10 tanda kita ada aura kuat & baik

Aura yang kuat & baik pada diri bukan ada pada semua orang. 

Ada banyak faktor kenapa aura seseorang tu boleh jadi kuat & boleh jadi lemah. 

Aura yang baik & kuat secara semula jadi ni biasanya hanya ada pada orang orang tertentu. 

Bukan semua orang ada aura yang baik. Ada yang kena belajar dulu baru dapat, ada yang kena beramal dulu & macam macam lagi. Tapi ada juga yang tak payah buat apa apa, tapi dia ada aura yang baik & kuat secara semula jadi. 

Contents

aura baik

1. Orang pandang diri kita

Apa pun yang kita buat, kat mana pun yang kita pergi, orang lain mudah nak beramah mesra dengan diri kita. Padahal kita tak ada pun nak beramah mesra dengan orang lain. 

Kat mana pun kita ada, diri kita seolah macam magnet. Menarik semua orang untuk dekat dengan diri kita. Kita disenangi orang lain walaupun kita tak ada jasa dengan diorang. 

2. Apa yang kita buat semua menjadi

Tak belajar apa apa, tak tahu apa apa, tapi bila buat selalu menjadi. Banyak based pada gerak hati sendiri. Ni petanda aura kita dalam keadaan baik. Tak ada halangan pada diri. 

Kita mudah nak buat ibadat, kita mudah nak buat kerja, dan kita rasa happy setiap masa. Kita rasa yakin dengan diri sendiri sebab apa pun yang kita nak, kita akan dapat. 

3. Jodoh terlalu banyak

Mudah didekati wanita. Mudah nak ajak kita kahwin walaupun baru berkenalan. 

Orang lain mudah jatuh cinta dengan diri kita. Nak kata hensem tak sangat. Muka biasa biasa je. Tapi ya, orang mudah suka dengan diri kita. Sebab kan kita jalin hubungan dengan ramai orang. 

Tak tahu nak pilih yang mana untuk dijadikan teman hidup. 

4. Rezeki datang dengan deras

Kita dah malas. Tak buat apa apa. Selalu main game. Tapi rezeki tu datang tanpa putus putus. 

Kita sendiri yang banyak tolak. Terlalu banyak peluang kerja, terlalu banyak orang ajak, terlalu banyak orang memberi. 

Kita sendiri langsung tak ada usaha apa apa. Benda ni jadi sejak kita kecik. 

Artikel berkaitan

5. Bila berkata orang dengar

Kita bukan lulusan tinggi, bukan juga orang besar & ada jawatan yang hebat. 

Tapi kebanyakan orang akan dengan bila kita berkata kata. Padahal kita sendiri pun tak berapa pasti dengan kata kata tu. 

Tapi ramai orang akan dengar kata kata kita, bahkan akan jadikan kata kata tu sebagai panduan hidup. 

Bila kita mula bercakap, orang akan bagi perhatian sepenuhnya pada diri kita. Beruntung kita ada anugerah macam ni.

6. Orang yang sakit boleh sembuh

Kita tak pandai berubat. Tapi bila ziarah orang yang sakit, orang sakit tu akan beransur pulih sakitnya. 

Bukan jadi sekali dua, tapi dah jadi berkali kali. Benda ni tak boleh nak kata kebetulan, setiap kali datang mesti baik selepas 2-3 hari. 

Orang cakap dia happy sebab jumpa kita, tapi sebenarnya sebab aura yang baik ada pada diri kita. 

7. Gaya kita macam orang besar

Bila berjalan, bercakap, bergaul dengan orang lain, orang nampak kita macam orang besar. 

Macam orang kenamaan, macam menteri, sampai orang segan dengan diri kita. Padahal kita bukan kerja tinggi, pandai sangat pun tak, gaya kita pulak memang dari kecik macam tu. 

Ramai orang ingat kita ni anak bangsawan tapi bukan. 

8. Orang takut dengan diri kita

Sumpah, muka tak garang pun. Apa lagi nak maki orang memang jauh sekali. Tapi orang tak jadi tak berani nak marah. Jadi tunduk bila berhadapan diri kita. 

Sebagai manusia, kita pun marah. Tapi marah tu akan buatkan orang lain takut. Padahal tak ada la marah apa pun. 

Tak pernah lagi pukul orang. Ni menunjukkan ada aura yang kuat pada diri kita sampaikan orang tak berani nak marah. Lagi lagi orang luar. 

9. Jarang stress walaupun ada masalah besar

Hutang banyak, masalah banyak, tah kenapa kita tak ada sifat macam orang lain. Mudah kelam kabut, mudah stress. 

Kita rasa tenang je. Takkan nak buat buat stress. Macam pelik nanti. 

Kita rasa macam kosong je, macam tak ada apa apa. Walaupun kita ada banyak masalah. Aura yang ada pada diri ni terlalu kuat sampai syaitan pun susah nak dekat. 

10. Kita jarang sakit

Demam tu biasa, tapi jarang sakit. Apa lagi benda benda yang berat. 

Selalu buat check up, selalu tengok tanda tanda gangguan jin, semua tak ada. Kadang kita selalu juga tolong orang sakit, orang tu sembuh je. Kita tak ada apa pun. 

Sedangkan orang lain, yang kita dengar akan kena tempias la, terbawa balik benda la, macam macam lagi. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.