20 kesalahan mak ayah pada anak

Ringkasan

  • Mak ayah pun boleh derhaka pada anak anak. Belajar agama sampai habis sebelum korang menangkan diri. 
  • Selama ni kita dengar anak je yang buat dosa pada mak ayah, tapi sebenarnya mak ayah pun boleh je berdosa dengan anak anak. 
  • Berapa ramai mak yang buang anak? Ramai bukan sikit sikit tau. 
  • Berapa ramai mak ayah yang kedekut dengan anak? Ramai bukan sikit sikit juga. 
  • Berapa ramai mak ayah yang tak bertanggungjawab dalam mendidik anak anak, terutama dalam bab agama. Terlalu ramai sebenarnya, tapi kenapa nampak anak & anak je selalu?

Kesalahan mak ayah yang ramai tak perasan

Banyak je yang tak sedar perbuatan mak ayah pada anak. Yang ramai mak ayah tahu diorang sentiasa berada dijalan yang betul. 

Korang kena baca artikel ni sampai habis, kalau korang ada buat seperti yang ditulis, maknanya korang bukan mak ayah yang sempurna untuk anak anak.

Bahaya, jangan sampai menyesal diakhirat nanti

1. Suka bandingkan anak dengan orang lain

Korang jangan la banding bandingkan anak korang dengan anak orang lain. Tak boleh. Berdosa! Anak tu ada perasaan tau. 

Jangan sesekali buat macam ni. Kalau korang dah buat, minta maaf la cepat cepat pada anak kalau tak kesannya buruk untuk jangka masa panjang. 

Yang pandai dipuji puji, yang bodoh dihina hina. 

Kesannya anak anak akan menyimpan dendam & kebencian dengan adik beradik yang lain. Ini lah punca kenapa zaman sekarang ni banyak keluarga yang huru hara. 

Salah mak ayah sendiri. 

“Setiap anak perlukan kasih sayang yang sempurna dari ibu bapanya. Sokongan & semangat sangat diperlukan dari kedua orang tuanya”

Sebab tu juga la, kenapa anak anak zaman sekarang lebih suka menjauh dari mak ayah dia sendiri. Sebab mak bapak sendiri pun tak nak faham jiwa anak anak. So macam mana korang expect anak tu nak faham korang?

Kasih sayang pun kurang. Sebab tu korang kena banyak muhasabah diri. Jangan ego sangat. 

Tengok balik apa yang korang dah buat pada anak anak. Semuanya betul ke? Jangan sampai korang dah tua baru nak bermuhasabah diri.

Baru nak menyesal dengan anak anak. Masa tu dah terlambat walaupun menangis air mata darah sekali pun. 

Sebab tu la korang jangan sesekali merasa diri korang betul hanya kerana korang bergelar “mak” & “ayah”. Ada masa korang juga perlu mendengar isi hati anak, luahan & keluhan dari mereka. 

Paling penting, hormat dengan pendapat anak. Maka anak pun akan hormat dengan korang. Simple. 

2. Selalu kutuk & buka aib anak

Selalu kutuk dan buka aib anak pada orang lain. Korang tahu ke tak yang benda ni memberi kesan yang mendalam pada anak tu nanti. 

Dikutuknya, dibuka aibnya, ditengkingnya, confirm anak tu nanti jadi derhaka.

Perbuatan macam ni memang sangat sangat bahaya! Ini juga menjadi punca, kenapa anak zaman sekarang semakin kurang ajar. Yela, dah mak ayah dia sendiri pun tak ajar anak. Diri sendiri pun selalu tengking anak.

Jadi pastikan sebelum korang melabelkan anak korang sebagai anak derhaka, korang kena tengok dulu adakah korang ni derhaka atau pun tidak dengan anak anak. Kalau korang sendiri selalu rasa nak menang je, persiapkan diri tu di padang mahsyar.

Ingat, setiap yang berlaku tu ada sebabnya. Sepatutnya mak ayah lah yang perlu mengajarkan kebaikan & memberitahu anak apa yang boleh & apa yang tak boleh. 

