Boleh ke kanser sembuh sepenuhnya?

Mengenali kanser dan potensi untuk sembuh

Faktor-faktor yang menentukan kanser boleh sembuh atau tidak

Jenis dan tahap kanser: Setiap kanser tu unik, macam kita orang. Ada yang jenisnya lebih mudah untuk dirawat, ada yang lebih mencabar. Tahap kanser pun penting – ada yang masih di awal, ada yang dah lanjut.

Rawatan yang diambil: Cara kita merawat kanser tu juga mempengaruhi. Ada pelbagai jenis rawatan macam pembedahan, radioterapi, dan lain-lain. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya.

‘Cure’ versus ‘Remission’ dalam konteks kanser

Cure: Kita kata kanser tu ‘sembuh’ bila ia hilang selepas rawatan dan tak dijangka akan kembali. Tapi, susah nak pastikan 100% kanser takkan datang balik. Walaupun pesakit dah bebas kanser untuk waktu yang panjang, masih ada risiko kanser itu kembali.

Remission: Biasanya, doktor lebih suka guna istilah ‘remisi’ berbanding ‘sembuh’. Remisi bermaksud kanser tu bertindak balas baik dengan rawatan atau dapat dikawal. Remisi boleh jadi lengkap atau sebahagian, dan boleh bertahan dari beberapa minggu hingga bertahun-tahun.

Statistik survival kanser

Bila kita bincang tentang kanser, ada beberapa statistik yang biasa digunakan untuk memberi gambaran:

  • Kadar survival: Berapa ramai orang yang masih hidup selepas tempoh tertentu dari diagnosis.
  • Kadar survival keseluruhan: Berapa peratus orang dengan jenis dan tahap kanser tertentu yang masih hidup selepas tempoh tertentu dari diagnosis, tanpa kira sebab kematian.
  • Kadar survival khusus Kanser: Berapa peratus orang yang tidak meninggal dari kanser mereka dalam tempoh waktu tertentu selepas diagnosis.
  • Kadar survival relatif 5 Tahun: Berapa peratus orang yang masih hidup 5 tahun selepas diagnosis, tidak termasuk mereka yang meninggal akibat penyakit lain.

Apa itu ‘Cancer Survivor’

Istilah ‘cancer survivor’ punya makna yang berbeza-beza:

  • Ada yang anggap ‘survivor’ adalah sesiapa yang pernah didiagnosis dengan kanser.
  • Ada yang kata ‘survivor’ adalah mereka yang telah selesai jalani rawatan.
  • Dan ada yang anggap ‘survivor’ adalah mereka yang hidup bertahun-tahun selepas diagnosis kanser.

Kanser ada yang boleh sembuh, ada yang susah nak sembuh & ada yang tak boleh sembuh.

Sumber rujukan: Cancer.org

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.