15 pekerjaan yang boleh buat kita jadi kaya – salah satunya menulis blog

Zaman sekarang ni ada banyak peluang pekerjaan. Ada banyak cara untuk kita buat duit. Terlalu banyak peluang yang ada depan mata kita. Kerana zaman sekarang adalah zaman IT. 

Kita boleh search di google apa sahaja bisnes, apa sahaja ilmu yang kita nak belajar. Semuanya boleh didapatkan secara online. 

Sebenarnya memang semua benda bermula dari kesusahan. Tak ada yang mula mula dah senang. Tak ada yang lahir lahir terus kaya. Sebab itulah Islam suruh kita berusaha. Dalam artikel ni kita dah senaraikan pekerjaan yang boleh buat kita jadi kaya. 

Kita kenal dengan nama tiktoker atau instafamous. 

Kerja ni nampak macam susah, tapi sebenarnya senang je. Kita bermula dengan selalu post content content yang menarik minat orang lain. Bila orang suka dengan content kita, orang akan follow. 

So apa yang kita kena buat, adalah mencari content content yang berguna dan menarik untuk ramai. Hari hari kita update content baru. Baru la ramai orang akan follow kita. 

Bila dah ada banyak followers, masa ini lah kita tawarkan servis, buat affiliate program & review produk orang lain. Semua ni boleh mendatangkan duit kepada kita. 

Antara platform yang kita boleh fokus untuk jadi influencer:

  • INSTAGRAM
  • TIKTOK 
  • YOUTUBE
  • FACEBOOK

Rekemen untuk kita bermula dengan TikTok, sebab platform ni antara yang mudah untuk orang follow kita. Tapi dengan syarat content kita mesti berguna untuk orang lain. 

Nak jadi influencer kena banyak bersabar. Kena ada personality yang menarik & kena pandai bercakap. Benda ni semua kita boleh belajar dengan hanya menonton Youtube. 

#2 Developer

Jadi web developer boleh buat kita jadi kaya. Kalau pandai dalam bidang ni & pandai marketkan diri.

Zaman sekarang semuanya menggunakan IT. Kat mana mana sentiasa ada demand untuk bidang ni. Lagi lagi kalau dalam bidang ni kita buat bisnes. Confirm laku keras.  

Kita boleh develope apps untuk android & ios, kita boleh buat application yang berguna untuk semua orang. Kita boleh buat website macam Imuslim.co ni. 

Kalau kita tak pandai tak apa, kita boleh belajar dari macam macam platform. Ada banyak platform yang tawarkan course secara online.

Kita boleh luangkan masa untuk belajar. Jangan bagi alasan tak ada duit, sebab bidang IT ni kita boleh belajar dari Youtube, Google & Udemy. Semua ni percuma kalau kita cari betul betul. 

#3 Bisnes

Bisnes antara peluang kerja yang boleh buat kita jadi kaya. Bisnes bukan sebarang bisnes, kena tengok demand & produk apa yang kita nak jual. 

Produk yang biasa ada permintaan di pasaran:

  • KOSMETIK
  • SOFTWARE
  • GADJET
  • MAKANAN

Kalau kita pandai macam mana nak manage produk & buat marketing, MUDAH JE DUIT NAK MASUK.

Kalau jual makanan, biasanya orang akan repeat balik. So makanan pun salah satu produk yang boleh buat bisnes jadi untung berkali kali. Setakat iphone tu, kita beli buat sendal pintu je kat rumah. 

#4 Lawyer

Kalau pandai bercakap memang mudah buat duit. Kita bercakap bagi pihak orang lain.

Jadi lawyer kita boleh demand harga. Itu pun kalau kita pandai demand la. Kalau tak pandai memang tak kaya lawyer ni. Tapi peluang untuk jadi kaya dalam bidang lawyer ni tinggi. 

#5 Doktor bedah

Sekarang demand tinggi untuk dapatkan doktor yang terbaik.

