13 punca kenapa suami curang tapi kita anggap remeh!

Suami curang mesti ada sebab. 

Tak ada yang curang tanpa sebab yang jelas. Mesti ada sebab yang mungkin kita terlepas pandang. 

Korang mesti cari apa punca suami curang. Jangan tahu nak jatuhkan hukum je. Cari punca kenapa suami curang. Bila dah tahu punca, korang boleh betulkan. Bila ada peluang, korang boleh baiki hubungan dengan suami. 

Perlahan lahan, jangan kelam kabut. 

Tapi kalau korang jenis ego, jenis nak menang je sebab suami curang, ucapkan goodbye pada rumahtangga kita. 

Suami curang bukan pengakhiran dalam hidup kita. Kalau korang fikir akhir, maka jadi la dia akhir. Korang boleh belajar cara nak elakkan suami curang, dengan cari tahu apa punca suami curang. Simple. 

Punca suami curang
Content

1. Tak pandai jaga penampilan

Antara sebab suami curang, kita tak jaga penampilan. Pakai seburuk buruknya depan suami. 

Nampak macam remeh, tapi sebenarnya penampilan ni benda yang penting dalam rumahtangga. Korang bercinta dengan manusia, korang bukan bercinta dengan monyet. So korang kena ikutlah budaya manusia. 

Manusia suka kepada kecantikan, melihat korang dari dari luaran, bukan dalaman. Yang menilai dalaman ni hanya Allah. 

Jadi penting untuk korang jaga penampilan didepan suami. Lagi pun benda ni sunnah. Nabi pun suruh kita cantik depan suami. Mesti ada sebab kenapa Nabi suruh cantik depan suami kan. Banyak hikmahnya tu. 

Suami tu lelaki yang ada fitrahnya tersendiri. Suka kepada kecantikan. Sesiapa pun suka. Bahkan Allah pun suka pada kecantikan, ini kan pulak kita ni. 

Jangan guna alasan, kalau dah sayang, pasangan akan terima kita seadannya. 

Ni semua alasan bagi orang yang malas nak menjaga penampilan dalam hubungan rumahtangga. Dalam hal rumahtangga, luaran ni penting. Displinkan diri untuk sentiasa nampak kemas & cantik didepan suami. Very simple. 

punca suami curang

"Selalu cantik depan suami, akan buatkan suami selalu bersama dengan isteri. So jaga la kecantikan kita. Jangan dah nak cerai nanti, baru sibuk sibuk nak jaga penampilan.

2. Selalu tolak untuk bersama - punca suami cari lain

Selalu tolak untuk bersama tanpa sebab yang jelas, boleh jejaskan hubungan rumahtangga tanpa kita sedar. 

Bila suami nak bersama, korang wajib melayani suami. 

Jika tak mampu, cakap lah elok elok dengan suami. InsyaAllah suami akan faham. Tapi kalau jenis pentingkan diri sendiri, setiap kali suami nak, korang akan tolak, akan buatkan suami bosan & mula mencari orang lain.

Tanggungjawab tu penting untuk elakkan suami kita berzina dengan orang lain. Hubungan bersama ni boleh menyelamatkan hubungan rumahtangga.

So pentingkan hubungan bersama. Jangan pandang remeh bab ni. Jangan selalu bagi alasan yang tak munasabah. 

Jika ada masalah, bincangkan bersama supaya masalah ni cepat selesai. So benda macam ni tak boleh bawa main. Tak boleh suka suka nak tolak sebab penat & lain lain alasan. 

Ini tanggungjawab yang perlu ditunaikan. 

3. Terlalu banyak menyoal - punca suami menjauh

Terlalu banyak soal akan buatkan suami rimas & rasa terganggu. Ramai dari kita, yang suka soal suami macam macam. 

Biasa yang suka soal menyoal ni sebab korang tak percayakan suami. Sama ada pernah ada sejarah, atau fikiran korang yang memang selalu negatif & tak betul. 

Ini semua mainan syaitan je. 

Tujuan syaitan ni satu je, nak pisahkan suami isteri. Lagi lagi yang beriman & beramal soleh. Tak kira apa pun alasan, soal terlalu banyak akan buatkan suami jadi rimas & rasa nak cari ketenangan dalam hidup. 

Suami akan jauhkan diri, masa tu dia akan jumpa kawan kawan perempuan yang lebih memahami diri dia. Bahkan lebih memahami isi hati suami. 

Nak ke sampai jadi macam tu?

Elakkan dengan banyak bertanya, apa sahaja yang ada dalam otak, itu semua bisikan dari syaitan. Serahkan semua urusan kita pada Allah. InsyaAllah korang akan tenang. 

Artikel berkaitan

4. Terlalu anxiety - punca suami rimas

Anxiety maksudnya terlalu bimbang & selalu fikir bukan bukan pada suami. 

Sama macam menyoal tadi, anxiety lagi teruk dari menyoal. Orang yang anxiety akan fikir macam macam benda yang buruk pada pasangan dia. 

Benda yang tak ada, tapi di ada ada kan. 

