13 tips mendidik anak yang ramai mak bapak tak buat!

Mendidik anak biarlah berdasarkan Islam. Jangan didik anak ikut fikiran kita sendiri. Itu yang ramai mak ayah gagal didik anak sendiri. 

Bila anak dah besar, jadi la anak derhaka. Mak ayah zaman sekarang pulak hanya tahu nak salahkan anak je.  Lagi la anak tu jadi derhaka.

Tak ramai mak ayah yang fikir apa sebab anak tu boleh derhaka. Cuba muhasabah diri & cari apa punca anak jadi macam tu. Tapi kalau tak nak anak jadi macam ni, ada beberapa tips penting yang kita kena buat dalam mendidik anak. 

Content

1. Bercakap baik baik

Kena cakap baik baik dengan anak. Kita marah bila perlu je. Kalau setiap masa nak marah, memang anak takkan dengar cakap nanti. 

Nabi pun cakap baik baik dengan budak budak. Nabi hormat dengan budak budak ni. Diorang tu ahli syurga, bersih macam kain putih. Kita je yang dah kotor. 

Bila anak dah start cakap kasar dengan diri kita, kita pulak of course akan cakap lagi kasar pada anak. So lama lama dia akan jadi trend. Asal jumpa jadi gaduh.

Kita mesti lupa, punca kenapa anak tu boleh tinggi suara pada diri kita. Last sekali untuk settlekan masalah, kita akan cakap anak tu anak yang derhaka. 

2. Support apa yang anak buat

Semua benda yang baik & diredhai dalam Islam, kita kena support la selagi tak bercanggah dengan ajaran Islam. 

Jangan kita memandai mandai nak tentukan rezeki anak. Kita sendiri kena ingat, rezeki tu datang dari Allah. Bukan datang dari diri kita. 

So jangan disebabkan pengalaman kita, kita nak samakan dengan situasi anak. Zaman kita berbeza, zaman anak berbeza. 

Cara kita berfikir, dengan cara anak berfikir mungkin lain. So bagi anak tu peluang untuk belajar sesuatu. Selagi dia tak belajar, selagi tu dia tak tahu. Kalau dia tak tahu semua benda, macam mana dia nak matangkan diri?

3. Jangan pandang anak sebelah mata

Jangan pandang rendah pada anak sendiri. Sepatutnya kita pandang rendah pada diri kita sendiri kerana gagal didik anak seperti yang diharapkan. 

Kalau kita rasa belum gagal, Alhamdulillah teruskan berjuang dalam mendidik anak untuk menjadi manusia yang berguna dimasa akan datang. 

  • Kalau anak tu tak pandai, kita ajar la bagi dia pandai. 
  • Kalau anak tu lemah, kita asahlah diri dia supaya jadi kuat. 
  • Kalau anak tu jenis malas, kita ajar dia supaya jadi rajin. 

Semua ni atas diri kita sendiri. Kita sendiri yang tanam cili, tetiba harapkan hasilnya durian? Mustahil. 

Anak tu cerminan diri kita. Kalau dia bodoh, jelas sangat yang kita ni bodoh dulu. Sebab anak tu kan dibawah pendidikan kita. So kita sendiri yang patut malu. 

tips mendidik anak dengan baik

4. Ambil tahu perasaan anak

Banyakkan berborak dengan anak. Ambil tahu tentang kehidupan dia, dunia dia. Tengok apa yang kita boleh bantu, kita bantu. 

Kalau kita tak tahu apa yang dia tengah lalu, kita tanya. Rajin rajin bertanya, kita akan tahu macam macam pasal anak. 

Jangan biarkan anak tu buat hal dia sendiri. Itu yang jadi masalah nanti. 

Sentiasa ambik tahu pasal anak, baru la anak tu akan ambil tahu pasal kita juga. Tapi kalau kita sendiri pun tak ambik tahu, jangan tanya kenapa nanti ya. Sentiasa up to date dengan anak. Simple. 

5. Kita sendiri kena jadi cikgu pada anak anak

Nak diri kita dihormati? Kita kena hormat anak dulu. Simple. 

Baru anak tu akan hormat kita, sebab kita dah ajar cara hormat pada anak. Ajar bukan dekat mulut je, tapi dengan perbuatan jugak. 

Baru anak tu boleh masuk dengan apa yang kita ajar. Setakat cakap mulut, normal la kalau anak tak buat. Pendidikan yang terbaik adalah dari ibu bapa tu sendiri. Bukan dari sekolah atau asrama. 

Sekolah & asrama tu terlalu umum. Anak tu perlukan pendidikan yang khusus dari ibu bapa dia. So kita sendiri kita mengajar anak anak kita. Ini la yang paling terbaik. 

Kita tanam durian, hasilnya akan keluar durian juga. Baru la betul. 

Artikel berkaitan

Manusia selalu ingat dengan orang yang mengajarkannya kebaikan. Walaupun dia cuba nak lupakan, dia takkan boleh nafikan siapa yang mendidik dirinya.

6. Apa apa bagi anak buat

Cara nak ajar anak, suruh anak tu buat sendiri. Kalau boleh dalam segala hal, dia sendiri kena uruskan. 

Tapi of course dibawah bimbingan kita. Bukan kita lepas anak tu macam tu je. Task paling mudah, kita suruh dia isi minyak, kita suruh dia berurusan dengan bank. 

Yang pandai anak tu nanti. Dia pandai buat kerja, dia pandai berkomunikasi, dia pandai untuk buat apa apa urusan dalam hidup dia. 

Sebab kita yang bagi dia belajar. Dengan jalan, dia buat sendiri. Simple. Ada sesetengah ibu bapa ni, semua benda nak buatkan untuk anak. Konon sayang. 

