11 punca isteri lari dari suami – salah satunya sebab sihir!

Isteri lari dari suami mesti ada sebab yang kuat. Takkan suka suka dia nak lari betul tak? Salah satunya mungkin salah isteri tapi mungkin juga salah kita kan.

Walaupun isteri yang lari tinggalkan suami, bukan bermaksud semua salah dia. 

Kadang kadang ada juga salah kita. Tapi sebab kita ego, isteri lari la. Nak bincang pun dah tak boleh. Apa pun yang kita buat, muhasabah diri dulu. Jangan mudah jatuhkan hukum membabi buta. 

Links

Ramai lari sebab takut dengan suami. Biasanya takut sebab suami panas baran, kaki pukul & selalu maki hamun. Siapa yang tahan? Tak ada siapa.

Sebab tu bila ada peluang, isteri akan larikan diri. 

Tak boleh nak bincang, kalau bincang pun takkan jalan. Suami takkan dengar kata kata & luahan seorang isteri. So jalan terbaik untuk masalah ni, larikan diri. Lebih baik isteri tu lari, dari jadi kes bunuh diri, bunuh suami, itu lebih membimbangkan. 

Ramai je isteri mati bunuh diri sebab tak tahan dengan tekanan dari suami yang panas baran. 

Belajar fahami isteri sendiri, tanyakan perasaan dia pada kita. Kita nak dia selesa dengan kita, bukan takut. 

Kalau kita memang panas baran, rawat jiwa kita dengan segera. Jangan biarkan orang yang kita sayang menderita. 

isteri lari

2. Suami tak ada common sense

Ramai isteri makan hati dengan suami. Sebab suami seolah tak ada perasaan & tak ambil berat langsung pasal isteri. 

Hari hari cuma main game, buat kerja sendiri. 

Bila benda macam ni jadi, isteri makan hati. Mungkin dia pernah luahkan tapi kita yang tak pernah dengar. Mungkin juga dia simpan je dalam hati, itu yang tiba tiba minta cerai. 

Kita pulak tuduh isteri kena sihir. Padahal isteri nak cerai sebab sikap kita sendiri yang tak ada common sense. 

Bila dah bercerai, baru la kita sibuk sibuk nak cari punca. Biasanya kalau macam ni dah terlambat. Biasa sangat jadi kes macam ni. 

Ramai suami yang tak peka dengan perasaan isteri. Normal isteri larikan diri. Jangan asyik tegakkan benang yang basah. 

Tak guna. Berubah la menjadi suami yang ada common sense. Simple. 

3. Tak larat menangung suami

Jangan biar isteri tanggung kita. Bukan tanggungjawab isteri untuk tanggung makan minum kita melainkan terpaksa sahaja. 

Kita jangan la hidup selesa dalam keadaan isteri tu tanggung kita, kena la usaha dari bagi banyak alasan je memanjang. 

Kalau isteri tu kaya tak apa, tapi kalau isteri pun macam cukup cukup makan, bersiap lah untuk bercerai dengan isteri. 

Lama lama isteri takkan tahan nak bela kita, lagi lagi bila isteri tengok kita tak buat apa apa. Sibuk habiskan masa dengan benda benda yang tah pape. Allah. Puncanya isteri dah tak larat nak menanggung biawak hidup. So kita nak jadi biawak hidup?

Artikel berkaitan

4. Sebab campur tangan keluarga

Keluarga kalau campur tangan, habis. Tak ada yang betul. Lagi tak betul ada lah kalau keluarga yang campur tangan. 

Hari hari suami isteri kena control dengan mak ayah.

Soalan dia sampai bila nak hidup macam ni? Isteri pun manusia, tak ada isteri yang tahan hidup macam ni selamanya. Lain la kita kahwin dengan malaikat. 

Kita pulak asyik nak menangkan keluarga sendiri, tak pernah dengar luahan hati isteri. Kita cuma tahu, bagi arahan & isteri kena dengar. Isteri tu manusia ke binatang? 

Bila isteri stress, rasa tak selamat, rasa tak ada privacy, isteri pun lari la. 

Macam macam alasan dia akan bagi untuk tinggalkan diri kita. Hidup la kita dengan keluarga. Biar keluarga yang pimpin kita. Tapi jangan sampai menyusahkan hidup orang lain. Simple. 

5. Hasutan dari keluarga

Keluarga mertua sendiri yang menghasut untuk bercerai. Mungkin keluarga mertua tak suka pada kita atas sebab sebab tertentu. 

Isteri kita pulak jenis menurut & mengikut saja. Sebab tu la dia larikan diri. Kadang kadang bukan dari hati dia sendiri, tapi sebab terpaksa atas arahan dari keluarga. 

