimpulan
Saka ni boleh dibuang & masalah kita boleh selesai. Cuma kita nak kena berubat lah. Nak berubat tengok cara & kaedah juga ya.
Kalau kaedah biasa biasa mungkin, kesannya juga biasa biasa je.
Bagi yang dah berdamping dengan saka terlalu lama, kaedah rawatan yang digunakan pun akan jadi complex dan ambil masa untuk tengok perubahan pada diri.
Bukan semua perawat tu kaedahnya sama. Apa yang penting kita kena usaha & tawakal pada Allah. InsyaAllah masalah kita akan selesai.