Jenis insurans yang korang kena tahu – Penting untuk family

Eh, jangan lari dulu. Aku tau, bila sebut insurans je, mesti ada yang rasa macam, “Alah, bosan laa…” Tapi, korang kena tau, insurans ni penting tau! Jom kita deep dive sikit.

Kenapa penting?

Korang suka travel, kan? Tapi, pernah tak terfikir apa jadi kalau korang sakit atau kecemasan di negara orang?

Insurans travel ni akan cover korang dari segi kos perubatan, kehilangan barang, dan banyak lagi.

Contoh: Touch N Go App

Korang boleh je beli insurans travel ni dalam app Touch N Go. Serendah RM3 sehari, gais! Tak payah commit tahunan, ambil bila korang nak pergi travel je.

Dekat dalam app ni ada macam macam syarikat insurans. Semua dah ada kat dalam tu. 

Tips pilih Insurans travel

  • Make sure korang pilih yang cover worldwide.
  • Check juga kalau ada offer cover tinggi kalau korang memang suka aktiviti lasak.

Insurans nyawa: Bukan soal korang je, tapi orang tersayang

Kelebihan

  • Dapat lump sum payment kalau korang takde dah. Boleh guna untuk selesaikan hutang atau sebagai simpanan untuk family.
  • Ada pilihan untuk investment sekali, macam unit trust.

Apa yang perlu diketahui?

  • Ada term life dan whole life insurance. Term life tu untuk tempoh tertentu je, whole life sampai bila-bila.
  • Make sure korang update beneficiaries korang. Jangan sampai salah orang dapat!

Medical card: Sakit tak kenal masa

Kenapa kena ada?

Kos perubatan kat Malaysia ni memang mahal dan naik setiap tahun. Kalau korang ada medical card, korang boleh dapat rawatan di hospital swasta tanpa perlu risau.

Tips memilih Medical Card

  • Pilih yang ada “lifetime limit” yang tinggi.
  • Make sure korang baca fine print, ada je kadang-kadang terperangkap dengan terms and conditions.

Insurans kereta: Lebih dari sekadar komplian

Apa yang korang dapat?

  • Kalau korang kemalangan, sama ada mati atau cacat kekal, boleh dapat duit. Tak ada la seronok dapat duit free, tapi membantu la juga kalau korang cacat kekal atau mati. Tak ada la meninggalkan hutang kan?
  • Ada pilihan comprehensive atau third-party, pilih yang sesuai dengan keperluan korang. Paling penting cari yang patuh syariah. Simple. 

Extra: Insurans Motor

Kalau korang ada motor, jangan lupa ada juga insurans khas untuk motor. Sama je macam insurans kereta, tapi ada beberapa perbezaan dalam coverage. 

Benda ni bukan nak cerita pasal claim untuk motor ke apa, tapi kalau korang kemalangan, apa apa ada yang cover. 

Insurans rumah: Jangan sampai rumah Impian jadi nightmare

Kenapa kena ada?

Bayangkan kalau rumah korang kena pecah masuk, atau worse, kena kebakaran. Insurans rumah boleh cover kerugian korang.

Tips memilih Insurans rumah

  • Make sure korang pilih yang cover both structure dan content rumah korang.
  • Ada juga insurans yang cover kalau rumah korang rosak sebab bencana alam macam banjir.

Kenapa iMuslim cerita tentang Insurans?

Aku rasa korang mesti tertanya-tanya, kenapa aku, iMuslim, nak cerita pasal insurans, kan? 

Sebenarnya, benda ni lebih dari sekadar polisi atau duit. Ia ada kaitan yang sangat dekat dengan keluarga yang korang sayang, dan juga masa depan korang sendiri.

Kaitan dengan keluarga tercinta

Kita semua ada orang yang kita sayang; sama ada ibu bapa, pasangan, atau anak-anak. 

Kalau kita sakit atau apa-apa jadi, dorang ni yang terjejas. Insurans boleh jadi jaminan untuk dorang. Bayangkan kalau korang sakit teruk, siapa yang akan tanggung kos perubatan? Kalau korang ada insurans, beban tu boleh dikurangkan.

Ekonomi Malaysia: Realiti yang kita hadapi

Kita duduk di Malaysia, dan jujur cakap, ekonomi kita ni tak berani nak kata kukuh sangat. Harga barang naik, gaji tak naik, dan banyak lagi masalah ekonomi yang kita hadapi setiap hari. 

Dalam situasi macam ni, insurans boleh jadi safety net untuk korang. Kalau korang kehilangan pekerjaan atau sakit, insurans boleh jadi bantuan kewangan yang sangat berguna.

Lebih dari sekadar duit, Ini tentang masa depan

Insurans bukan setakat pasal duit je, tapi ia juga tentang masa depan. Kalau korang invest dalam insurans sekarang, korang sebenarnya sedang melabur untuk masa depan yang lebih selamat dan terjamin. 

Tak kisah la ekonomi macam mana pun, at least ada backup plan.

Jadi, tu sebabnya aku rasa penting untuk share pasal insurans ni. 

Bukan nak cerita pasal benda bosan, tapi sebab aku rasa korang semua patut ada basic understanding tentang benda ni. Trust me, it’s for your own good and for the people you love.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.