“Masa tu jangan la tanya kenapa & mengapa, mustahil tanam cili, akan keluar durian kan?”

3. Suka control hidup anak sampai dah besar

Korang nak kawal ni memang bagus, cuma kalau korang OVER sangat kawal anak, dia jadi tak bagus lah. Kesan dia akan jadi lagi teruk. 

Jangan biarkan anak terlalu bebas.

Tapi jangan pula terlalu mengongkong anak.

Sikap terlalu mengawal kehidupan anak bukan perkara yang baik dalam membesarkan anak. Ini akan menyebabkan anak “bakal” memberontak & akan berperang dengan ibu bapanya sendiri. 

So better korang study cara nak jaga anak anak. Jangan confident sangat dengan cara korang didik anak tu. 

4. Tak pernah support apa anak buat

Zaman sekarang, ramai mak ayah yang tak support anak sendiri.

Tak support dalam akademi, tak support dalam perhubungan, tak support dalam semua perkara. Ada sahaja yang tak kena. Semua yang anak buat, semua ditentangnya.

Yang hanya dilihat hanya kesalahan & keburukan sahaja. Ini jelas, bukan satu perkara yang baik untuk anak. Kalau nak anak tu nanti balas jasa ibu ayahnya. 

Ibu ayah kena belajar “SUPPORT” untuk anaknya sendiri. 

“Anak sangat memerlukan sokongan dari ibu & ayahnya sepanjang dibesarkan”

5. Pilih kasih dengan anak anak yang lain

Pilih kasih dengan anak anak yang lain adalah SATU kesalahan yang sangat besar dalam membesarkan anak anak. 

Zaman sekarang ialah zaman duit. Anak yang pandai akan disayangi. Anak yang bodoh akan dipulaukan. 

Yang sorang diberi kasih sayang, dimanjakan & diberi segala kemahuan.

Sedangkan yang lain, tidak diberi kasih sayang, tidak dimanjakan & tidak diberi segala kemahuannya. 

Sebab apa? Pilih kasih. Mungkin sebab anak tu cacat, mungkin sebab anak tu tak pandai, mungkin juga sebab anak tu tak cantik. 

Lagi parah mungkin sebab anak tu tak kaya. Miskin dan dalam kategori B40.

Jangan hairan suatu hari nanti, anak anak yang korang sisihkan tu akan pergi menghilang sikit demi sedikit. Sebab benda ni dah banyak terjadi. So kalau korang tak mahu jadi dalam keluarga sendiri, ingat!

Jangan sesekali “PILIH KASIH”. Anak itu adalah anugerah Allah. Pastikan semua dapat kasih sayang yang sempurna & sama rata. 

Korang takkan tahu siapa yang aku bantu korang bila korang dah tua nanti.

“Ibu bapa yang pilih kasih diantara anak anaknya, adalah ibu bapa yang tak tahu bersyukur dengan pemberian dari Allah.”

6. Menggunakan anak untuk kepentingan diri sendiri

Hanya menggunakan atas tujuan kepentingan sahaja.

Ini tak lain tak bukan, kejam!

Selalu berkasar dengan anak, selalu maki hamun anak. Tapi disaat kita memerlukan anak, kita akan berbuat baik pada anak. Ikhlas kah kita sebagai ibu bapa dalam menjaga anak?

Termasuklah dalam bab DUIT, KENALAN, MEMBANTU DENGAN BANTUAN PERCUMA & macam macam lagi. Kita kena musahabah diri. Ikhlaslah pada anak.

Kerana dengan keikhlasan kita lah anak akan ikhlas pada kita. 

Jangan sesekali menggunakan anak untuk kepentingan diri kita sendiri. Jika kita ibu bapa yang baik, ikhlas. 

“Ibu bapa mesti ikhlas dulu sebelum nak anak ikhlas pada ibu bapanya”

7. Selalu rasa diri betul

Tolong lah. 

