Bukan benda main main bila sebut bercerai ni. Sebelum menyesal lebih baik kita usahakan dulu beberapa perkara dari kita duduk tak buat apa apa.
Ada banyak benda yang kita boleh buat, jangan sesekali cakap tak ada. Orang yang berfikiran sempit je selalu berputus asa tanpa buat usaha apa apa. Kadang kadang cerai ni jadi bukan sebab sikap pasangan, tapi sebab benda lain yang kita tak nampak dengan mata kasar.
Contoh diri kita sendiri yang bermasalah, tapi kita tak nampak, yang kita nampak, kesalahan pasangan semata mata. Tapi kita sendiri tak pernah fikir, kenapa pasangan jadi macam tu.
Sebab tu, bila nak cerai, nanti dulu. Masih boleh selamatkan lagi. Jodoh tu rahsia Allah, kita takkan pernah tahu, jodoh kita yang sebenarnya.
1. Buat solat istikharah selama 7 hari
Buat solat hajat & solat istikharah selamat 7 hari berturut turut. Minta pada Allah untuk tunjukkan jalan keluar & jalan penyelesaiannya.
Kalau betul cerai ni jalan terbaik, maka tunjukkan lah.
InsyaAllah akan diberi petunjuk dan tanda tandanya. Selain tu usaha dulu dengan cara meminta maaf sekiranya kita masih nak selamatkan rumahtangga.
2. Dapatkan kaunseling dari pakar
Cari pakar kaunseling & hadirkan diri dengan pasangan untuk tengok apa masalah yang sebenarnya dalam hubungan. Kadang kadang kita rasa yakin, kita tak bersalah, tapi bila buat sesi kaunseling, ada banyak rupanya kesalahan yang kita buat pada pasangan.
Kauseling untuk kita bermuhasabah diri bersama, mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita memperbaiki diri.
Asalkan kita boleh berubah. Terus terang je dengan pasangan apa yang kita rasa. Semua ni untuk kebaikan diri sendiri.
3. Dapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan Islam
Buat check up dengan pengamal perubatan Islam dulu sebelum kita buat keputusan besar dalam hidup. Jangan terlalu confident yang kita ni bersih dari gangguan sihir & saka.
Al Quran dah jelaskan, benda benda ghaib ni wujud. Kalau betul kita seorang yang beriman, kita mesti percaya, yang syaitan ni boleh sebabkan hubungan kita jadi goyang.
Dengar macam tak logik, sebab tak nampak dengan mata kasar. Tapi inilah yang biasa jadi dalam rumahtangga yang bergoyang. Jangan disebabkan gangguan sihir & saka, hidup kita hancur buat selama lamanya.
4. Buat ruqyah mandiri hari hari
Hari hari selepas solat fardhu, buat ruqyah mandiri untuk diri sendiri. Sentiasa bersihkan diri dari gangguan jin & amalkan pendinding diri.
Kita tak tahu, masalah kita ni punca apa. Tah tah ada jin yang dok laga laga kan kita dengan pasangan. Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Melihat apa yang kita tak tahu dan lihat.
5. Guna bantuan keluarga
Berbincang dengan keluarga. Kalau kita masih nak selamatkan rumahtangga, bantuan keluarga mungkin kita perlukan.
Dengan bantuan keluarga kita mungkin tak jadi nak bercerai.
Mungkin kita boleh guna bantuan orang yang paling rapat dengan pasangan. Contoh macam mak dan ayah or adik beradik yang lain.
6. Minta maaf berkali kali
Jangan ego nak bagi tahu “saya masih lagi nak bersama” Jangan ego nak minta maaf pada pasangan. Kadang sebab ego kita cuma diamkan diri.
Diamkan diri bukan jalan penyelesaian. Kadang boleh buat keadaan tu bertambah buruk sebab kebodohan diri sendiri.
Ucapkan perkataan maaf berkali kali dan bersungguh kalau betul kita nak kembali pada pasangan.
Kesimpulan
Kalau semua usaha ni tak berjaya, baru la bercerai. Bercerai tak semestinya rumahtangga kita dah tamat.
Cerita nya belum habis kat situ. Dah cerai masih boleh rujuk. So kita masih boleh berusaha selepas kita dah bercerai. Janji tak putus asa.
Tapi kalau dua dua nak cerai, cerai je la. Jangan buang masa. Tapi kalau kita ni jenis berfikir & bijak dalam membuat keputusan, usahakan dulu perkara diatas sebelum cerai.