Kencing manis boleh baik ke? Ini yang korang kena tahu

Sebelum kita teruskan, korang mesti tahu apa itu kencing manis, kan? 

Kencing manis, atau lebih dikenali sebagai diabetes, adalah keadaan di mana gula dalam darah kita tinggi sebab badan tak boleh guna insulin dengan betul. 

Insulin ni penting tau, sebab dia yang bertanggungjawab untuk bantu sel-sel kita menyerap gula dari darah.

Majoriti tak boleh baik, tapi..

Kebanyakan kes kencing manis, terutamanya jenis 1 dan 2, memang sukar untuk sembuh sepenuhnya. 

Tapi jangan putus asa! Walaupun tak boleh sembuh 100%, korang masih boleh kawal keadaan ni. Korang masih boleh jalani rutin harian macam biasa. Just jaga pengambilan gula, bersukan, makan ubat yang diberikan doktor. Simple. 

Kencing manis boleh baik ke?

Kawalan gula darah

Yang paling penting, korang kena pastikan gula darah korang stabil. Macam mana? Ikut preskripsi doktor, ambil ubat atau insulin mengikut jadual, dan jangan lupa check gula darah korang secara rutin. Mudah je nak kawal. 

Pemakanan yang sihat

Korang mesti jaga pemakanan. Elakkan makanan yang tinggi gula dan karbohidrat. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, dan protein. Jangan lupa minum air yang cukup!

Senaman

Korang juga kena rajin bersenam. Tak perlu yang heavy-heavy pun, cukup sekadar walking selama 30 minit sehari. Berjalan hari hari ada banyak kebaikan pada tubuh badan kita termasuk lah menurunkan paras gula dalam badan. Kalau hari hari buat, mesti paras gula korang berada di paras yang normal. 

Ada kes baik juga!

Ada juga kes di mana orang yang ada kencing manis jenis 2 berjaya ‘reverse’ keadaan diorang. 

Ini biasanya berlaku bila mereka betul-betul komited untuk ubah gaya hidup dan pemakanan. So kalau korang nak kan kesembuhan, korang kena displinkan diri sendiri. Tak ada yang mustahil untuk korang sembuh. Yakin & displin sahaja. 

Kencing manis boleh baik ke? - Doktor sedang periksa keadaan pesakit

Amalkan diet rendah karbohidrat

Ada bukti yang menunjukkan diet rendah karbohidrat boleh membantu kawal kencing manis dan kadang-kadang boleh ‘reverse’ keadaan ini. Tapi bukan ni je la korang kena buat, banyak lagi benda lain yang korang kena displin. 

Pengawasan ketat doktor

Ini bukan benda yang korang boleh buat sendiri tau! Korang kena selalu berjumpa doktor dan ikut semua arahan dia. Jangan suka suka beli produk yang tah apa apa di facebook, instagram & shopee. Apa apa tanya doktor atau farmacy dulu. 

Kesimpulannya

So, kencing manis boleh baik ke? Jawapannya: memang sukar, tapi tak mustahil. Yang penting, korang kena komited untuk jaga diri korang sendiri. Jangan lupa, konsultasi dengan doktor adalah langkah pertama yang paling penting.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.