Tanda kencing manis – Ramai terkena tapi tak perasan

Korang pernah tak rasa dahaga yang macam tak ada kesudahannya? Minum air banyak-banyak pun rasa tak cukup. Ini salah satu tanda awal kencing manis. 

Badan korang cuba buang gula yang berlebihan melalui air kencing, jadi korang akan rasa nak minum air selalu.

Selalu nak pergi tandas

Ni berkaitan dengan point sebelum ni. Kalau korang minum air banyak, memang la korang akan rasa nak pergi tandas selalu. 

Tapi kalau rasa macam selalu sangat, lebih daripada biasa, baik korang jaga-jaga. Mungkin buah pinggang korang sedang bekerja keras untuk keluarkan gula yang berlebihan dalam darah.

Penat yang melampau

Korang rasa penat walaupun tak buat apa-apa keje berat? Atau rasa letih walaupun dah tidur cukup? 

Ini mungkin tanda tanda badan korang tak dapat jadikan gula sebagai tenaga dengan betul. Badan korang tak proses guna menjadi tenaga kerana kekurangan insulin. 

Penglihatan jadi kabur

Kalau korang perasan penglihatan korang jadi kabur tiba-tiba, jangan ambil mudah. 

Korang kena check juga tanda lain, kalau ada banyak mungkin ini disebabkan kencing manis. Gula yang terlalu tinggi boleh membuatkan penglihatan jadi kabur. 

Berat badan turun mendadak

Korang diet ke apa sampai berat badan turun macam tu? Kalau tak, mungkin ini tanda kencing manis. 

Badan korang tak dapat serap gula, jadi dia akan guna lemak sebagai tenaga, menyebabkan berat badan korang turun walaupun korang tak diet. 

Kalau tetiba turun tanpa diet, korang disarankan untuk berjumpa dengan doktor ya. 

Luka lambat sembuh

Kalau korang ada luka atau calar, pastikan dia cepat sembuh dalam 2-3 hari. Kalau lambat, ini mungkin tanda korang dah terkena kencing manis & menganggu proses penyembuhan pada tubuh badan. 

Amaran penting: Jangan ambil mudah!

Jangan main-main dengan kesihatan korang. Kalau ada tanda-tanda yang kita dah sebut tadi, cepat-cepat pergi jumpa doktor. 

Ujian darah dan lain-lain boleh confirmkan sama ada korang ada kencing manis atau tak.

Ingat, kencing manis ni boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius macam sakit jantung, strok, dan masalah mata. 

Jadi, jangan tunggu sampai terlambat. Baik korang berjumpa dengan doktor untuk kepastian.

Apa akan jadi kalau kencing manis dibiarkan tanpa rawatan?

Apa yang akan jadi kalau kencing manis dibiarkan tanpa rawatan. Trust me, korang tak nak tahu, tapi korang kena tahu. Jom kita deep dive!

Risiko sakit jantung dan strok

Benda ni bukan main-main. Kalau kencing manis tak dirawat, ia boleh meningkatkan risiko korang untuk dapat sakit jantung dan strok. 

Gula darah yang tinggi boleh menyebabkan pengerasan arteri, dan ini bukan berita baik untuk jantung korang. Bila dibiarkan terlalu lama, sila sila boleh terkena serangan jantung. 

Mata menjadi buta

Ingat lagi kita cakap pasal penglihatan kabur? 

Kalau dibiarkan, ia boleh membawa kepada kebutaan. Ini disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah di mata. So kalau korang sayang dengan mata korang, cepat cepat bertindak. Simple. 

Kerosakan buah pinggang

Buah pinggang korang pun tak selamat. 

Gula darah yang tinggi boleh merosakkan sistem penapisan buah pinggang, dan akhirnya boleh membawa kepada gagal ginjal. Korang nak ke seumur hidup kena dialisis? Seminggu 3x kat hospital? Air pun kena limit? 

Jangan main main dengan diabetes. Boleh ubah kehidupan korang 360 darjah. 

Masalah pada kaki dan anggota badan

Kencing manis boleh menyebabkan aliran darah kurang ke kaki, dan ini boleh membawa kepada infeksi, luka yang tak sembuh, dan dalam kes yang teruk, kaki kena potong. Sayangi kesihatan pada diri kita sendiri. 

Komplikasi kehamilan

Untuk wanita, kencing manis yang tak dirawat boleh membawa kepada komplikasi kehamilan seperti kecacatan pada kelahiran dan risiko kematian bayi. Memang kena berjaga, jika sayangkan bayi korang. 

Masalah mental

Jangan lupa, kesihatan mental korang juga terjejas. Kencing manis boleh menyebabkan depresi dan kebimbangan, yang akan mempengaruhi kualiti hidup korang.

Jangan biarkan sampai terlambat!

Korang, kita semua nak hidup sihat dan bahagia, kan? Jadi, jangan biarkan kencing manis merampas peluang itu daripada korang. 

Kalau ada tanda-tanda yang kita dah sebutkan sebelum ni, cepat-cepat lah pergi klinik atau hospital. Jangan tunggu sampai komplikasi datang mengetuk pintu.

Kesihatan itu harta yang paling berharga. Jaga diri, jaga kesihatan, dan jangan lupa untuk selalu berada dalam pantauan doktor.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.