Jangan rasa diri tu terlalu betul. Sekali pun syurga itu dibawah tapak kaki ibu, korang bukan lah manusia yang sempurna.  

Jadi lah mak ayah yang selalu bertanya tentang pendapat anak. Diorang pun perlu dihargai, perlu dihormati. Baru lah hubungan korang dengan anak akan semakin akrab. 

Jangan korang asyik nak marah & menengking anak. Tak rugi kalau korang tak ego. Ego lebih merugikan diri sendiri. 

“Jangan rasa rugi kalau tak ego. Yang ego itu lah yang selalu rugi. Paling rugi, bila anak dah hilang dalam hidup”

8. Pemikiran tak “update” tentang anak zaman sekarang

Ramai mak ayah tak faham dengan jiwa anak diorang. Tapi nak anak tu faham jiwa mak ayah. Susah la kalau korang pun macam tu. 

Anak pun ada perasaan. Korang kena ambil tahu perasaan anak. Bukan korang sahaja yang ada perasaan. 

Selalu nak samakan dirinya dengan cara zaman dulu.

Tak boleh la macam tu. Zaman dulu is zaman dulu la. Zaman sekarang mestilah ikut cara sekarang. Zaman dulu tak ada gadjet. Zaman sekarang segalanya di hujung hari. 

Mak ayah biasanya akan mendidik anak dengan cara nenek moyang mendidik diorang.

Ini akan menyebabkan anak akan menganggap mak ayah diorang kolot & ketinggalan zaman. Jadi pastikan korang mengajar anak tu mengikut masa & zaman sekarang. 

Sebaik baik cara ialah cara Nabi mendidik kita semua. Tak tahu? Belajar. So simple. 

Korang sebagai mak ayah kena update sikit tentang budak budak zaman sekarang. Jangan nak samakan zaman dulu dengan zaman sekarang. Ingat tu!

9. Tak pernah dengar nasihat anak

Kita sekarang dah jarang jarang nak dengar cakap anak. Nak dengar kata kita sahaja. Tapi bila anak bersuara pernah tak kita dengar? 

Mungkin ada tapi jarang jarang kita nak dengar. Ibu bapa yang macam mana kita ni?

Sebab itu, bila anak dah banyak kali nasihatkan ibu bapanya, tapi asyik diendahkan sahaja, maka bersiap la. 

Anak takkan mempedulikan lagi ibu bapanya. Sebab apa? Sebab bukannya ibu bapa dengar pun. Belajarlah mendengar kata kata dari anak. 

Bila ibu bapa sendiri hormat pada anaknya, maka anak juga akan hormat pada ibu bapanya. 

Jika ibu bapa sendiri ego dengan anaknya, maka anak juga akan ego dengan ibu bapanya. So jangan kita ego. Belajar belajar untuk merendah diri dengan anak. 

“Ibu bapa jangan terlalu ego. Dengar lah nasihat & minta lah pendapat dari anak. InsyaAllah ada jalan keluarnya”

10. Tak nak jiwa anak

Jangan harapkan anak sahaja yang faham ibu bapa. Pastikan ibu juga memahami anak dengan baik. Kalau anak merajuk pujuk lah, kalau anak senyap tu tegur lah. Bukan meng”ego”kan diri dengan cara buat tak tahu. 

Nanti kalau ibu bapa dah tua, dengan siapa nak mengadu kalau bukan anak? Tiba tiba anak pun buat palatau dengan ibu bapanya. Agaknya yang ibu bapa rasa bila anak buat macam tu ya?

“Fahamkan jiwa anak, dengarkan cerita anak, beri pendapat untuk masalahnya, maka anak tadi akan membesar dalam keadaan dia sayang dengan ibu bapanya”

11. Kedekut gila dengan anak

Zaman sekarang ramai je mak bapak yang kedekut dengan anak. Pentingkan diri pulak tu. Apa apa diri kita dulu. Anak kemudian. Wah macam senangkan. 