Anxiety ni satu penyakit yang wajib dirawat sebelum keadaan jadi lebih teruk. Kalau memang kita ni ada ciri ciri anxiety pada diri, segera dapatkan rawatan dengan doktor & pengamal perubatan ruqyah. 

Buat checkup disini untuk masalah anxiety. 

Kadang kita ni ada anxiety. tapi kita tak pernah tahu pun yang diri kita ni ada anxiety. Jangan disebabkan anxiety, rumahtangga korang jadi pecah belah. 

"Anxiety boleh dikawal & dirawat. Jangan pandang remeh dengan penyakit anxiety"

4. Isteri terlalu ego

Jangan terlalu ego dengan suami.

Ego antara punca kenapa suami curang dengan isteri. Bila semua benda nak menang, suami tak ada ruang nak bercakap & jelaskan keadaan sebenar. 

Benda ni akan buatkan suami rasa keseorangan sebab tak ada siapa yang faham dirinya. Last sekali suami korang akan cari kawan kawan kat luar. Kat situ la dia jumpa dengan orang yang lebih faham diri dia. 

Lama lama, suami lagi suka duduk kat luarla kan. 

Kalau betul korang sayangkan suami, jangan ego. Jadi diri sebenar didepan suami. Cuba sedaya upaya untuk faham suami. Jangan bagi alasan. 

InsyaAllah nanti pun dia akan ikut macam kita. Dia akan faham kita balik. 

Suami tu seorang manusia. Bukan tuhan untuk faham semua benda. Jadi kalau kita sayang, mohon tunjukkan kasih sayang tu, supaya suami tahu yang kita sayangkan dirinya. 

Malas nak tunjuk? Banyak kerja? Urus anak? Ni semua bukan alasan. Tapi kalau rasa diri betul juga, silakan. Jangan pertikaikan kenapa suami curang. So simple. 

5. Isteri tak bersyukur

Syukur ni letak dihati, bukan dimulut. Semua orang boleh cakap “saya bersyukur”.

Tapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya. 

Selalu mengungkit, selalu nak lebih, tak pernah hargai pemberian suami akan buat suami bosan dengan sikap kita. Muhasabah diri kita balik sebelum kita menunding jari pada suami. 

Kalau kita biarkan berlarutan, akan buat suami mula mencari orang lain, orang yang lebih menghargai dirinya dari diri kita. 

Jangan hanya tahu nak menyalahkan, tengok lah diri kita sama. Kita bukan lah manusia yang sempurna. Kalau dah hari hari macam ni, suami mana tak curang?

"Semakin kita bersyukur, semakin Allah tambahkan nikmat. Dah bersyukur ke? Serius ar? Allah tak pernah salah."

6. Suka bandingkan suami dengan orang lain

Ni yang ramai suami terasa dengan isteri, tapi semua lebih prefer untuk diamkan diri.

Isteri suka sangat membanding bandingkan suami dengan orang lain. Yang kita nampak, suami orang lain perfect tapi suami sendiri hancur. 

Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni, diri kita sendiri pun sebenarnya tak perfect. 

Orang yang kita banding bandingkan dengan suami pun, kalau kita kahwin dengan dia, kita akan nampak juga kekurangan dia. So jangan la kita buat suami kita terasa hati. 

Kalau kita ada buat macam ni, elok la minta maaf. Sebelum suami curang pada diri kita. Suami curang ni bukan apa, dia nak kan perhatian & nak ada orang hargai diri dia. Sebab tu la dia curang. 

Kita je yang buat salah, lepas tu tak mengaku. Siap kita salahkan suami lagi. Ni la namanya isteri tak sedar diri. So elakkan semua ni. 

punca suami curang

7. Tak memahami perasaan suami

Korang nak suami faham dengan diri korang je, tapi ada tak korang cuba faham perasaan suami? Kalau tak ada, patut la suami curang pun. 

Korang sendiri tak pernah ambil tahu pasal perasaan suami. Apa ingat dia gagah kat luar, dalaman dia gagah juga ke? Tak. Zahir & batin manusia tu tak sama. 

Korang kena persoalkan diri sendiri dulu sebelum korang nak persoal suami. 

Korang kena belajar memahami orang lain dulu, kalau korang nak orang lain fahamkan diri korang. Kalau korang sendiri pun tak reti nak faham suami, jangan harap suami akan faham diri korang. 

Tepuk dada, tanya diri sendiri. Simple. 

8. Suka pandang rendah pada suami

Kalau suami rasa diri nya macam sampah dihadapan korang, jangan pelik kalau suami akan melekat dengan orang lain. Sebab ada orang lain yang lebih menghargai suami dari diri korang sendiri. 

So jangan tanya kenapa suami tinggalkan korang. Bukan salah suami sebenarnya. Salah korang la macam ni. 

Normallah kalau dia tinggalkan korang kan, walaupun dia lelaki, dia tetap ada perasaan, dia perlukan kasih sayang, bukan korang je yang perlukan kasih sayang. 

Kalau korang memang selalu pandang rendah pada suami korang sendiri, minta maaf lah pada suami. 

