6 tanda mak derhaka pada anak

Bukan anak je derhaka, mak pun boleh jadi derhaka

Selalu kita dengar anak je yang derhaka, tapi ramai orang tak tahu, mak pun boleh ada banyak dosa dengan anak. Jangan confident sangat nak salahkan anak. 

Mak pun bukan lah seorang yang perfect ya. Jadi tak logik kalau semua kesalahan tu kita nak tolak pada anak. Sedangkan ulama sendiri dah cakap, mak ayah yang derhaka dulu sebelum anak derhaka kepada kedua orang tua nya. 

Yang jadi mak, jangan rasa diri kita ni terlalu betul sampai semua kesalahan kita letakkan pada anak. Sampai kata kata anak pun kita tak nak dengar. 

Kita ni maksum ke? Suci dari dosa? Bebas dari buat salah? 

mak derhaka

1. Suka rendahkan anak

Antara ciri mak yang menderhaka kepada anak ialah mak merendah rendahkan anaknya dihadapan adik beradik & orang lain. Hanya kerana anak nya tak pandai, hanya kerana anak nya lembab, direndahkan anaknya sampai malu. 

So ini ciri pertama yang ada pada seorang mak yang menderhaka kepada anaknya.

Kalau kita ada rendahkan anak kita, mohon muhasabah diri & ubahlah diri kita kearah yang lebih baik. InsyaAllah. 

2. Suka maki hamun anak

Maki hamun anak tanpa sebab yang jelas, kadang kadang sebab benda yang remeh tapi maki hamun macam anak tu buat salah besar. Bukan sekali dua dalam setahun, tapi hampir setiap hari buat anak macam tu. 

Bahkan sampai ketahap maki hamun anak didepan orang lain tanpa kita fikir perasaan anak. 

Betapa malunya anak tu, mungkin pada kita biasa, tapi pada anak tu tak biasa & dia memang sangat malu.

Jangan sesekali maki hamun anak disebabkan benda yang kecil. Anak ni sangat berharga. Mungkin nampak dia macam tak guna sekarang ni, tapi bila besar dia la yang paling berguna. 

3. Tak tunaikan hak anak

Antara hak anak yang kita perlu tunaikan ialah semua keperluan anak. Makan minum, pakai baju, tempat tinggal. Tapi kalau benda basic macam ni pun tak dapat kita nak tunaikan, agak bahaya sebenarnya. 

Kalau miskin tak apa, boleh bekerja & usahakan sebaiknya. Tapi kalau kerap sangat bagi alasan itu tak boleh, ini tak boleh. Sangat sangat bahaya. 

Paling penting, ajarkan anak ilmu agama. Ada tak kita ajar kan anak agama? Apa? Hantar sekolah je? Semua tu tak cukup. 

Kita sendiri kena ajar anak agama. Kalau agama pun kita tak tahu, tak payah kawin la kalau macam tu kan. 

4. Pilih kasih

Suka pilih kasih antara anak anak. Yang pandai akan disanjung. Yang bodoh akan dihina. Hanya kerana kita nampak yang bodoh tu tiada masa depan. 

Tak ada siapa yang tahu masa depan seseorang tu macam mana. Kenapa kita yakin sangat, yang bodoh di masa kecil akan bodoh dimasa depan? 

Zaman sekarang, kalau kita tengok orang yang berjaya, ramai yang datang dari keluarga susah & tak pernah pun masuk university. Tapi boleh berjaya & kaya raya, macam mana tu? Dah sampai masa, untuk kita betulkan balik apa yang kita perbuat pada anak anak, jangan sampai anak tu derhaka kepada kita bila dia besar nanti. 

Hakikat sebenarnya, kita lah yang menderhaka kepada anak anak dulu sebelum mereka menderhaka kepada mereka.

5. Selalu manjakan anak

Manjakan anak sampai anak tu tak tahu hukum hakam, kita bagi apa sahaja yang dia nak tanpa had, dan akhirnya dia pun rosak. Jadi lah seorang anak yang derhaka. 

Semua ni bermula dari diri kita sendiri lah. Kita yang derhaka dulu pada anak sebelum anak tu derhaka pada kita. SO kalau tak nak jadi derhaka, jangan manjakan anak. 

Ajar anak tu erti kehidupan sebenar. Suruh dia belajar berdikari, bukan semua benda kita yang nak kena buat untuk anak. Macam mana anak nak belajar hidup, kalau semua benda kita yang buatkan?

Bila anak dimanjakan, dia takkan belajar macam mana nak berdikari. Last sekali jadi manusia tak guna sebab diri kita sendiri juga. 

Ajar anak benda benda yang basic, contoh cara nak hargai, cara nak berterima kasih, cara beradab dengan orang luar & semua benda yang berkaitan dengan ‘common sense’.

Baru la anak tu jadi anak yang berguna, educated & ada common sense. Simple. 

6. Porak porandakan hubungan anak & pasangan

Yang ni biasanya bila anak dah kahwin dengan pasangan dia, tapi yang mak nya pulak campur tangan, kata macam macam, buat itu ini untuk bagi anak dia berpisah dengan pasangan. 

Ni bukan drama lagi dah, ni memang realiti, memang ramai yang cerai berai sebab mak ayah tu sendiri. 

So kita sebagai mak nak jadi macam ni? Kita ada campur tak urusan anak? 

Semua keputusan yang kita buat pada anak tu kira betul ke? Kita ni maksum sangat ke dapat pangkat sebagai seorang mak?

Muhasabah diri bantu kita untuk jadi mak yang baik pada anak anak. InsyaAllah. 

Anak derhaka bermula dari siapa?

Cuba renungkan balik kenapa anak kita kurang ajar? Macam mana cara kita ajar anak kita?

Ajar dengan cara maki hamun? Ajar dengan cara perli perli? Betul ke cara ajar macam tu? Cuba sembang. 

Selalu ke kita banding bandingkan anak dengan orang lain? Kita rendahkan anak, cakap dia bodoh & macam macam lagi. Pernah buat semua ni? Muhasabah diri balik, fikir kenapa anak mula menderhaka pada kita. 

Setiap yang jadi tu ada sebab nya, bukan suka suka dia nak jadi macam tu. Pernah tak kita tanya tentang perasaan anak? Kita dah perfect sangat ke sampai semua benda anak kena minta maaf dengan kita? Cuba fikir.

Tanya diri sendiri. Jangan hanya tahu nak merungut & menyalahkan. 

Kesimpulan, jangan jadi mak yang derhaka

Kalau kita nak anak hormat pada kita, kita sendiri kena hormat pada anak dulu. 

Jangan suruh anak hormat pada diri kita kalau kita sendiri belum hormat pada anak anak. Pendidikan kita tak semestinya betul.

Jangan biarkan anak, jangan remehkan anak & tunaikan haknya.

Jangan berlagak macam kita ni sempurna didunia & diakhirat. 

Walaupun kita seorang ibu, bukan semua benda yang kita buat tu betul. Kita tak tahu apa yang terbaik untuk anak. Allah lebih mengetahui. So banyakkan istikharah pada Allah, kita akan dapat jawapan yang tepat. InsyaAllah. 

Zaman sekarang majoriti mak ayah tahu nak menang je. Semua guna title sebagai MAK & AYAH. 

Title ni tak menghalalkan semua perbuatan kita pada anak. Ingat tu!

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.