Doktor terbaik tu biasanya doktor pakar la. Bukan semua orang boleh jadi doktor pakar. Sangat susah. 

Sebab tu harga untuk dapatkan doktor pakar, mahal sangat. Bukan semua layak digelar pakar. Sebab tu gaji doktor pakar, tinggi sangat. 

pekerjaan doktor

#5 Youtuber

Yang ni semua tahu, gaji youtuber cukup tinggi. Cukup tinggi sampai mampu nak beli bangunan. 

Cuma nak jadi youtuber ni bukan benda mudah, kena cari content yang orang minat nak tengok. 

Lagi ramai orang tengok video kita, lagi tinggi pendapatan yang kita boleh dapat. 

#7 Blogging

Buat blog antara kerja yang boleh menjana pendapatan tinggi setiap bulan. Cuma nak buat blogging ni 3x ganda lebih susah dari youtuber. 

Perlu ada kesabaran untuk buat blog. 

Ramai yang bersabar & bersabar akhirnya giveup macam tu je. Ramai yang tak tahu gaji blogging boleh mencapai 50k – 100k setiap bulan. 

Macam blog iMuslim jugak, menulis sambil menjana income. Sama je macam youtuber. Lagi tinggi view, lagi tinggi income. 

#8 Pengarah filem

Pengarah filem boleh jadi kaya kalau dia tahu nak buat filem yang bagus. Filem yang ramai orang suka. 

Nak buat filem ni sama je macam nak buat youtube, bila filem yang dibuat tu menarik, memang akan meletup ke seluruh dunia. 

Berminat boleh study untuk buat filem. 

pekerjaan pengarah filem

#9. Ejen hartanah

Boleh markup harga tinggi.

Based pada client yang kita dapat. Kalau kita pandai demand, kerja ni boleh buat kita kaya. 

Sekali jual tanah je dah boleh cecah 50k – 100k kut. 

Cuma dalam bidang ni kita kena pandai bercakap la. Pandai yakinkan pembeli untuk membeli. Kalau tak susah sikit la. 

#10 Pilot

Nak jadi pilot ni bukan semudah ABC. Perlu banyak training & yakinkan pada orang lain yang kita boleh bawa kapal terbang. 

Sekali kita dapat, kita akan dapat RM30K – RM70k setiap bulan. 

Pilot pun antara kerja yang mahal gaji dia. 

#11 Pengawai pemasaran

Antara kerja yang income dia boleh jadikan kita kaya raya.

Dapat semua kemudahan, dapat income besar. Memang seronok siapa yang kerja sebagai pengawai pemasaran. 

Duduk pun dalam office ada aircond. Kerja pun tak berat. 

#12 Jadi menteri

Kerja ni gaji memang tinggi. Sekitar 50k – 100k setiap bulan. Tak masuk lagi kemudahan yang lain, macam elaun. 

Nak jadi menteri tak mudah, tapi berbaloi kalau kita cuba. Mula campurkan diri dalam politik. 

Usaha sebaik mungkin, kita boleh jadi kaya dengan jalan ni. 

Tapi bersiap sedia la dengan kehidupan kita yang penuh mencabar nanti. Kentalkan hati untuk menjadi menteri. Ramai orang akan kecam. Lagi lagi rakyat jelata. 

#13 Bursa Saham

Bursa saham ialah tempat untuk didagangkan. Terdapat beberapa cara untuk mendapat keuntungan daripada perdagangan saham:

Membeli saham dan menunggu harga naik – Ini dikenali sebagai “strategi beli dan tahan”. Dalam strategi ini, pelabur membeli saham dengan harapan ia akan meningkat harganya pada masa hadapan. 

Apabila harga saham meningkat, pelabur boleh menjual saham dan mendapat manfaat daripada perbezaan antara harga jualan dan harga belian.

