Tanda serangan jantung – Korang wajib ambil tahu

Korang mesti pernah dengar kan? 

Salah satu tanda yang paling popular dan jelas ialah rasa sakit atau tekanan di dada. Rasa macam ada batu yang hempap atas dada korang. 

Kalau korang rasa camtu, jangan ambil mudah, segera berjumpa dengan doktor. Biar doktor check keadaan diri korang. 

Tapi korang jangan cemas sangat, rasa sakit dada tak semestinya berpunca dari serangan jantung. Rujuk tanda yang lain juga. 

2. Kesukaran bernafas

Nafas yang pendek atau kesukaran bernafas tanpa sebab yang jelas boleh jadi tanda serangan jantung. 

Kadang-kadang, korang jadi tak sedar pun yang korang bernafas dengan laju atau rasa macam tak cukup oxigen tu disebabkan serangan jantung. 

Kalau alami secara tiba tiba, segera berjumpa doktor. 

3. Rasa sakit meluas ke bahagian lain

Selain dari dada, korang mungkin akan rasa sakit meluas ke bahagian lain seperti lengan, bahu, leher, rahang, perut atau bahkan belakang. 

Dagu korang mungkin akan rasa ketat, bahu korang tetiba jadi lenguh & sebagainya. 

Jadi, korang, jangan ingat bila korang sakit dada je tanda serangan jantung. Sakit kat tempat lain pun bole jadi tanda serangan jantung. 

4. Rasa pusing atau pengsan

Kadang-kadang, serangan jantung boleh menyebabkan korang rasa pusing atau mungkin pengsan. 

Ini adalah kerana jantung tak dapat pam darah ke otak dengan betul. 

So korang alami banyak tanda serangan jantung dengan rasa pusing ni, korang dah kena alert & jumpa doktor terus la. 

5. Peluh sejuk dan rasa letih

Kalau korang rasa letih yang melampau atau peluh sejuk tanpa sebab, mungkin ini adalah tanda-tanda awal serangan jantung. Jadi, stay alert, korang!

6. Rasa seperti Heartburn

Kadang-kadang, korang mungkin akan rasa seperti ada kesakitan atau terbakar di dada, macam heartburn. Tapi jangan silap, ya. Ini mungkin bukan sembelit atau masalah gastrik, tapi mungkin tanda serangan jantung.

7. Muntah tanpa sebab

Yup, korang dengar betul. Muntah atau rasa loya boleh jadi salah satu tanda. Jadi, jika korang rasa mual atau muntah tanpa sebab yang jelas, jangan abaikan. 

Itu mungkin tanda serangan jantung. Tapi jangan cepat gelabah pulak, kalau sekadar muntah sahaja tapi tak ada tanda tanda yang lain, mungkin bukan jantung. 

8. Rasa lemah seluruh badan

Kalau korang rasa badan korang lemah atau lenguh, macam lepas buat kerja berat, tapi sebenarnya korang tak buat apa-apa, ini mungkin tanda korang perlu berjumpa doktor segera. Sebab benda ni macam boleh jadi tanda serangan jantung. 

9. Denyutan jantung tak menentu

Perubahan mendadak dalam denyutan jantung atau irama jantung yang tak normal juga boleh jadi tanda serangan jantung. 

Korang kena jadi extra alert kalau rasa denyutan jantung korang pelik-pelik.

Pastikan korang ada alat untuk check denyutan jantung korang. Contohnya macam brand OMRON. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.