Gangguan jin asyik
Gangguan jin asyik ni memang satu benda yang serius & korang perlu ambil tahu. Kadang-kadang, ada gangguan jin asyik pada diri & boleh menyebabkan berat jodoh.
Kalau korang rasa ada simptom yang pelik atau tak normal, baik consult dengan pengamal perubatan Islam. Jangan main-main dengan benda ni.
Saka keturunan
Ada juga kes di mana saka atau benda-benda mistik yang diwarisi dalam keluarga boleh jadi punca berat jodoh.
Kalau ada sejarah macam ni dalam keluarga korang, baik lah bincang dengan ahli keluarga dan cari jalan penyelesaian.
Terkena sihir pelalau
Ini pun satu lagi faktor yang boleh menyebabkan berat jodoh. Kalau korang ada rasa-rasa macam ni, jangan malu untuk minta bantuan.
Ada banyak cara untuk buang sihir atau pelalau, termasuklah melalui perubatan Islam.
Kuat memilih
Eh, jangan marah. Tapi kadang-kadang kita sendiri yang jadi punca berat jodoh sebab terlalu memilih.
Kalau setiap kali jumpa orang, kita asyik fikir “tak sesuai, tak sesuai,” bila lagi nak jumpa yang sesuai, kan?
Tak aktif mencari
Korang, jodoh ni takkan datang bergolek depan pintu rumah tau. Kena lah aktif sikit. Kalau duduk rumah je, macam mana nak jumpa orang?
Jadi, keluarlah, socialize, atau guna aplikasi carian jodoh yang kita dah discuss tadi.
Masih tak move on
Ada juga yang berat jodoh sebab masih tak boleh move on dari relationship lama.
Masa takkan berhenti untuk kita. Kena lah move on dan buka peluang untuk orang lain masuk dalam hidup korang.
Faktor pekerjaan
Tak dinafikan, faktor ekonomi atau pekerjaan juga boleh jadi punca.
Kadang-kadang, komitmen kerja atau situasi kewangan yang tak stabil boleh membuatkan kita rasa tak ready untuk ada dalam relationship.
Faktor usia
Eh, jangan terkejut. Faktor usia ni memang real.
Kadang-kadang, bila kita dah reach certain age, kita rasa macam “eh, bila lagi nak kahwin?” dan start rasa desperate. Tapi, ingat, jodoh tak kenal usia.
Personaliti yang tidak menarik
Kadang-kadang, kita kena jujur dengan diri sendiri. Kalau personaliti kita tu jenis yang susah orang nak bawa bincang, memang lah susah sikit nak cari jodoh.
Jadi, kenalah improve diri dari segi personaliti dan attitude. Cuba jadi seorang yang periang, mesra alam sampai dengan batu pun kita bercakap.
Takut komitmen
Ini pun satu lagi punca yang boleh jadi sebab berat jodoh. Takut komitmen ni bukan setakat takut nak kahwin je, tapi takut untuk fully invest dalam satu relationship.
Tak boleh la macam tu. Korang kalau nakkan kebahagian, korang kena la berani mencuba & berkorban.
Tidak berdoa
Last but not least, jangan underestimate kuasa doa dan tawakal. Kalau kita sendiri tak berdoa atau tawakal, siapa lagi yang akan buat, kan?
Kadang kadang korang takde jodoh sebab Allah tunggu korang angkat tangan je berdoa. Yakin tu pasti. InsyaAllah.
Kesimpulan
Punca berat jodoh ni memang banyak, dan kadang-kadang, ia adalah kombinasi dari beberapa faktor yang kita dah discuss ni.
Tapi, yang paling penting, jangan pernah putus asa. Selalu berdoa, usaha, dan tawakal. Dan jangan lupa untuk selalu improve diri, dalam semua aspek.