10 tanda sihir pemisah yang wajib kita tahu!

Sihir pemisah adalah jin yang dihantar untuk memisahkan pasangan yang tengah bahagia. Kalau tak bahagia, biasanya orang tak hantar. 

Dan macam mana orang luar boleh tahu kita bahagia atau pun tak? Melalui media sosial biasanya. Yup. 

Biasanya salah kita sendiri, sebab berkongsi kebahagiaan rumahtangga pada umum. 

Inilah punca kenapa kita terkena sihir pemisah. Orang kat luar sana cemburu, panas hati & dengki dengan perkongsian kita. Menyebabkan rumahtangga kita hancur sikit demi sikit. 

Kalau percaya wujudnya sihir & penyakit ain, kita akan sentiasa berjaga jaga. 

So pastikan kita tak berkongsi kehidupan kita di media sosial. 

1. Perubahan mendadak

Biasanya pasangan akan berubah dalam waktu yang sekejap. Dalam 2-3 hari saja, dia berubah. Tiba tiba minta cerai, tiba tiba benci dengan diri kita tanpa sebab yang jelas. 

Baru semalam bercakap, elok, bahagia, tapi hari ni dah murung, rasa benci & nak bercerai tanpa alasan yang kukuh. Biasanya jadi dalam waktu yang sangat singkat.

So inilah tanda jelas sihir pemisah. 

tanda sihir pemisah

2. Jadi panas baran

Suami isteri mula bergaduh disebabkan benda benda kecik. Hari hari rasa panas bila dekat, tapi rasa rindu bila berjauhan dengan pasangan. 

Dari seorang yang lembut hati, kita dah jadi seorang yang panas baran. Asyik nak marah je walaupun pasangan tak ada buat apa.  

Macam ada something wrong kat situ. Tapi tak tahu apa punca & sebabnya. So ini sebahagian dari tanda tanda sihir pemisah. 

3. Susah tidur malam

Selalu boleh tidur macam biasa. Sejak panas dengan pasangan, dia jadi susah tidur malam. 

Kadang dah masuk awal, dah letak hp, tapi mata macam susah nak lelap. Nak kena tidur jam 2-3 pagi juga baru boleh lelap. 

Kalau tak memang akan terpusing sana sini. 

4. Nafsu terkunci dengan pasangan

Bila tengok orang lain, rasa bernafsu. Tapi bila tengok pasangan sendiri macam tak bernafsu. Lagi lagi bila nak bersama. 

Selalu terbantut. Tak jelas apa penyebabnya. 

Sampai berbulan bulan tak bersama dengan pasangan. Ini sebahagian tanda sihir pemisah paling jelas kalau ada pada diri. 

5. Kerap terjaga tengah malam

Selalu tersedar jam 3-4 pagi. Tak rasa ada orang kejutkan. Tapi kerap tersedar masa masa tu. 

Dah la susah tidur malam, kerap terjaga pulak tu. Biasanya jadi tanpa sebab yang jelas. 

Semua ni jadi bila kita start bergaduh dengan pasangan. Hari hari rasa panas je. 

6. Kerap mimpi buruk

Hampir hari hari mimpi buruk. Kadang mimpi ular, kadang mimpi lelaki yang tak dikenali, kadang mimpi bersetubuh. 

Macam macam kita mimpi, sampaikan kita terjaga dari tidur sebab terlalu takut. 

Kita rasa mimpi tu real sangat. 

Kadang kadang kita tak dapat ingat jelas apa yang ada dalam mimpi tu. Yang pasti kalau menakutkan memang sesuatu yang tak elok la. 

7. Nampak kesalahan pasangan

Terbuka segala hijab, terbuka segala aib pasangan pada pandangan kita. Hari hari kita akan nampak kebodohan & kelemahan pasangan. 

Buatkan kita semakin membenci & menyesal kenapa kita dapat pasangan macam ni. 

Ni tanda sihir pemisah yang jelas. Tapi ramai tak perasan dan tak tahu. Semua kebaikan pasangan seolah olah tertutup. 

8. Bau busuk

Selalu bau busuk bila duduk dalam bilik dan ruang tamu. Tapi tak tahu mana asal usul bau tu. Kadang bau tu ada dengan pasangan. 

Bau tu sebabkan kita menjauh & fikir yang pasangan kita ni seorang yang pengotor. 

Pakai la minyak wangi macam mana pun, kadang kadang bau busuk sambil lalu kat hidung. 

Sebabkan kita jadi rimas. 

tanda sihir pemisah

9. Malas nak beribadat

Rasa berat yang melampau untuk solat. Apa lagi nak mengaji. Ada sesuatu yang menghalang diri untuk kita beribadat. 

Rasa malas ni akan jadi lagi teruk bila kita dah start gaduh dengan pasangan. 

Tapi kalau kita memang jenis tak dirikan solat, mungkin kita takkan rasa apa apa untuk masalah ni. 

10. Rasa takut tanpa sebab

Kadang rasa berdebar tanpa sebab yang jelas. Bila dengar azan & ruqyah, akan jadi berdebar. Tapi tak pasti kenapa jadi macam tu. 

Biasanya jadi pada waktu waktu tertentu. 

Simptom ni lebih kurang dengan simptom anxiety. So kena check betul betul. Jangan mudah cakap sihir. 

Kesimpulan

Kalau ada banyak tanda sihir pemisah ni pada diri, disarankan untuk buat temujanji dengan perawat ruqyah. 

Bincangkan masalah ni, dan confirmkan dengan pengamal perubatan Islam. Bila dah confirm ada, berubat la sampai masalah selesai. 

InsyaAllah. 

Rujuk dengan tanda tanda sihir pemisah yang lain untuk dapatkan lebih kepastian. 

Jom kita subscribe kalau rasa semua content dalam ni bermanfaat. InsyaAllah.
Member
Tuan Muhammad

Tuan Muhammad

Digital Content Writer