11 tanda jin asyik pada diri yang ramai tak tahu

Tanda jin asyik adalah panduan untuk kita tentukan sama ada diri kita ada gangguan jin atau pun tidak.

Kalau memang ada banyak tanda tanda pada diri, kita sepatutnya berjumpa dengan pengamal perubatan Islam untuk mengesahkan sakit yang kita alami.

Supaya kita jadi tahu yang diri kita ni ada ke tak gangguan jin asyik pada diri.

Kebiasaannya kalau ada lebih dari 3 tanda, memang kita sedang didampingi. Apa pun kita perlu buat konsultasi dengan perawat Islam.

Gangguan jin asyik ni bahaya, kalau tak dirawat memang boleh sebabkan masalah jodoh & sebabkan badan kita sakit sakit. Ramai sebenarnya yang kena gangguan jin asyik ni tapi tak ramai yang perasan diorang dah terkena. So baca artikel ni untuk tahu lebih details.

1. Lebam dipeha

Biasanya jadi pada perempuan. Bila bangun tidur, mesti celah peha lebam. Kita kena check selalu. Kalau memang kerap ada, kena la berjumpa dengan pengamal perubatan Islam. 

Bahaya kalau dibiarkan. Melainkan kita yakin lebam tu sebab kita bersukan dan buat aktiviti lasak.

2. Kerap mimpi bersetubuh

Selalu mimpi bersetubuh dengan lelaki. Sama ada kita kenal atau tak lelaki tu, kalau dah kerap sangat, menunjukkan memang hari hari kita kena setubuh dengan jin.

Jangan kita salahkan orang yang kita kenal dalam mimpi tu, sebab jin boleh bertukar pada macam macam rupa. So ni tanda jelas, kita ada gangguan jin asyik.

11 tanda jin asyik pada diri yang ramai tak tahu

3. Badan rasa letih bila bangun tidur

Bila bangun je tidur, rasa letih sangat. Macam kita baru lepas bersukan, tapi penat dia berpanjangan. Bangun tidur pun macam tak segar badan kita.

Plus dengan rasa sakit sakit badan tanpa sebab yang jelas. Pergi klinik pun doktor kata tak ada apa. Biasanya benda ni berpunca dari kesan dirogol.

Bila kita kena rogol, badan akan rasa penat & sakit. 

4. Ada cyst & fibroid

Cyst & fibroid ni sebahagian dari tanda gangguan jin asyik. Biasanya orang yang ada jin asyik, memang ada masalah cyst & fibroid. Sampai ketahap, dah operate berkali kali pun masih ada. Tak tahu apa sebab dia jadi macam tu.

Kalau memang kita ada banyak tanda tanda jin asyik pada diri, kemungkinan besar cyst & fibroid kita juga berpunca dari jin asyik. Kalau ada, jumpa dengan pengamal perubatan Islam.

5. Kerap bernafsu tanpa sebab

Bila duduk sorang sorang, selalu rasa bernafsu tiba tiba. Padahal tak ada buat apa pun. Tiba tiba bernafsu sangat. 

Lepas tu kita banyak rasa ada orang perhatikan diri kita. Kalau dah sampai tahap macam ni, memang jelaslah ada orang ghaib tengah rogol kita. Berjaga jaga.

11 tanda jin asyik pada diri yang ramai tak tahu

6. Hubungan dengan pasangan selalu panas

Dengan pasangan selalu panas. Tak pasangan yang benci kita, kita yang benci dia. Jadi panas yang amat bila berjumpa. Tapi bila duduk jauh, elok pulak. Rasa rindu & rasa sayang.

Bila jumpa, ada perasaan benci pada pasangan. Semua ni jadi sebab jin asyik yang ada pada diri kita dah letak sihir pemisah untuk pisahkan kita dengan pasangan.

Jin asyik dah jadikan kita sebagai peneman hidup, so dia takkan biarkan kita bersama orang lain.  Sebab tu kita ada masalah berat jodoh. Selalu bertukar tukar pasangan. Kahwin memang jauh sekali. Asyik tak jadi.

7. Masalah kitaran haid

Terutama perempuan. Belum jadi lagi pada lelaki. Biasanya kitaran haid tak pernah ikut time. Selalu lambat.

Kadang kadang keluar tanpa berhenti. Kes kes macam ni maksudnya rahim kita dah ada problem disebabkan gangguan jin asyik. 

So memang kena serius dah untuk dapatkan rawatan. Takut melarat sampai kes keguguran, susah mengandung & lain lain.

8. Cepat panas baran

Selalu rasa nak marah, terutama dengan orang yang kita sayang. Kalau sayang sebagai keluarga tak apa. Tapi kalau sayang sebagai kekasih, kita akan jadi panas baran melampau.

Sebab jin yang suka kita tu dah masukkan sihir dalam diri kita. Sebabkan kita benci pada pasangan tanpa sebab yang jelas.

9. Rezeki kita lancar

Kalau kita single, rezeki kita jadi mudah. Mudah dapat kerja, mudah dapat duit. Apa pun yang kita buat semuanya menjadi.

Semua ni sebab kita dapat bantuan dari jin yang berdamping dengan kita. 

Tapi disaat kita mula bercinta, semua urusan kita akan jadi susah, akan jadi tersekat, akan jadi miskin pape kedana. So benda macam ni kita kena perhatikan. Kalau ada, berunding dengan pengamal perubatan Islam. Simple.

10. Alami anxiety & kemurungan

Bila ada jin yang dah duduk terlalu lama dengan diri kita, kita boleh alami anxiety & kemurungan. Kita boleh terkena panic attack & rasa macam macam termasuk rasa nak mati.

Kadang kadang kita rasa tak bersemangat & rasa tak tahu kenapa kita hidup kat dunia ni.

Kita rasa down dengan semua benda, kita jadi nak menyendiri dengan semua orang.

Ni semua tanda tanda jelas, kita mungkin sedang diganggu dengan gangguan jin asyik. Itu pun kena tengok juga tanda tanda yang lain kat atas.

11. Kerap keguguran

Asal mengandung gugur, asal mengandung, gugur. Tak ada penjelasan yang jelas dari perubatan doktor. Bila check semua tak ada apa apa masalah. Kerap keguguran lebih dari dua kali sebahagian dari tanda tanda gangguan jin asyik.

Jin asyik akan sebabkan rahim kita bermasalah. Apa sahaja masalah rahim, kemungkinan berpunca dari gangguan jin asuik diikuti dengan tanda tanda yang lain.

Kesimpulan

Tanda jin asyik ni panduan untuk kita tahu ada ke tak jin asyik pada diri. Kadang kadang tanda tanda ni akan buat kita sedikit confuse dengan tanda tanda yang lain.

Pape pun kes jin asyik ni jangan dipandang remeh. Benda ni boleh buat kehidupan kita jadi neraka. Kita mungkin tak rasa apa apa sekarang, tapi untuk jangka masa panjang, hidup kita akan berubah sikit sikit.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.