Pendamping boleh menjadi saka keturunan

Pendamping ni macam kawan kita yang kita tak nampak. Pendamping ni ada macam-macam jenis, ada yang baik, ada yang jahat. 

Pendamping ni boleh bagi kita banyak manfaat, tapi ada jugak bahaya yang kita kena hadapi kalau ilmu kita tak berapa nak cukup. Jom baca. 

Apa kelebihan pendamping?

Pendamping ni boleh tolong kita macam-macam perkara, antaranya adalah:

  • Boleh jaga kita. Pendamping ni boleh halang orang lain atau makhluk halus yang nak buat jahat kat kita. Pendamping juga boleh bagi kita signal kalau ada apa-apa yang tak elok nak berlaku. Kira macam boleh nampak masa depan la. 
  • Boleh kuatkan badan kita. Pendamping ni boleh buatkan badan kita tak mudah untuk sakit. Maksud lain, kebal. Pendamping juga boleh cepatkan proses penyembuhan kita kalau kita cedera parah. 
  • Boleh sakitkan orang lain. Pendamping ni boleh buat orang lain jatuh sakit atau susah kalau kita nak dia sakit or susah. Pendamping juga boleh buat orang lain takut atau hormat pada diri kita.
  • Boleh buat tumbuk tak kena. Pendamping ni boleh buat kita pandai bergaduh atau berlawan padahal kita tak tahu pun nak berlawan. Pendamping juga boleh buat kita tak kena tumbuk. Orang nak serang dia yang terpelanting. 
  • Boleh buat macam-macam lagi. Pendamping ni boleh buat apa saja yang kita nak, asalkan kita ada ilmunya. Contohnya, pendamping boleh buat kita kaya, pandai, cantik, berjaya, dan sebagainya. Confirm zaman sekarang memang ramai yang pakai pendamping. 
pendamping boleh menjadi saka keturunan

Macam mana pendamping boleh jadi saka?

Pendamping ni bukan sembarangan makhluk halus. Pendamping ni adalah jin yang membuat perjanjian dengan diri kita. 

Pendamping ni kita dapat sebab kita mengamalkan ilmu-ilmu tertentu yang berkaitan dengan diri pendamping tu sendiri. Pendamping ni kita kena jaga dan hormat, sebab dia pun ada perasaan dan hak.

Tapi, apa yang akan jadi kalau kita mati?

Pendamping ni tak boleh ikut kita ke alam sana sebab dia masih hidup lagi. Pendamping ni nak kena cari tuan baru yang boleh dia berdamping. Biasanya orang yang terdekat lah dan tuan baru yang paling terdekat dengan kita adalah keluarga & anak anak kita. 

Pendamping ni akan cuba masuk ke dalam badan atau jiwa mereka, lagi lagi kalau mereka tak ada amalan or pendinding diri yang kuat. 

Bila pendamping ni berjaya berdamping dengan keturunan kita, maka pendamping ni tadi takkan digelar sebagai pendamping lagi, tapi digelar sebagai saka. 

Saka ni macam warisan yang kita tinggalkan kat anak-anak kita, tapi warisan ni bukanlah warisan yang baik, tapi buruk. 

Saka ni boleh buat keturunan kita jadi susah dan sengsara, sebab pendamping ni mungkin tak suka atau tak sesuai dengan anak anak kita. 

Saka ni juga boleh buat keturunan kita terjerumus pada perkara perkara yang tak elok, sebab pendamping ni mungkin akan suruh mereka ni buat benda-benda yang melanggar agama atau akal. Ini dipanggil sebagai bisikan. 

Sebab tu ramai anak keras kepala, tak nak dengar cakap, ada tabiat suka buat benda benda yang melanggar agama. 

Gelaran pendamping yang biasa kita dengar

Kita mungkin dah pernah dengar macam-macam nama untuk pendamping ni. 

Ada yang panggil tok sheikh, penjaga, wali Allah, datuk, nenek, qarin, kembar, dan macam-macam lagi. Nama-nama ni semua biasanya nampak megah dan menyakinkan, seolah-olah macam diorang ni pulak yang kita agung agungkan. 

Biasanya orang takkan panggil pendamping, sebab nama pendamping ni nampak macam jin dan melanggar syariat agama. 

Macam melebihi dari Allah la pulak kan. 

Hakikat sebenarnya, pendamping ni semua adalah jin. Jin ni adalah makhluk halus yang diciptakan daripada api. Jin ni ada yang baik dan ada yang jahat. Jin ni ada yang beragama dan ada yang kafir. Sama je macam manusia. 

Pendamping tu pun gelaran untuk jin yang berdamping dengan kita. Saka pun sama. Saka gelaran untuk jin yang asal usul dia dari keturunan kita. Itu sahaja.

Jadi, jangan tertipu dengan nama-nama yang glamor untuk pendamping ni. 

Pendamping tetap jin, dan jin ni tetap makhluk halus yang tak boleh kita lihat atau pegang. Pendamping ni juga tak boleh kita percaya atau bergantung sepenuhnya, sebab pendamping ni mungkin bohong atau khianat kepada kita.

Kita kena ingat, hanya Allah sahaja yang boleh kita percaya dan bergantung sepenuhnya. 

Hanya Allah sahaja yang boleh kita minta tolong dan perlindungan. Hanya Allah sahaja yang boleh kita sembah dan taati. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.