Cara menghadapi orang yang panas baran

Korang pernah tak jumpa dengan orang yang panas baran atau mudah marah? Mesti pernah kan? 

Orang macam ni selalunya suka marah tanpa sebab yang munasabah, dan kadang-kadang menyebabkan masalah besar pulak pada orang lain. 

Masalahnya sekarang ni, macam mana kita nak handle orang macam ni dengan cara yang bijak? So jom, kita share tips-tips yang berguna untuk korang. Jom kita baca!

Korang tahu tak, bila orang tu marah, dia akan cakap macam-macam yang boleh menyakitkan hati korang. Korang mesti terasa nak melenting juga atau membantah kan. Tapi rilek dulu.

Sebab, bila korang tak rilek, korang hanya akan memburukkan lagi keadaan dan akan menyebabkan pergaduhan yang tak ada kesudahan. Sebaliknya, try untuk bersabar dan banyakkan diam. 

Biarkan dia luahkan apa yang dia rasa, dan jangan ganggu atau potong bila dia bercakap. Diam bukan bermakna korang takut atau mengalah, tapi bermakna korang bijak dan matang.

Photo by Imuslim.co

Jawab bila ditanya, jangan diam

Walaupun kita kena banyakkan diam, bukan bermakna kita boleh senyap je bila orang tu tanya kita sesuatu. 

Bila korang buat macam tu, dia mungkin akan rasa korang tak peduli. So korang kena jawab bila ditanya, tapi dengan cara yang sopan dan ringkas. Jangan panjang lebar atau melawan. Jawab apa yang ditanya sahaja. 

Bagi jawapan yang jelas dan ikhlas. Contohnya, kalau dia tanya “Kenapa kau buat macam ni?”, kita boleh jawab “Minta maaf, saya tak sengaja” atau “Saya ada sebab tersendiri”. 

Jangan jawab “Apa kau peduli?” atau “Bukan salah aku”. Benda ni akan membuatkan dia lagi marah biasanya. So rilek sentiasa. 

Cuba pujuk perlahan lahan

Kita boleh cuba untuk menenangkan dan pujuk supaya dia bagi cool down. Korang boleh gunakan kata-kata yang lembut, positif, dan nasihat. 

Korang boleh beritahu dia yang korang faham perasaan dia, dan korang nak bantu dia selesaikan masalah dia. Korang boleh ajak dia duduk dan bincang dengan tenang, atau ajak je minum air sejuk untuk redakan kemarahan dia. 

Korang boleh juga buat lawak sikit sikit untuk ceriakan suasana, tapi jangan sampai buat dia rasa macam terhina atau korang gelakkan dia. 

Amalkan 7 Al Fatihah sebelum berhadapan dengan orang yang panas baran

Korang tahu, Al Fatihah adalah surah yang paling utama dalam Al Quran. Surah ni mengandungi doa yang baik dan berkat.

Korang boleh amalkan 7 kali Al Fatihah sebelum berhadapan dengan orang yang panas baran. 

Bacaan Al Fatihah ni akan menjadi pelindung pada diri kita & akan buatkan orang yang berhadapan dengan kita tu jadi lembut. Kita juga akan jadi lebih yakin bila nak menghadap orang yang panas baran.

Cara menghadapi orang yang panas baran

Amalkan zikir & selawat

Selain daripada Al Fatihah, kita boleh juga amalkan zikir & selawat bila berhadapan dengan orang panas baran. Zikir & selawat adalah cara untuk mengingati Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW. 

Ini akan memberi kita ketenangan, keberkatan, dan rahmat dari Allah. Kita juga akan lebih dekat dengan Allah dan Nabi Muhammad SAW. 

Kita boleh amalkan zikir & selawat seperti “La hawla wala quwwata illa billah” (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah), “Hasbunallah wa ni’mal wakeel” (Cukuplah Allah sebagai Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung), atau “Allahumma salli ala Muhammad” (Ya Allah, berselawatlah kepada Muhammad).

Jangan mengungkit or trigger benda yang buat dia marah

Satu lagi perkara yang korang kena elakkan bila berhadapan dengan orang yang panas baran adalah jangan sesekali mengungkit atau trigger benda yang buat dia marah. 

Contohnya, kalau dia marah sebab kita lambat datang, jangan cakap “Kau pun selalu lambat” atau “Bukan salah aku, jem je”. Ini akan buatkan dia rasa yang korang jenis ego nak mengaku kesalahan atau jenis orang yang memang tak ada common sense. 

Korang kena try minta maaf dan bagitahu dia sebab apa korang lambat. Benda kecik jangan dibesarkan. Benda besar kita kecik kan. Simple. 

Banyakkan doa dalam hati

Doa adalah senjata orang mukmin. Dengan doa, kita boleh memohon kepada Allah apa sahaja yang kita nak. Kita boleh doa supaya Allah redakan kemarahan orang yang panas baran tu, dan berikan dia hidayah dan keinsafan. 

Kita boleh juga doa supaya Allah jauhkan kita dari orang-orang yang suka cari pasal ni.

Kita boleh doa dengan bahasa yang kita selesa, asalkan ikhlas, yakin & faham apa yang kita ucapkan tu. Allah Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa hamba-Nya.

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.