Keluarga bagi tekanan pada isteri untuk tinggalkan diri kita. Mungkin sebab kita ni tak berduit, tak ada kerja bagus. 

6. Salah faham dengan pengamal perubatan Islam

Disebabkan percaya dengan pengamal perubatan, isteri tinggalkan suami kerana percaya suami bermain sihir. Percaya sepenuhnya pada pengamal perubatan, sebabkan rumahtangga hancur sekelip mata. 

Banyak yang cerai kerana berpunca dari fitnah. Disebabkan perawat salah scan & salah info, si isteri lari dari suami dalam keadaan tak tahu apa apa. Perawat yang mengikut syariat, takkan biarkan semua ni terjadi. 

7. Tak tahan hidup miskin

Disebabkan suami tak bekerja, hari semakin hari, keadaan hidup semakin sempit. Hutang bertambah & makan mula tak cukup. Sebabkan isteri jadi stress dengan semua keadaan ni. 

Bila tengok suami sendiri tak usaha untuk mengubah, jangan terkejut lah kenapa isteri lari dari suami dia sendiri. Bukan sebab miskin semata mata, tapi sebab kemalasan kita sendiri. 

8. Suami tak pernah pertahankan isteri

Apa je yang jadi pada isteri, suami hanya diamkan diri. Tak pernah bela nasib isteri dihadapan keluarga & orang lain. 

Kes macam ni memang banyak jadi. Kesannya si isteri makan hati & rasa diri tak dihargai sebagai seorang isteri. Nak bercakap, suami tak pernah faham. 

Akhirnya si isteri ambil keputusan untuk tinggalkan suami. Masa ni suami yang terpinga pinga, kenapa isteri boleh lari. 

9. Suami tak beri nafkah batin

Nafkah batin ni bukan sekadar hubungan “bersama” tapi termasuk juga memberi kasih sayang, tempat mengadu, tempat bermanja, dan sebagainya. Semua ni termasuk dalam kategori nafkah batin. 

Bila suami asyik sibuk je memanjang, sampai lupa tanggungjawab pada isteri. Isteri akan jadi tawar hati, last sekali ambik keputusan untuk tinggalkan si suami. 

10. Sebab terkena sihir pengasih

Ini salah satu sebab kenapa isteri lari, tapi tak ramai yang sedar sebab ni. 

Benda tak nampak, tak ada siapa yang tahu melainkan kita berjumpa dengan pengamal perubatan Islam. 

Orang lain boleh sihirkan isteri kita untuk benci & lari dari diri kita. Benda macam ni biasa jadi juga. 

Isteri akan nampak curang, tapi hakikatnya dia tak curang, sebab dia disihir. Dia tak sedar apa yang dia tengah buat. 

Biasanya sihir ni jadi sebab ada orang suka dengan isteri dalam diam. Untuk kes macam ni biasanya kita kena rujuk dengan tanda tanda sihir untuk lebih kepastian. 

Sebab isteri lari dari suami

"Ramai perempuan yang terkena sihir pengasih, dan sebabkan hidup diorang ni hancur. Kalau la kita peka dengan keadaan ni, kita boleh selamatkan diorang"

11. Sebab curang

Sebab curang, dah ada orang lain yang lebih baik dari diri kita. Tapi letakkan curang ni benda yang paling last kita boleh fikir. 

Sebab ada banyak faktor yang kita kena fikir sebelum tuduh dia curang. 

Isteri tinggalkan suami tak semestinya sebab curang semata mata. Ada banyak sebab. Siasat dulu kenapa isteri curang. 

Jangan mudah jatuhkan hukum pada isteri. Kita yang mungkin ada kekurangan. Bila kita dah nampak puncanya, minta maaf la pada isteri. 

"Curang ni biasa jadi bila suami isteri kurang masa bersama & banyak habiskan masa ditempat kerja. Kalau ada kes macam ni, risiko dia tinggi, so elok luangkan masa bersama"

Kesimpulan

Bukan semua masalah berpunca dari isteri tu taw. Kadang berpunca dari diri kita sendiri, tapi kita buat tak tahu & biarkan. 

Mungkin juga berpunca dari orang luar, tapi kita kena sentiasa muhasabah diri. Sentiasa renung diri kita sendiri sebelum menyalahkan isteri.

Jangan sesekali buat keputusan dalam keadaan kita tengah marah. Masa tu fikiran kita tak stabil & hilang kewarasan akal.

Jangan terus kita jatuhkan hukum secara membabi buta. Rilek & tenang dulu. Baru kita buat keputusan dengan tenang. InsyaAllah. Cari tahu & baca semua punca isteri lari dari suami, baru kita buat perancangan selanjutnya. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.