Tanda suami curang – Korang mungkin tak perasan

Kalau suami dah start tukar password phone & tanda korang tengok phone dia, ini sebahagian dari tanda kecurangan. 

Kalau dulu, dia tak kisah korang pegang phone dia, tapi sekarang jadi over protective, ada kemungkinan ada benda yang dia nak sembunyikan. 

Tapi jangan terus tuduh dia curang, okay? Benda ni boleh jadi sebab lain. Tanya dia dulu. 

Tanda suami curang yang mungkin korang tak tahu

Balik kerja lambat selalu

Kalau dulu dia selalu balik on time, tapi sekarang asyik balik lewat je, ini pun boleh jadi tanda curang. 

Tapi, jangan jump to conclusions. Mungkin dia memang busy dengan kerja. Tapi kalau korang rasa ada yang tak kena, baik korang bincang elok-elok dengan dia.

Kurang mesra dan romantik

Kalau suami korang jadi kurang mesra atau romantik macam dulu, ini pun boleh menjadi tanda yang suami ada orang ketiga. 

Kalau dulu dia selalu peluk dan cium korang, tapi sekarang macam dah tak endah, mungkin ada masalah. Bincang dengan dia, tanya apa masalah sebenarnya.

Selalu ada alasan

Ini satu lagi tanda yang korang kena alert. 

Kalau dia selalu ada alasan untuk tak balik rumah, atau tak nak spend time dengan korang, mungkin dia ada ‘projek sampingan’. Tapi, seperti biasa, jangan terus tuduh. Tanya dan bincang.

Social media activity yang pelik

Korang kena perhatikan juga aktiviti dia di social media.

Kalau dia start unfollow korang atau private account dia, atau mungkin asyik like gambar perempuan lain, ada kemungkinan dia tengah main kayu tiga.

Korang kena siasat, jangan prasangka semata mata. Bahaya. 

Tiba tiba jadi overly groomed

Korang perasan tak, kalau suami korang tiba-tiba jadi lebih peduli pasal penampilan? 

Contohnya, dia mula pakai perfume yang mahal, atau tiba-tiba nak jaga rambut dan janggut dengan lebih rapi. 

Kalau dia tak pernah macam tu sebelum ni, mungkin ada yang dia nak impress selain korang.

Tak cerita pasal hari dia

Kalau dulu dia selalu share pasal hari dia kat ofis atau dengan kawan-kawan, tapi sekarang dia jadi lebih pendiam, ada kemungkinan dia ada benda yang dia tak nak korang tahu. 

Mungkin dia takut kalau cerita, nanti terlepas cakap atau korang akan suspect sesuatu.

Tanda suami curang yang mungkin korang tak tahu

Selalu dengan "Kawan Baru"

Korang kenal semua kawan suami korang, kan? Tapi kalau dia mula spend time dengan “kawan baru” yang korang tak pernah dengar nama sebelum ni, better korang jadi lebih alert. 

Siapa tahu, “kawan baru” tu sebenarnya bukan kawan, tapi lebih dari tu.

Emotional distance

Ini mungkin tanda yang paling obvious. 

Kalau dia jadi emotionally distant, tak share masalah atau apa yang dia rasa, mungkin dia dah share dengan orang lain. 

Emotional affair juga adalah satu bentuk curang, walaupun tak ada physical contact.

Selalu marah marah

Kalau suami korang tiba-tiba jadi cepat marah, atau selalu cari pasal dengan korang, mungkin dia cuba cari alasan untuk justify apa yang dia buat. 

Dalam kes ni, dia mungkin rasa bersalah dan cuba alihkan perhatian.

Financial changes

Perasan tak kalau tiba-tiba dia jadi lebih secretive pasal finances? Atau mungkin korang perasan ada perubahan dalam spending habits dia? Kalau ya, mungkin dia ada belanja yang dia tak nak korang tahu.

Kurang bersama pasangan

Maksudnya, dah tiada lagi hubungan bersama. 

Kalau dulu, korang selalu buat aktiviti bersama-sama, tapi sekarang dia lebih suka buat benda sendiri atau dengan “kawan-kawan” dia, itu adalah tanda yang korang kena ambil perhatian.

Dah tak peduli perasaan korang

Kalau jadi macam ni, maknanya dah level serius dah. 

Kalau dia dah tak ambil kira perasaan korang, contohnya buat keputusan besar tanpa consult korang, atau tak peduli kalau korang sedih atau marah, ini adalah red flag yang besar. Korang kena cepat bertindak. 

Dah tak tidur sama

Kalau suami korang tiba-tiba prefer tidur di sofa atau bilik lain, bukan sebab korang berdengkur kuat ke apa, tapi sebab dia “rasa lebih selesa”, korang kena tanya diri sendiri apa yang sebenarnya berlaku. 

Ini mungkin tandanya suami dah tak selesa nak tidur dengan korang. Korang kena cari tahu la sebab apa & mengapa. 

Tanda suami curang yang mungkin korang tak tahu

Selalu ada "Urgent Work"

Kalau dia asyik ada “urgent work” yang memerlukan dia keluar malam atau hujung minggu, dan tak boleh bawa korang sekali, ini adalah tanda yang mungkin dia ada urusan lain yang dia tak nak korang tahu.

Tak ada eye contact

Ini mungkin nampak macam kecil, tapi ia adalah tanda penting. 

Kalau dia elak eye contact dengan korang, especially bila korang tanya soalan yang direct atau sensitif, mungkin dia ada benda yang dia sembunyikan.

Tidak lagi berplanning untuk masa depan

Kalau dulu dia selalu excited bila bincang pasal masa depan, tapi sekarang dia elak atau tak tunjuk minat, ini adalah tanda yang dia mungkin dah tak nampak korang dalam planning dia.

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.