15 tanda sihir pada diri yang ramai tak perasan!

Kalau ada tanda sihir, tenang dulu, jangan cepat gelabah. Kadang kadang penyakit lain pun tanda dia sama macam sihir. 

So jadikan tanda tanda sihir ni sebagai panduan & dapatkan pengesahan dari pengamal perubatan Islam. Simple. 

Jangan terlalu taksub dengan sihir & jangan mudah nak salahkan orang lain yang menyihir kita. Bab sihir & saka ni bukan perkara yang boleh bawak main. 

Content

Sihir bermaksud jin yang dihantar

Orang lain kalau hantar jin kat kita, biasanya untuk senangkan hidup kita atau susahkan hidup kita? Biasanya untuk susah la kan. 

So jin yang dihantar ni biasanya kita akan panggil sihir. 

Tapi tak semua sihir tu manusia yang hantar. Kadang kadang jin sendiri boleh hantar. Kadang kadang boleh jadi disebabkan penyakit ain, badi & tempias dari luar. 

So adanya sihir pada diri, tak semestinya ada orang dengki dengan diri kita. 

tanda sihir

Sihir boleh sebabkan penyakit klinikal

Kadang kadang bila orang hantar sihir, dia akan rosakkan organ dalaman kita. So bila kita sakit, kita sendiri pun tak perasan yang sakit kita tu berpunca dari gangguan sihir. 

Tak nampak tanda sihir, tapi nampak tanda klinikal. Benda macam ni memang susah kita nak pastikan, melain kita rujuk dengan pengamal perubatan Islam. 

Apa pun kalau kita sakit klinikal, jangan terlalu yakin yang sakit kita tu tak ada kaitan dengan sihir. 

Kalau tak, buat la rawatan di hospital macam mana sekali pun, susah untuk sembuh biasanya. 

Artikel berkaitan

Sihir boleh jadikan kita gila

Sihir ni dengar macam simple, tapi sebenarnya sihir ni boleh datangkan kesan yang bahaya pada diri kita. Boleh sebabkan macam macam sakit klinikal pada diri. Lagi bahaya boleh mendatangkan kesan buruk pada mental kita sendiri. 

Sihir boleh buat kita berhalusinasi & nampak benda benda yang tak sepatutnya kita nampak. 

Lama lama kita pun boleh jadi gila. Dan tak seorang pun tahu gila kita tu berpunca dari sihir. 

Kesimpulannya sihir mesti dirawat dengan segera. Kalau tak neraka la hidup kita didunia ni. Orang yang menghantar cuma tersenyum je tengok kita menderita. 

Tanda tanda sihir pada diri (Umum)

1. Emosi terganggu tanpa sebab yang jelas. Selalu rasa nak marah secara tiba tiba. 

2. Berat gila nak solat. Apatah lagi nak buat kebaikan macam berkahwin. Macam ada yang tersekat. 

3. Susah gila tidur malam. Selalu pusing sana sini, selalu terjaga. Biasanya jadi tanpa sebab. 

4. Kerap mimpi buruk, mimpi menakutkan, mimpi binatang berbisa. 

5. Sakit sakit badan yang teruk. Selalu rasa lenguh, selalu rasa sakit dada & lenguh tulang belakang. 

6. Kerap bertengkar dengan pasangan secara tiba tiba. Kita rasa macam semua benda disekeliling jadi semak. 

7. Rasa tak selesa bila duduk dalam rumah. Rasa panas & bahang. 

8. Tubuh badan jadi bahang bila nak tidur. Bukak kipas & aircond pun masih rasa panas. 

9. Berat badan menurun. Dah check klinikal semua tak dapat kesan. Tapi badan makin susut. 

10. Ada penyakit klinikal yang berat dikesan pada diri. Buah pinggang tiba tiba kronik, serangan jantung, strok & lain lain. 

11. Lebam diseluruh tubuh badan. 

12. Rasa nak marah bila dengar ayat Al Quran. Termasuk rasa panas & bahang. 

13. Tetiba alami anxiety & kemurungan yang agak teruk. 

14. Perubahan pada diri secara mendadak. 

15. Kerap keguguran tanpa sebab yang jelas. 

Semua sihir boleh dirawat

Tak ada sihir yang tak boleh dirawat dalam dunia ni. Walaupun sihir tu kuat, jawapan dia tetap boleh dirawat. Cuma kena cari perawat yang betul untuk rawat. 

Yakin yang memberi sembuh tu hanyalah Allah. Bukan makhluk. So jangan takut dengan sihir, semua ilmu hitam dari syaitan adalah lemah. 

Teruskan berusaha sampai kita jumpa jalan keluar. Jangan berubat dengan sekali rawatan. Buat la rawatan sekurang kurangnya, 3 x rawatan dengan mana mana perawat. 

InsyaAllah sembuh. 

Tanda sihir pada diri yang ramai tak tahu

Kesimpulan

Kalau ada banyak tanda sihir pada diri, kemungkinan besar memang ada sihir pada diri kita. Terus dapatkan ikhtiar dengan pengamal perubatan Islam. 

Jangan biarkan tanda tanda ni ada pada diri, kalau dibiarkan boleh menyebabkan kematian jugak. 

Bab sihir tak boleh bawa main, ramai orang mati sebab sihir, tapi tak perasan pun mati sebab sihir. Ramai dah kena macam ni. 

Kita bila lagi nak check?

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.