Membeli saham rendah dan menjualnya tinggi – Ini dikenali sebagai “strategi beli rendah, jual tinggi”. Dalam strategi ini, pelabur mencari saham berharga rendah dan membeli saham tersebut. 

Apabila harga saham meningkat, pelabur boleh menjual saham dan mendapat keuntungan.

Perdagangan saham – Ini melibatkan pembelian dan penjualan saham dalam tempoh yang singkat. 

Peniaga biasanya mencari peluang untuk membeli saham pada harga rendah dan menjualnya apabila harga naik, atau menjual saham pada harga tinggi dan membelinya semula apabila harga rendah.

#14 Artis/Selebriti

Artis boleh dapat hasil yang tinggi dalam beberapa cara, antaranya:

Nyanyian & Lakonan – Artis yang berjaya dalam bidang muzik atau lakonan biasanya boleh mendapatkan income melalui konsert, jualan album atau persembahan. Pelakon seni biasanya akan dapat pendapatan melalui gaji atau royalti daripada filem atau drama yang dibintanginya.

Pengendorsan – Artis popular sering dijemput untuk menjadi duta jenama atau duta untuk produk atau perkhidmatan, seperti produk kecantikan, makanan dan minuman atau fesyen. Ini boleh memberikan pendapatan tambahan yang besar kepada artis.

Barangan – Sesetengah artis juga menghasilkan barangan seperti pakaian, aksesori atau koleksi lain yang dijual di bawah jenama atau logo mereka sendiri. Ini boleh memberikan pendapatan tambahan yang ketara.

Pelaburan – Artis yang berpendapatan tinggi juga sering melabur dalam pelbagai bidang seperti hartanah, saham atau perniagaan lain untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan menambah nilai kekayaan mereka.

Anugerah – Artis yang memenangi anugerah dalam bidang muzik atau lakonan biasanya mendapat pendapatan tambahan daripada hadiah atau bonus yang diberikan oleh pihak penganjur.

#15 Ahli Kimia

Ahli kimia boleh memperoleh pendapatan yang tinggi dalam beberapa cara, bergantung pada bidang kerja dan pengalaman mereka. Berikut adalah beberapa contoh:

Industri Minyak dan Gas – Ahli kimia yang bekerja dalam industri minyak dan gas boleh memperoleh pendapatan yang tinggi dengan membangunkan teknologi penggerudian baharu atau menambah baik teknologi sedia ada untuk mengekstrak minyak dan gas dengan lebih cekap.

Industri Farmaseutikal – Ahli kimia yang bekerja dalam industri farmaseutikal boleh memperoleh pendapatan yang tinggi dalam membangunkan ubat baharu atau menambah baik formulasi ubat sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan atau mengurangkan kesan sampingan.

Penyelidikan – Ahli kimia yang bekerja di makmal penyelidikan boleh memperoleh pendapatan yang tinggi dengan menjalankan penyelidikan dan mencari keputusan inovatif dalam kimia dan sains.

Pengajaran – Ahli kimia yang mengajar di universiti atau institut penyelidikan boleh memperoleh pendapatan yang baik untuk mengajar dan menjalankan penyelidikan dalam bidang kimia.

Perunding – Ahli kimia yang bekerja sebagai perunding untuk syarikat atau kerajaan boleh memperoleh pendapatan yang baik dengan memberikan nasihat dalam bidang kimia, termasuk pembangunan produk, dasar alam sekitar dan pembangunan strategi perniagaan.

Kesimpulan

Banyak lagi pekerjaan yang boleh buat kita kaya. Artikel ni kita akan update dari masa kesemasa. 

Apa pun pekerjaan kita, ingat la, yang menentukan rezeki kita tu hanya Allah. Dia lah yang memberikan rezeki, bukan sijil atau pekerjaan yang bagus. 

Sijil tinggi, kerja bagus, tapi kalau tak ada rezeki, sempit juga rezeki kita. Simple. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.