Tanda aura negatif pada diri

Aura tu apa eh?  

Well, aura ni macam pancaran energi yang kita bawak. Setiap orang ada aura sendiri, ada yang positif, ada yang negatif. Tapi, macam mana nak tahu aura korang tu baik ke buruk? 

Takkan nak pegi jumpa bomoh pulak kan?

Apa akan jadi pada diri korang kalau aura diri korang negatif? Korang kena la baca tanda aura negatif pada diri ni supaya korang tahu simptom simptomnya. 

Salah satu tanda aura negatif adalah korang selalu rasa penat. Walaupun dah cukup tidur, tapi masih rasa letih. Tengok cermin pun muka nampak lesu je. Benda ni menunjukkan sebagai tanda yang badan korang ada aura negatif. 

Tanda 2: Emosi tak stabil

Emosi korang macam roller coaster, naik turun tak tentu pasal. Kadang-kadang rasa marah, sedih, atau risau tanpa sebab yang jelas. Ni sebagai petanda aura korang negatif. 

tanda aura negatif pada diri

Tanda 3: Susah nak fokus

Korang ada masalah nak focus pada kerja atau apa-apa task? Kalau ya, mungkin aura korang dalam keadaan yang negatif. Aura negatif akan buatkan korang susah nak fokus, selalu rasa stress & selalu rasa serabut. 

Tanda 4: Mimpi buruk

Kalau korang selalu mimpi buruk, itu juga salah satu tanda aura negatif. Mimpi buruk tu kadang-kadang boleh jadi simbolik kepada aura yang tak berapa baik.

Tanda 5: Masalah kesihatan

Aura negatif boleh mempengaruhi kesihatan fizikal juga. Contohnya, korang selalu sakit kepala, sakit perut, atau demam tanpa sebab. So kalau selalu sangat sakit tu, try check aura diri dengan pengamal perubatan Islam. Mana la tahu ada gangguan jin ke apa. 

Tanda 6: Hubungan dengan orang lain

Kalau hubungan korang dengan kawan atau family kerap ada masalah, itu juga boleh menjadi tanda aura negatif. Tak ada yang namanya kebetulan juga ya. 

Tanda 7: Serangan panic

Tiba-tiba rasa takut yang teramat sangat, gelabah, atau rasa nak lari dari situasi, itu adalah tanda lain aura buruk. Yes serangan panic ni dipanggil sebagai panic attack / anxiety, tapi benda ni juga menjadi tanda aura kita tak berapa nak bagus. 

tanda aura negatif pada diri tapi ramai yang tak perasan

Tanda 8: Alahan yang pelik

Tiba-tiba je korang alah kepada benda yang selama ni okay je. Tak pernah ada masalah. Boleh jadi benda ni berpunca dari aura negatif pada diri. So jangan pandang remeh bab alahan ni. 

Tanda 9: Bad luck

Kalau korang selalu ada ‘bad luck’, tak kira dalam apa pun, mungkin aura korang tak berapa baik. Dalam dunia ni tak ada yang namanya “kebetulan”. So kalau korang asyik bad luck korang patut check diri korang. 

Tanda 10: Rasa tidak selesa

Kalau korang selalu rasa tak selesa, ada benda yang tak kena tapi tak tahu apa, itu juga tanda aura negatif mungkin ada pada diri korang.

Tanda 11: Tekanan mental

Aura negatif boleh menyebabkan tekanan mental yang tinggi. Macam rasa tertekan, stress yang tak berhenti, atau rasa cemas yang terlampau. Kalau korang jenis tiba tiba rasa stress padahal tak sebab pun, ini sebahagian dari tanda yang aura korang dalam keadaan negatif. 

Tanda 13: Selalu dikelilingi oleh negativiti

Satu lagi tanda aura negatif adalah kalau korang selalu dikelilingi oleh negativiti. Contohnya, korang selalu berjumpa dengan orang yang negatif, atau ada masalah yang berulang-ulang.

Kesimpulan: Korang ada aura buruk ke?

Ok, itu je 10 tanda aura negatif pada diri. 

Semoga info ni dapat membantu korang. Ingat, aura negatif ni bukan yang tak boleh diubah. 

Ada banyak cara untuk ‘bersihkan’ aura, jadi jangan risau kalau korang ada tanda-tanda ni. Yang penting, kenalpasti dan cepat bertindak ke arah yang lebih baik.

Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan korang ya! 

Artikel berkaitan

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.