Anak susah. Tak pernah bantu. Tak pernah ambil tahu pun perasaan anak. Kalau bantu pun, mesti mengungkit balik. Anak nak kahwin, anak susah dengan pasangan, tak pernah bantu. Kalau bantu pun, BERHUTANG.

Lepas tu desak desak mintak hutang pada anak. Allahu. 

Suatu hari nanti anak akan buat macam tu balik pada diri. Nak ke? Jangan kata anak kedekut, kita sendiri pun kedekut dengan anak, ajar anak untuk jadi kedekut. Mustahil kita tanam cili, kita dapat durian. 

So mak bapak lah yang perlu bertanggungjawab dalam membesarkan anak anak dengan baik. 

Baik mak bapak baiklah anak anak. Simple. 

“Jadi pastikan ibu bapa tak kedekut dengan anak, baru la anak tak kedekut dengan ibu bapanya. Anak tu darah daging sendiri kut, kenapa mesti kedekut?”

Kalau kita tanam cili, hasilnya pun cili la. Mustahil tanam cili, hasilnya durian. MasyaALLAH kesiannya. 

12. Tak ada masa untuk anak

Ini biasanya jadi untuk orang kaya kaya la. Itu biasanye la. Tapi kalau jadi pada orang susah, itu dikira dahsyat juga. Ingat orang kaya je. Selalu untuk kes macam ni, tak lain tak bukan sebab kerja la. Busy memanjang sampai ke tua. 

Tak ada masa nak bersembang. Tak ada masa nak tengok tv bersama. Semua tak ada masa. Anak? Terbiar tanpa kasih sayang. Anak pun mula belajar hidup sendiri tanpa ibu bapa. 

Lama lama apa jadi? Anak jadi tak heran ibu bapa dia ada ke tak ada. Sebab anak tu dah dibesarkan macam tu. Dibesarkan tanpa ibu & ayah. 

Kalau kita dah tua, jangan tanya kenapa kita ada kat pusat jagaan orang tua. Tengok balik hubungan kita dengan anak. Simple. 

“Nanti bila anak dah besar, dia pulak tak ada masa nak jaga ibu bapa dia. Life is simple.”

Dah ibu ayah pun ajarkan anak untuk mem “busy” kan diri. Hasilnya anak pun sibuk la. Kalau kita tanam epal, pasti akan keluar epal. Mustahil keluar durian.

Sesibuk mana pun kita, pastikan ada masa untuk anak. Anak tu adalah satu satunya keluarga yang Allah berikan pada kita. 

13. Tak ajar agama pada anak

Ingat hantar anak pergi sekolah agama dah cukup? Ingat hantar anak masuk asrama dah cukup? Serahkan anak pada ustaz, belajar luar negara dah settle?

Jangan mudah serahkan pendidikan anak korang kepada orang lain. Sebagai mak ayah, penting untuk korang ajar sendiri apa yang anak perlukan. 

Solat? Ajarkan la. Jangan harapkan sekolah. Puasa? Ajarkan la. Ucapan terima kasih & meminta maaf bila buat salah? Ajarkan la. 

Semua ni takkan tak tahu? Jika benar korang tak tahu, jangan jadi mak ayah lah kalau macam tu.  Tak payah kahwin, tak payah ada anak. Benda basic pun korang tak tahu. Memang payah.

“Nak anak pandai, ibu bapa sendiri yang kena ajarkan anak. Bukan mengharapkan sekolah & orang lain.”

14. Tidak pernah minta maaf pada anak

Mak ayah zaman sekarang, jarang sangat nak minta maaf pada anak. Sebab utama adalah, minta maaf ni adalah perkara yang memalukan.

Bukan setakat memalukan, kebanyakan mak ayah memang tak pernah rasa salah pun pada anak. Dah macam malaikat dah. Semua kesalahan & dosa diletakkan sepenuhnya pada anak. 

Semua orang tahu, tiada manusia yang sempurna didunia ini. Termasuk la ibu bapa. So kita semua bukan sempurna pun. 

