Jantung berlubang – Ini yang perlu korang tahu

Jantung berlubang ni sebenarnya adalah satu penyakit kongenital, maknanya ia dah ada sejak lahir. 

Lubang tu terbentuk kat septum, bahagian yang memisahkan ruang jantung kita.

Kita ada dua jenis jantung berlubang:

  1. Atrial Septal Defect (ASD): Lubang kat septum interatrium (di antara atrium).
  2. Ventricular Septal Defect (VSD): Lubang kat septum interventrikel (di antara ventrikel).

Kenapa jantung berlubang ni berlaku?

Sebenarnya, doktor pun tak pasti kenapa jantung berlubang ni boleh terjadi. Tapi, mereka fikir mungkin faktor genetik atau gaya hidup ibu semasa mengandung mungkin ada kaitan.

Apa yang berlaku?

Kat kes VSD, lubang yang terbentuk kat dinding antara ventrikel kiri dan kanan menyebabkan darah dari ventrikel kiri mengalir ke kanan melalui lubang ni. 

Sebab tekanan darah kat ventrikel kiri lagi tinggi, jadi darah jantung kanan yang dipam ke paru-paru menjadi lebih banyak.

Macam mana nak tahu?

Jantung berlubang ni selalunya dapat dikenalpasti bila bayi baru lahir. Doktor akan check untuk tengok ada tak masalah pada jantung atau bahagian badan lain.

Simptom simptom

Simptom awal include:

  • Susah nak makan.
  • Lambat habiskan susu.
  • Berpeluh waktu menyusu.
  • Bernafas laju atau termengah-mengah.
  • Cepat penat waktu main.
  • Jantung berdegup laju atau tak sekata.
  • Bunyi deruan jantung (doktor boleh detect guna stetoskop).

Bila dah lebih 2 tahun, ada simptom lain:

  • Sesak nafas, especially lepas bersukan.
  • Kepenatan.
  • Bengkak kat kaki atau abdomen.
  • Jantung berdegup kencang.
  • Risiko strok.

Rawatan dan pengurusan

Rawatan untuk jantung berlubang mungkin termasuk pembedahan untuk tutup lubang kat septum tu. 

Doktor biasanya akan bagi masa untuk bayi membesar, tengok sama ada lubang tu boleh tertutup sendiri atau tak. 

Tapi, kalau lubang tu besar sangat, pembedahan mungkin akan dijadualkan.

Penutup

Walaupun jantung berlubang ni nampak menakutkan, tapi dengan pemeriksaan awal dan rawatan yang betul, individu yang terlibat boleh hidup sihat dan gembira. 

Jadi korang, jangan berhenti mencari info dan dapatkan sokongan dari doktor dan komuniti korang.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.