Padahal diorang tak tahu, diorang tu tengah rosakkan anak anak. Bila anak dah habis sekolah, semua benda dia tak tahu buat. Kan susah macam tu. 

So biar kita sendiri yang mengajar, kita sendiri yang bagi task pada anak anak. Diorang tu akan ingat jasa kita sampai bila bila. 

7. Jangan pentingkan diri sendiri dengan anak

Jangan pentingkan diri sendiri dengan anak. Contoh kita kedekut dengan anak anak. Kita lebih utamakan diri sendiri dari utamakan anak. 

Anak tengah susah, kita tak tolong. Anak nak kahwin, kita tak tolong. Macam macam benda yang kita buat untuk selamatkan diri kita sendiri. 

Cara macam ni memang totally salah. Sebab kita tengah mengajar anak kita untuk menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri. Terutama dengan diri kita sendiri. 

Mungkin sekarang ni kita tak nampak kesannya, tapi bila kita dah tua nanti, kita akan nampak, anak kita pulak yang pentingkan diri sendiri. 

Masa tu kita menyesal tak sudah. Jangan buat macam tu pada anak. Anak ni macam kain putih, kita lah yang mencorakkan anak tu. Buruk corak, buruk lah anak tu. 

mendidik anak

8. Buat anak macam kawan

Nak jadi ibu bapa yang baik pada anak anak ni senang je. Kita buat anak kita tu macam kawan kita. Kita borak dengan anak, kita tengok tv sama sama, kita makan sama sama, kita keluar pun sama sama. 

Baru la hubungan tu jadi mesra. Ni kalau dah hari hari asyik nak jadi ibu & ayah je, mana anak tu tak stress. Kita yang jadi mak ayah ni kena la ikut perkembangan & trend anak anak zaman kini. 

Barulah hubungan kita dengan anak tu boleh ngam. Betul tak?

Kawan yang paling rapat dengan diri kita ialah ANAK. Tapi sebab kita tak anggap dia kawan, jadi la dia musuh.

9. Jangan bandingkan anak dengan orang lain

Paling terbaik jangan banding bandingkan anak kita dengan orang lain. Masing masing ada kelebihan & kekurangan. 

Anak kita anak kelebihan yang tersendiri. Cuma kita mungkin belum perasan & tahu apa kelebihan anak kita. 

Tapi percaya la, anak mungkin lebih hebat dari orang lain. Anak kita unik. Tak perlu banding bandingkan dengan anak orang lain. Simple. 

10. Usaha untuk utamakan anak dulu

Apa apa kita utamakan anak dulu. Jangan utamakan diri sendiri.

Utamakan anak. Lagi kita pentingkan anak masa dia muda, anak akan pentingkan kita masa kita tua nanti. Cukupkan semua keperluan anak. 

Tak perlu kita risau tentang semua keperluan diri sendiri. Apa apa keperluan anak tu yang perlu diutamakan.

11. Tunaikan hak anak dulu

Beri pendidikan yang terbaik pada anak, ini lah hak anak yang perlu kita tunaikan antara hak yang lain. 

Kita wajib bagi pendidikan agama pada anak. Kita wajib ajarkan ‘common sense’ untuk menjadi seorang manusia yang beradab. 

Kita wajib ajarkan ilmu tauhid, supaya dia kenal siapa Tuhan yang menjadikan diri dia & seluruh alam semestanya. 

Kita wajib ajarkan anak tentang adab, menghormati orang tua, diri kita sendiri & banyak lagi benda benda wajib yang kita kena ajarkan pada anak. 

Jangan serahkan pendidikan penting ni pada sekolah. Sekolah tak membantu apa apa, kita sendiri yang perlu ajarkan anak kita erti kehidupan. Sekolah cuma ajarkan ‘buku’ kepada anak anak.

12. Selalu minta pendapat anak sebagai tanda menghormati

Apa pun yang kita buat, sekali sekala kita kena minta pendapat dari anak. Kita tak tahu, kadang pendapat anak ni lebih baik dari pendapat kita. 

Tapi dalam cite ni, bukan soal pendapat siapa yang lebih baik, tapi kita nak anak tu rasa dirinya dihargai. 

Bila kita tanya pendapat anak, dia akan rasa dihargai. Dia akan rasa dia orang penting dalam keluarga. Ini yang paling penting, dia rasa dia wujud & diperlukan dalam keluarga. 

Menjadikan dia anak yang positif & berkembang dalam keluarga. InsyaAllah. 

13. Usaha untuk faham jiwa anak

Jangan expect anak untuk faham diri kita. Tapi cuba kita dulu yang faham diri dia. Anak akan ikut apa yang kita buat. 

Kalau kita sendiri pun tak nak faham anak, memang anak takkan faham kita sampai bila bila. 

So bersungguh untuk faham anak tu dulu. Utamakan anak tu lebih dari diri kita sendiri. InsyaAllah dia akan jadi orang yang akan faham pasal diri kita pulak. 

Kesimpulan

Anak ni anugerah dari Allah. Berapa ramai orang yang nak anak, tapi tak dapat anak. Sedangkan kita yang dah anak ni, tak nak pulak jaga anak tu betul betul. 

Kita patut bersyukur kita anak, jangan kita merungut yang anak tu susahkan kita. Kita kena bantu anak tu, bukan biarkan anak tu. 

Kita biarkan, dan harapkan dia berjaya dengan sendiri? Mustahil tu. 

Sebab tu ramai anak anak sekarang, bila dah berjaya, lupa dengan ibu ayah sendiri. Sebab masa anak anak susah, ibu ayah ni tak ada dengan diorang. So tak ada yang pelik pun. 

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.