Mak ayah adalah contoh kepada anak anak. 

Kalau mak ayah sendiri ego untuk meminta maaf. Anak juga akan ego dengan mak ayahnya. Simple. Sendiri ajar, sendiri tanggung. 

“Bila keluarga dah berterabur & berpecah, jangan tanya pada Allah kenapa keluarga aku macam ini”

15. Maki hamun anak & mendoakan keburukan

Kutuk & buka aib anak sendiri pada keluarga & orang luar. Kita malukan lagi secara depan depan. 

Perbuatan macam ni la yang bagi kesan pada anak. Dia malu tapi terpaksa tebalkan muka kat depan semua orang. Kita pun akan nampak dia macam tak kisah. Tapi sebenarnya tak ya. Dia ingat sampai dia besar. 

Muka dia nampak biasa pada pandangan kita, tapi dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.

Itu yang anak tu simpan dendam dalam hati dia. Bila dah besar, jangan terkejut kalau dia buang kita. So kita sebagai mak ayah, jaga la anak tu elok elok. Jaga la air muka anak. 

Budak budak pun ada maruah juga yang kita nak kena jaga. Jangan kita fikir kita sentiasa betul je, salah tu. 

“Bila keluarga dah berterabur & berpecah, jangan tanya pada Allah kenapa keluarga aku macam ini”

16. Selalu tunggang agama untuk ugut anak

Antara kata kata yang kita biasa kita sebut pada anak

Aku ni mak kau. Kalau tak nak dengar cakap aku, kau anak derhaka!

MAK

Kalau kau tak ikut apa aku nak, hidup kau selamanya takkan senang. Janji Allah itu benar.

AYAH

Macam mana nak berkat? Dengan mak pun kau jarang bagi duit!

MAK

“Bila kerap menyumpah anak, memaki hamun anak, menggunakan nama Allah untuk kepentingan diri, maka anak tadi akan dibesarkan dalam keadaan derhaka”

Bila anak betul betul dah derhaka, masa tu jangan tanya “ya Allah kenapa anak aku macam ni?”

“Apa dosa aku?”

Kita patut sedar diri sebelum kita menunding jari pada anak. Musahabah diri dulu betul betul, tanya orang sekeliling tentang perangai kita. Kita ni dah bagi pendidikan yang terbaik ke pada anak? Cuba tanya pada orang lain. 

Kalau ramai cakap kita tak okey, maknanya kita memang tak okey. Kita kena musahabah diri lah. 

Tapi kalau ramai cakap okey, maknanya insyaAllah kita okey lah. Tapi kita tetap kena musahabah diri juga la. Kaji semula tingkah laku kita pada anak. 

Jangan kita syok sendiri, syok sendiri ni nanti yang buat kita tak sedar diri. Minta Allah jauhkan kita dari sifat macam tu. 

17. Tak pernah hormat anak

Bukan anak je yang kena hormat mak ayah, mak ayah pun kena la hormat pada anak. Jangan buat anak tu macam binatang. Simple.  

Kalau kita tak boleh hormat pada mak ayah, jangan mimpi kita nak anak kita hormat pada diri kita. 

Kita ajar anak untuk hormat pada diri kita, bermakna kita sendiri kena tunjuk dulu hormat pada anak. Baru anak akan ikut apa yang kita buat. Ni kita sendiri pun tak buat, jangan mimpi la. 

Anak ni macam kain putih, kita lah yang mencorak akhlak anak. Baik corak kita, baik la akhlak dia. Simple kan. 

Hormat ni tak kira title. Tak jatuh maruah kita untuk hormat pada anak anak. Kalau kita hormat anak anak, anak anak lagi akan hormat diri kita. Simple. 

“Bila keluarga dah berterabur & berpecah, jangan tanya pada Allah kenapa keluarga aku macam ini”

18. Selalu rasa diri “berpengalaman”

Bila korang sebagai mak ayah acah acah banyak pengalaman cakap pada anak “aku ni dah berpengalaman. Dah makan asam garam. Kau budak lagi”

Jelas menunjukkan korang ni tak berapa nak matang.

