Uptown Danau Kota ialah pusat perniagaan yang terletak di kawasan Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat perniagaan ini dibuka sejak tahun 2005 dan terus berkembang menjadi salah satu pusat perniagaan utama.
Uptown Danau Kota ni besar, ada lebih dari 500 buah kedai. Macam macam ada, termasuk kedai pakaian, restoran, kedai runcit, kedai kecantikan, kedai barangan elektronik, pusat permainan kanak-kanak, dan banyak lagi.
Ini lah tempat yang paling ramai orang pergi waktu malam. Pukul 12 tengah malam tu dah macam pukul 12 tengah hari. Terlalu ramai.
Peniaga peniaga makanan pun berniaga makan macam berniaga waktu tengah hari. Orang memang ramai. Memang penuh & memang sesak. Lagi lagi hari Jumaat & Sabtu.
Antara yang menarik yang ada disini:
- Banyak kedai makan. Masakan melayu, indonesia & macam macam lagi.
- Banyak kedai vape.
- Banyak tempat urut urut. Semua jenis urut ada.
- Nak lukis inai kat tangan pun boleh. Ada banyak port kat sini.
- Banyak kedai minyak wangi yang best best kat sini.
- Banyak kedai baju baru & bundle. Terlalu banyak pilihan.
- Macam macam lagi barang keperluan macam lampu, casing hp, kipas & macam macam lagi.
- Paling famous, banyak kedai yang jual permainan Latok – Permainan zaman sekarang.
Kelebihan Uptown Danau Kota:
- Terlalu meriah. Penuh orang sana sini. Banyak lampu. Sesuai kalau nak bawa pasangan dan keluarga.
- Ada banyak maskot untuk kita bergambar. Rabbit ada, badut ada & macam macam lagi. Ikut musim juga rasanya.
- Ada banyak pilihan makanan & banyak tempat duduk tersedia.
Kekurangan Uptown Danau Kota:
- Kawasan yang agak sempit & panas.
- Kurang selesa dengan orang yang lalu lalang.
- Tak sesuai nak bawa orang yang dah berusia. Sebab tempat dia agak sesak.