Tentang sihir pemisah: Buat suami isteri pecah belah! – 2023

tanda sihir pemisah

Sihir pemisah ni masih wujud lagi sampai sekarang. Sihir pemisah takkan pupus sampai bila bila. Di akhir zaman ni pun Dajjal akan muncul dan semua ilmu sihir yang ada diatas muka bumi ni akan jadi kuat semula. 

Jadi tak hairan kenapa sihir sentiasa ada sampai sekarang. Sebab jin tak pernah pupus.

Jangan pandang remeh dengan sihir pemisah, sebab sihir ni la hidup kita dan pasangan menderita setiap hari. Kita jadi down kerana terlalu banyak masalah bila bersama dengan pasangan. 

Lawan sihir

Manusia ada kemampuan untuk melawan sihir. Nabi Muhammad dah ajarkan kita banyak ayat ayat yang boleh dijadikan ruqyah untuk melawan gangguan sihir. 

Walaupun sihir ni ghaib, tapi kita manusia lebih sempurna dari jin. Ada firasat yang sangat kuat dalam diri sampai kan kita jadi peka dengan kehadiran sihir ni. 

Ringkasnya walaupun kita tak nampak, kita masih boleh lawan & hancurkan sihir. Al Quran tu kan mukjizat. 

tanda sihir pemisah
Sponsored

2. Jadi panas baran

Suami isteri mula bergaduh disebabkan benda benda kecik. Hari hari rasa panas bila dekat, tapi rasa rindu bila berjauhan dengan pasangan. 

Dari seorang yang lembut hati, kita dah jadi seorang yang panas baran. Asyik nak marah je walaupun pasangan tak ada buat apa.  

Macam ada something wrong kat situ. Tapi tak tahu apa punca & sebabnya. So ini sebahagian dari tanda tanda sihir pemisah. 

3. Susah tidur malam

Selalu boleh tidur macam biasa. Sejak panas dengan pasangan, dia jadi susah tidur malam. 

Kadang dah masuk awal, dah letak hp, tapi mata macam susah nak lelap. Nak kena tidur jam 2-3 pagi juga baru boleh lelap. 

Kalau tak memang akan terpusing sana sini. 

Sponsored

4. Nafsu terkunci dengan pasangan

Bila tengok orang lain, rasa bernafsu. Tapi bila tengok pasangan sendiri macam tak bernafsu. Lagi lagi bila nak bersama. 

Selalu terbantut. Tak jelas apa penyebabnya. 

Sampai berbulan bulan tak bersama dengan pasangan. Ini sebahagian tanda sihir pemisah paling jelas kalau ada pada diri. 

5. Kerap terjaga tengah malam

Selalu tersedar jam 3-4 pagi. Tak rasa ada orang kejutkan. Tapi kerap tersedar masa masa tu. 

Dah la susah tidur malam, kerap terjaga pulak tu. Biasanya jadi tanpa sebab yang jelas. 

Semua ni jadi bila kita start bergaduh dengan pasangan. Hari hari rasa panas je. 

Sponsored

6. Kerap mimpi buruk

Hampir hari hari mimpi buruk. Kadang mimpi ular, kadang mimpi lelaki yang tak dikenali, kadang mimpi bersetubuh. 

Macam macam kita mimpi, sampaikan kita terjaga dari tidur sebab terlalu takut. 

Kita rasa mimpi tu real sangat. 

Kadang kadang kita tak dapat ingat jelas apa yang ada dalam mimpi tu. Yang pasti kalau menakutkan memang sesuatu yang tak elok la. 

Sponsored

7. Nampak kesalahan pasangan

Terbuka segala hijab, terbuka segala aib pasangan pada pandangan kita. Hari hari kita akan nampak kebodohan & kelemahan pasangan. 

Buatkan kita semakin membenci & menyesal kenapa kita dapat pasangan macam ni. 

Ni tanda sihir pemisah yang jelas. Tapi ramai tak perasan dan tak tahu. Semua kebaikan pasangan seolah olah tertutup. 

8. Bau busuk

Selalu bau busuk bila duduk dalam bilik dan ruang tamu. Tapi tak tahu mana asal usul bau tu. Kadang bau tu ada dengan pasangan. 

Bau tu sebabkan kita menjauh & fikir yang pasangan kita ni seorang yang pengotor. 

Pakai la minyak wangi macam mana pun, kadang kadang bau busuk sambil lalu kat hidung. 

Sebabkan kita jadi rimas. 

tanda sihir pemisah

9. Malas nak beribadat

Rasa berat yang melampau untuk solat. Apa lagi nak mengaji. Ada sesuatu yang menghalang diri untuk kita beribadat. 

Rasa malas ni akan jadi lagi teruk bila kita dah start gaduh dengan pasangan. 

Tapi kalau kita memang jenis tak dirikan solat, mungkin kita takkan rasa apa apa untuk masalah ni. 

10. Rasa takut tanpa sebab

Kadang rasa berdebar tanpa sebab yang jelas. Bila dengar azan & ruqyah, akan jadi berdebar. Tapi tak pasti kenapa jadi macam tu. 

Biasanya jadi pada waktu waktu tertentu. 

Simptom ni lebih kurang dengan simptom anxiety. So kena check betul betul. Jangan mudah cakap sihir. 

Kesimpulan

Kalau ada banyak tanda sihir pemisah ni pada diri, disarankan untuk buat temujanji dengan perawat ruqyah. 

Bincangkan masalah ni, dan confirmkan dengan pengamal perubatan Islam. Bila dah confirm ada, berubat la sampai masalah selesai. 

InsyaAllah. 

Rujuk dengan tanda tanda sihir pemisah yang lain untuk dapatkan lebih kepastian. 

Sharekan artikel ini, sekiranya bermanfaat

Subscribe Blog Imuslim

Subscribe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Digital Content Writer untuk agama, kehidupan & berkaitan dengan Muslim.