Dengan anak sendiri pun korang nak compare pengalaman. Cer tanya diri korang sendiri, korang ni pandai sangat ke dalam agama? Kalau dalam agama pun korang tak berapa nak tahu, malu la nak mengaku banyak pengalaman kat anak. 

Orang yang betul betul dah faham pasal kehidupan je takkan cakap macam tu pada anak dia. Simple. 

Suka pandang rendah pada anak, suka membanding bandingkan anak, semua ni sifat bertentangan dengan sifat yang Nabi ajar. Macam mana korang ajar anak ni? Mak ayah macam apa ni?

“Aku ni dah tua, dah banyak aku belajar. Kau tu apa taw. Budak lagi”

Belajar bab agama pun tak lepas, malu. Ingat pesan Nabi, kita belajar ni takkan habis. Sampai keliang lahat kita akan belajar. 

So jangan confident cakap yang korang tu ada banyak pengalaman dalam hidup. Nak claim pengalaman lain tak apa, tapi kalau pengalaman hidup ni rasanya kita memang tak layak pun nak cakap.

19. Tak pernah hargai apa yang anak bagi

Mak ayah sendiri yang biasanya banyak merungut. Bukan anak kedekut suka suka pada korang. 

Asal anak buat sesuatu untuk korang je, mesti korang complaint sana sini. Nak perfect la katakan. Masalahnya korang ni perfect ke? Cuba tanya pada diri tu.  

Ingat anak tak ada hati dengan perasaan ke? Korang je ke yang ada perasaan? Mak ayah je ke yang perlu dihormati? Anak tak payah hormat la, macam tu?

Ni la punca anak anak mula tak ambil kisah pasal ibu bapa diorang. Hati dah jadi tawar. Dah malas nak fikir. Semua ibu bapa je nak menang. 

Kalau ada yang terlepas & tak perasan tu, minta maaf je la pada anak. Kan simple. Kenapa nak kena ego?

20. Tak pernah nampak kebaikan anak

Ni memang dah masuk level bahaya kalau ibu ayah dah tak nampak lagi kebaikan anak. 

Apa sahaja yang anak buat, tak pernah menyenangkan. Ada saja rungutannya. Kes macam ni memang dah kena kauseling & bagi teguran untuk ibu bapa macam ni. 

Padahal anak banyak kali dah anak tolong ibu bapanya, dah banyak kali juga bagi hadiah, bagi duit pada ibu bapanya. Tapi semuanya macam tak nampak. Macam dah terhijab.

Semuanya tertutup pada padangan ibu ayah. Semuanya hanya kesalahan. Kes macam ni memang da sangat sangat bahaya ya.  Korang kalau macam ni cepat cepat lah berubah ye.

Kesimpulan

Sebagai mak ayah, jangan terlalu yakin yang kita ni sentiasa betul & anak selalu salah. Jangan!. Kelak keyakinan kita tu akan makan diri. So better korang muhasabah diri sentiasa. 

Sebagai mak ayah, korang kena tunjukkan sikap & contoh yang baik pada anak anak. 

Kalau korang nak anak tu jadi baik, korang sendiri kena tunjukkan yang korang bagus. Contohnya korang suruh anak anak solat, tapi korang sendiri tak solat, apa benda macam tu? Memang tak la anak tu nak ikut. 

Korang suruh anak tu hormat pada diri korang, tapi korang sendiri tak hormat pada anak anak.Mak ayah apa macam tu. 

So, jangan la korang expect yang anak anak akan hormat korang pulak. Korang sendiri yang kena contoh yang baik, baru korang layak bagi nasihat. 

Kalau korang rasa korang sendiri tak berapa nak betul, elok korang muhasabah diri sentiasa. Sentiasa minta maaf pada anak anak kalau korang dah terlebih over.

Lagi malu kalau korang bela ego korang tu sampai ke tua. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.