8 tanda terkena sihir pengasih tapi ramai yang tak sedar!

Ramai orang terkena sihir pengasih, dan tak ramai yang sedar diri sendiri terkena sihir pengasih. 

Sihir pengasih ialah sihir yang menundukkan seseorang dengan cara halus.

Biasanya sihir menyihir ni menggunakan khidmat jin & khadam.

Ramai orang terkena sihir ni melalui makanan, hembusan nafas, asap rokok, dan melalui bacaan ayat Al Quran. Walaupun Al Quran amalan yang baik, tapi amalannya boleh disalahkan gunakan untuk kepentingan diri sendiri.  

Benda tak nampak, sebab tu yang tak terkena kadang tak percaya pada diri ada gangguan sihir. Tapi dia akan sedar juga nanti, bila mana semua rutin harian jadi terganggu. 

Jadi tolong, kalau kita rasa disihir & ada banyak simptom sihir, jangan pandang remeh. Sebab kalau dibiarkan akan buat kita mental. 

Contents

1. Terlalu sayang pada pasangan

Terlalu sayang pada pasangan sampaikan tak boleh nak berjauhan salah satu simptom sihir pengasih. 

Bila jauh akan buatkan jiwa kita terseksa dengan rindu yang luar biasa. Sampaikan kita pun tak tahu kenapa benda macam ni jadi pada diri kita. 

Yang kita tahu, kita rindu sangat sampai kan boleh menganggu rutin harian. 

terkena sihir pengasih

2. Rasa terseksa bila berjauhan

Bila jauh & tak contact dalam sehari dua akan buatkan jiwa kita rasa terseksa kerana rindu yang melampau. 

Mungkin kita anggap rindu kita ini normal kerana kita terlalu sayang pada pasangan, tapi sebenarnya simptom ni bukanlah sayang yang normal. 

Ini adalah simptom yang kita terkena sihir pengasih. Menjadikan jiwa kita selalu rasa terseksa. 

3. Keinginan yang tinggi untuk melakukan hubungan bersama

Terasa bernafsu & memiliki keinginan yang tinggi untuk bersama dengan pasangan walaupun belum lagi berkahwin. 

Walaupun tak diminta, tapi kita sangat berkeinginan tanpa sebab yang jelas. Benda ni menganggu jiwa & fikiran kita setiap kali berjumpa dengan pasangan. 

Kita sendiri sedar, kita bukan la orang yang kuat nafsunya. Tapi bila kita bersama pasangan, nafsu kita jadi sangat kuat. 

Ni sebahagian tanda jelas kita terkena sihir pengasih. 

4. Selalu menangis tanpa sebab

Bila duduk kat rumah sorang sorang, kita akan rasa sebak dan sedih sebab kita rindu dengan pasangan. Padahal kita tak jumpa pasangan baru sehari dua. 

Benda ni boleh jadi trigger kita selalu menangis tanpa kita sedar. Padahal kita bukan orang yang suka menangis. 

Entah kenapa, perasaan bercampur baur dalam diri. Sampaikan kita jadi keliru. 

5. Selalu tunduk dengan pasangan

Tunduk dengan apa sahaja yang pasangan katakan. Kadang kadang dia buat kita macam hamba, tapi kita langsung tak marah sebagaimana manusia normal marah. 

Kita rasa macam nak marah, tapi setiap kali berdepan dengan diri pasangan, kita jadi tak mampu nak marah. 

Kita jadi sayang yang melampau lampau sampai tak sanggup nak marah pasangan. 

Kadang tu kita tahu, pasangan banyak buat salah dengan diri kita, tapi kita still lagi tak mampu nak marah pasangan walaupun macam macam hal dah yang dia dah buat. 

6. Malas beribadat

Sebahagian dari tanda tanda sihir pengasih kita jadi berat nak beribadat sejak kita bercinta dengan pasangan. 

Kita rasa nak jauhkan diri dari Al Quran, solat, masjid & lain lain. Kadang tu kita jadi berdebar bila tengok orang orang alim kat luar sana. 

Kita akan rasa berat nak dirikan solat. Sampai kita pun keliru dengan perasaan diri sendiri. 

7. Kerap mimpi pasangan

Hampir setiap hari bermimpi benda yang sama. 

Mimpi berjumpa dengan pasangan didalam mimpi sampai membawa kesan semasa kita tidur seperti menangis, meracau & kerap terjaga. 

Benda macam ni biasanya jadi pada orang yang terkena sihir pengasih. Kalau semua tanda ini ada pada diri, disyorkan untuk berjumpa dengan pengamal perubatan Islam. 

8. Rutin harian terganggu

Tak dapat buat apa apa dengan sempurna kerana semua aktiviti harian terganggu kerana jiwa & minda kita selalu nampak pasangan. 

Kita tak dapat fokus dengan apa yang kita nak buat. Hal macam ni biasa jadi bila adanya gangguan sihir pada diri sama ada kita sedar atau pun tak. 

Kalau kita rasa keadaan diri kita dah teruk sampai menganggu rutin harian, ini bermaksud kehidupan kita dah tak normal lagi, dan kita perlukan pengamal perubatan Islam untuk meruqyah diri kita dengan ayat ayat Al Quran untuk tujuan mengesan gangguan sihir pada diri. 

Sekiranya memang benar ada gangguan sihir pada diri, perawat akan berusaha untuk membuang & mematikan segala gangguan sihir yang ada pada diri kita. 

Apa yang kita kena buat adalah sentiasa doa & amalkan ruqyah mandiri. InsyaAllah. 

Kesimpulan

Sihir pengasih bukan sihir yang biasa macam sihir yang lain. Sihir ni boleh sebabkan diri kita menjadi hamba pada pasangan kita sendiri. 

Sihir pengasih boleh sebabkan kita jadi stress, kemurungan & boleh cetuskan penyakit skizofrenia (mental problem). 

Bila sampai masa nya, kita akan jadi gila sepenuhnya kerana mental kita tak mampu lagi nak menanggung semua perasaan yang kita alami. 

Kesan sihir pengasih adalah sama macam dadah. Jika tak dirawat ketagihan kita akan berada ditahap yang sangat teruk & boleh merosakkan otak kita. 

Berjumpa dengan pengamal perubatan Islam adalah jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah ni. InsyaAllah. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.