Sihir pemisah tak semestinya dari buatan manusia. Sihir pemisah boleh datang dari mana mana sahaja. Ada banyak faktor kenapa kita boleh terkena sihir pemisah.
Ingat! Bila kita terkena sihir pemisah, jangan mudah nak tuduh orang lain yang menyihir kita. Bincang dulu pengamal perubatan Islam. Buat research dulu sebelum kita jatuh hukum.
Sihir pemisah boleh terjadi akibat terkena penyakit ain, tempias dari luar, terpijak, terkena badi & dari gangguan pendamping.
Sihir pemisah bermaksud sihir yang digunakan untuk memisahkan antara suami isteri. Menjadikan kita membenci pasangan tanpa sebab yang jelas.
Kalau kita alami masalah ni, rujuk dengan tanda tanda gangguan supaya kita boleh cepat bertindak.
Sihir pemisah dah wujud sejak sekian lama. Hanya sebahagian sahaja yang percaya dengan kewujudan sihir pemisah ni.
Tanda tanda sihir pemisah
1. Perubahan mendadak. Dari sayang menjadi benci secara tiba tiba.
2. Selalu bertengkar disebabkan benda benda kecil. Bahkan sampai nak bercerai.
3. Kerap bercakap tentang cerai kerana tak tahan dengan sikap pasangan.
4. Nafsu terkunci bila bersama dengan pasangan.
5. Hampir 24 jam rasa panas bila duduk dengan pasangan, tapi rasa tenang & sejuk bila berjauhan dengan pasangan.
6. Rasa rindu bila jauh dari pasangan, tapi rasa benci gila bila berdepan dengannya.
7. Susah dapat zuriat, masalah kitaran haid, masalah kerap keguguran & masalah untuk bersama.
8. Selalu nampak keburukan pasangan. Nampak hodoh & bodoh.
9. Rasa stress tanpa sebab yang jelas bila duduk rumah bersama pasangan,
10. Rasa berat gila nak beribadat.
11. Rasa bernafsu dengan orang lain, tapi tak bernafsu dengan pasangan sendiri.
12. Selalu bau busuk ditempat tidur, kawasan rumah & kadang kadang pada pasangan sendiri.
13. Kerap mimpi ular & haiwan berbisa.
14. Kerap mimpi tempat kotor.
15. Kerap alami lebam dipeha – terutama perempuan
16. Kerap rasa letih bila bangun dari tempat tidur – terutama perempuan.
17. Kerap mimpi setubuh dengan lelaki yang tak dikenali. Kadang kadang kita kenal. – Terutama perempuan.
Asal usul sihir pemisah
Surah Al Baqarah ayat 102:
“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:
Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:
“Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”.
Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.
Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat.
Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.”
Punca sihir pemisah
Sihir pemisah tak semestinya buatan orang. Ramai antara kita yang salah faham dengan sihir. Asal sihir sahaja bermaksud ada orang hantar jin pada kita.
Betul! Tapi bukan manusia je yang boleh hantar jin pada diri kita. Kadang sesama jin pun boleh hantar sihir.
Antara punca yang menyebabkan sihir pemisah:
- Gangguan jin asyik – jin yang jatuh cinta pada manusia kerana nafsu.
- Penyakit ain – pandangan manusia yang penuh dengan kebencian pada diri kita.
- Terkena tempias sihir dari kedai kedai makan.
- Terkena tempias sihir dari orang yang sedang sakit – Kita mungkin ada menolong pesakit yang terkena sihir.
- Kita mengamalkan ilmu kebatinan tanpa pantauan dari seorang guru – boleh sebabkan hadirnya gangguan sihir pemisah.
- Kita tak menghormati alam jin – mulut lancang, bercakap besar bila berada dihutan & mencabar jin jin untuk keluar mengadap.
- Buatan manusia yang dengki kepada kita. Tak ramai yang boleh buat kerana bayaran yang sangat tinggi.
Sihir pemisah boleh dirawat
Sihir pemisah boleh dirawat dengan kaedah ruqyah & doa. Sama ada rawatan berhadapan atau pun rawatan secara jarak jauh. Biasanya kes sihir pemisah ni ramai yang buat secara jarak jauh, kerana kes ni ramai yang buat tanpa pengetahuannya.
Kita mungkin boleh halang sihir pemisah ni dengan ruqyah mandiri, tapi keadaan mungkin akan jadi lebih teruk kalau kita berlawan dengan sesuatu yang kita sendiri tak pasti.