15 tanda gangguan jin dalam rumah tapi ramai tak sedar!

Gangguan jin dalam rumah

Ada jin dalam rumah ni perkara biasa. Banyak rumah rumah yang ada jin kat dalam. Cuma kita je tak boleh nampak dengan mata kasar.

Tapi ada sesetengah orang dia boleh merasa. 

Lagi parah bila jin tu tunjukkan diri pada manusia. Masa ni la dikatakan adanya gangguan dari jin. 

gangguan jin dalam rumah

1. Dengar bunyi guli

Ada kalanya kita dengar bunyi-bunyi aneh seperti guli, perabot bergerak, atau pintu dan tingkap berbunyi tanpa sebab yang jelas. Kalau bunyi-bunyi ini sering terjadi, mungkin ada gangguan jin dalam rumah.

2. Mimpi buruk yang kerap

Mimpi buruk sekali-sekala memang biasa, tapi kalau kerap sangat, boleh jadi ada jin yang menyebabkan mimpi buruk kita. Contoh mimpi buruk yang kerap ialah mimpi dalam tandas, mimpi kena kejar ular, atau mimpi hantu.

3. Rumah rasa panas

Walaupun kita pasang aircond, rumah tetap rasa panas. Tapi bila orang repair aircond datang, dia kata tak rosak. Aneh kan? Boleh jadi ini adalah tanda gangguan jin dalam rumah.

4. Rasa stress tanpa sebab

Ada waktu kita rasa nak marah je, nak mengamuk disebabkan hal kecil. Kadang kita sendiri pun tak tahu apa punca stress kita. Tahu-tahu je kita stress dan rasa nak marah setiap masa. Allah, jangan la macam tu! Ini mungkin tanda gangguan jin dalam rumah.

5. Susah tidur malam

Walaupun tak main hp, letak aircond maximum pun tak boleh tidur. Terpusing sana sini, last sekali tidur waktu nak dekat subuh. Kalau jadi sehari tak apa, tapi kalau jadi hampir hari-hari, mungkin ada gangguan jin dalam rumah. Jangan pandang remeh!

Tanda gangguan jin dalam rumah yang ramai tak tahu

6. Panas baran

Panas baran ni jadi bila kita ada kat rumah je. Bila kita kat luar, kita jadi tenang dan penyabar. Jadi, kalau kita rasa panas baran ni bila di rumah sahaja, ini mungkin sebahagian dari tanda gangguan jin dalam rumah.

7. Kerap bertengkar dengan keluarga

Biasanya kerap bertengkar dengan pasangan atau keluarga sendiri. Tapi kalau kita perasan, kita hanya bertengkar bila ada kat dalam rumah je.

Bila ada kat luar, hubungan tu jadi elok. Bila ada dalam rumah, dia jadi panas balik. Tak terfikir ke kenapa dia jadi macam tu?

8. Berat beribadat

Memang berat gila bila kita nak dirikan solat. Tapi bila pergi masjid, kita jadi rajin pulak. Siap buat solat sunat lagi. Tapi bila kat rumah, malas bukan main. 

Sampai kita rasa diri ni munafik sungguh. Kat luar rajin je, tapi dalam rumah kita jadi malas. Jangan risau, kita tak munafik pun. Memang berpunca dari gangguan jin dalam rumah.

9. Bunyi dalam rumah

Bila time sunyi, macam-macam bunyi keluar. Bunyi macam orang main tingkap tapi tak ada orang kat situ. Dia bunyi sekali je, lepas tu pindah kat tempat lain. 

Mula-mula bunyi orang main pintu, lepas tu bunyi singki kat dapur, lepas tu bunyi pinggan pulak. Ha, ni tanda-tanda ada gangguan jin dalam rumah.

10. Selalu nampak kelibat

Ada masa-masa tertentu kita akan nampak kelibat. Sama ada kelibat tu kat dapur, atau pun kat bilik. Bila nampak, kita auta jadi takut walaupun tak pasti apa yang melintas kat depan mata. Kita akan nampak kelibat lalu lalang dari arah tepi, tapi bila tengok tak ada.

tanda gangguan jin dalam rumah11. 11. Rasa diri diperhatikan

Bila solat, kita dapat rasa ada orang perhatikan kita kat belakang. Kita dapat rasa dia tengah duduk dan tengok je. 

Sebabkan kita jadi takut, kita tak boleh solat sebab kita rasa ada orang perhati tu terlalu kuat. Auto jadi seram sejuk dan berdebar. Ni tanda gangguan jin dalam rumah.

12. Barang-barang hilang atau berpindah tempat

Kadang-kadang kita letak barang di satu tempat, tapi bila kita cari, barang tu dah hilang atau berpindah tempat.

Kita mungkin ingat kita sendiri yang lupa letak barang tu, tapi kalau jadi kerap sangat, boleh jadi ini adalah tanda gangguan jin dalam rumah.

13. Bau aneh yang tidak dikenali

Kalau ada bau yang aneh dan tidak dikenali di dalam rumah, dan kita pasti bau tu bukan datang dari luar, boleh jadi ini adalah tanda gangguan jin. Bau aneh ini mungkin bau busuk atau bau yang tak menyenangkan.

Gangguan jin berada dalam rumah

14. Haiwan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik

Haiwan peliharaan macam kucing atau anjing kadang-kadang boleh melihat atau merasakan kehadiran jin.

Jadi, kalau haiwan peliharaan kita menunjukkan tingkah laku yang pelik, macam mengeong atau menggonggong tanpa sebab, ini mungkin tanda tanda adanya gangguan jin dalam rumah.

15. Perasaan tak senang pada ruangan tertentu

Ada kalanya kita merasa tidak selesa atau seram pada ruang tertentu dalam rumah, macam dalam bilik tidur atau bilik tamu. Jika perasaan ini terus menerus terjadi, mungkin ada gangguan jin di ruangan tu. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.