Masih belum terlambat lagi. Suami mungkin nampak oke, tapi hati dia hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. 

Dan ingat! Jangan sesekali pandang rendah pada suami, kerana dia bukan manusia yang sempurna. Begitu juga dengan diri kita sendiri. So sedarlah dengan cepat. 

9. Buat suami macam hamba

Mentang mentanglah isteri tu kaya, suami pulak miskin, dibuatnya suami tu macam hamba. Dimarah, ditengking & disuruh buat macam macam lagi.

Bahkan sampai diluar kemampuan suami pun masih disuruhnya.

Ayat kat atas ni nampak macam kejam kalau kita baca, tapi percaya la ayat diatas ni lah gambaran yang ramai isteri buat pada suami, tapi tak perasan. 

Bila korang baca ni, korang mungkin akan menyalahkan suami lagi. Tak nampak kesalahan diri pulak tu. Jangan dihairankan, kalau suami jumpa orang lain yang boleh menghargai dirinya. Dia bukan nak curang, cuma hati dia saja dah berubah arah. 

Si isteri pulak kalau ditegur akan mengungkit semua benda dari sebelum kita lahir lagi. Bahaya tu. 

"Nak orang lain respect kita, kita mesti respect orang lain dulu"

"Apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat balik"

10. Isteri terlalu malas

Malas pun boleh buatkan suami lari.

Malas nak masak, malas nak kemas rumah, malas nak bantu suami. Malas nak berkorban apa pun untuk suami. 

Suami boleh makan hati dengan sikap malas korang. 

Semua benda korang tolak pada suami. Lama lama suami pun cari la orang lain, khusus yang boleh bantu dalam kehidupan suami. 

So kalau korang malas tu, sedar sedar la sikit kenapa suami cari orang lain. Jangan asyik bagi alasan, tak guna semua tu. Kalau korang malas, bukan suami korang je curang, mana mana lelaki pun takkan ada yang nak dengan diri korang.

So jangan malas. 

11. Isteri terlalu bodoh

Isteri terlalu sangat bodoh, sampai semua benda tak boleh buat.

Terlalu bergantung dengan suami. Sangat sangat tak boleh berdikari untuk diri sendiri. 

Sapa je nak jadi suami pada isteri yang macam ni, terlalu anak manja. Sikit sikit mengadu dengan mak walaupun dah besar. 

Badan dah besar, tapi otak macam otak udang. Mana mana suami pun akan makan hati kalau macam ni.

Suami harapkan kita untuk bantu uruskan rutin harian, tapi kita sendiri semua benda tak boleh buat. Sikit sikit cakap tak tahu. Sikit sikit cakap tak boleh buat. Allah. Kenapa kita bodoh sangat ni? Belajar. Bukan merungut.

punca suami curang

12. Isteri terlalu percaya pada orang luar

Percaya pada orang lain lebih dari suami sendiri. boleh sebabkan hubungan bermasalah.

Apa yang suami cakap korang tak nak dengar, semua korang tak percaya. 

Tapi kalau orang luar cakap sikit je, korang dengar, korang buat. Nampak macam remeh, tapi besar kesan dia dalam hubungan rumahtangga. 

Baik bercerai je, kalau dalam rumahtangga dah tak ada kepercayaan pada diri masing masing. 

Tak percaya pada suami, antara punca kenapa suami curang, sebab ada ramai lagi yang boleh menghargai setiap kata kata suami. 

13. Suka buka aib suami pada orang lain

Suka buka aib suami, terutama pada keluarga sendiri. 

Tak ada suami yang suka dengan isteri yang suka bercerita tentang aib rumahtangga. Tapi ramai diantara kita yang suka bercerita pada keluarga. Kadang tu sampai dengan kawan kawan pun kita cerita. 

Pada kita mungkin biasa, tapi bukan pada suami. 

Suami malu & kecewa kalau dia dapat tahu, kita selalu cerita aib rumahtangga pada orang lain. Tak hairan kenapa suami jarang ada rumah, sekali gus cari orang lain yang boleh faham diri dia. 

Kesimpulan

Jangan nampak kesalahan suami sahaja.

Tengok juga kesalahan diri sendiri. Benda macam ni, jangan tahu nak tuding jari pada orang lain je. Kena muhasabah diri jugak. Biar kita tahu, siapa yang salah & siapa yang betul. 

Ramai isteri tahu nak salahkan suami je, tapi kesalahan diri sendiri tak sedar pulak tu. Allahu. 

Wajib ambil tahu tentang suami, jangan pentingkan diri sendiri. Cari punca kenapa suami nak berpisah dengan kita. Kita mungkin nampak suami jahat sekarang ni, tapi mesti ada punca & permulaannya. 

Muhasabah diri untuk kita cari apa punca suami curang dengan kita. Jarang jarang suami curang tanpa sebab yang jelas. 

Kalau boleh kita sendiri kena ubah dulu, sebelum berharap suami berubah ke arah yang lebih baik. Simple. 

Kalau kita asyik harapkan suami berubah, tapi diri kita sendiri tak mahu berubah, harapan je la angan angan kita tu. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.