Bahaya minum air terlalu banyak

Air adalah kunci kehidupan, tapi…

Memang tak dinafikan, air adalah elemen penting dalam kehidupan kita. 

Air berfungsi untuk membersihkan sistem kita, membantu dalam penghadaman, dan banyak lagi la. Tapi korang, semua benda ada limitnya. Termasuk air.

Hiponatremia: Keadaan tak boleh ambil ringan

Kita mulakan dengan istilah medikal sikit. Hiponatremia tu keadaan di mana tahap natrium dalam darah kita jadi terlalu rendah. 

Natrium tu penting tau, sebab dia regulate water balance dalam dan luar sel.

Simptom Hiponatremia

  • Mual dan muntah
  • Sakit kepala
  • Kelemahan
  • Keadaan teruk boleh membawa kepada koma atau mati

Faktor Risiko Hiponatremia

  • Orang tua
  • Atlet (sebab minum air berlebihan)
  • Pesakit kronik yang ada masalah jantung atau buah pinggang

Water Intoxication: Bukan cuma cerita dongeng

Ini bukan mitos atau rekaan. ‘Water intoxication’ adalah situasi di mana banyak air masuk ke sistem kita dan mengganggu balance elektrolit.

Simptom Water Intoxication

  • Mental korang jadi bengong
  • Mual
  • Sakit kepala
  • Paling teruk, boleh menyebabkan kematian. Ada ya kes yang mati sebab terlebih minum air. 

Cara mengelak

  • Dengar apa badan korang kata: Minum bila dahaga. Tapi pastikan korang minum air cukup dalam sehari tu. Kadang kadang badan korang tak haus pun. 
  • Tak perlu ikut ‘8 gelas sehari’ macam robot. Minum bila korang rasa perlu minum. Tapi pastikan cukup. 
  • Jika korang buat aktiviti yang lasak, ambil air tu berpada pada sikit. Jangan over & jangan kurang. 

Overhydration vs Dehydration: Mana satu lagi bahaya?

Kedua-duanya bahaya, tapi overhydration jarang diperkatakan. 

Dehydration paling popular, tapi overhydration pun boleh membawa kepada komplikasi serius. So, kena berwaspada! Hidup bersederhana tu penting. 

Tanya doktor atau pakar pemakanan

Kalau korang ada masalah kesihatan yang berkaitan dengan hydration, baik tanya doktor atau pakar pemakanan. Diorang ada pengetahuan yang lebih mendalam dan boleh guide korang dengan lebih tepat. Apa pun doktor first. 

Kesimpulan: Moderation is key

Macam yang kita semua dah tahu, semua benda dalam kehidupan ni kena ada balance. Air pun begitu. 

Jadi, pastikan korang minum air tu berpada-pada dan dengar apa yang badan korang nak kata.

So jangan lupa share info ni dengan kawan-kawan dan family korang, eh? Kesihatan tu penting, guys!

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.