12 sifat lelaki yang perempuan suka!

Perempuan ni makhluk ciptaan Allah yang paling manja & unik dekat alam semesta. So disebabkan perempuan ni unik. Kita belajar, untuk tahu apa yang perempuan suka. 

Bila kita tahu kunci dia, mudah untuk kita berurusan dengan perempuan. Lagi lagi kalau kita nak jadikan dia sebagai peneman hidup. 

Kita tak boleh nak cakap, semua perempuan tu sama. Dah kata unik, lain orang lain la karektor dia. So kita kena belajar spesifik tentang diri dia. 

Artikel ni cuma terangkan lelaki yang perempuan suka secara umum sahaja. 

Links

1. Lelaki yang faham jiwa perempuan

Perempuan paling suka kalau lelaki tu cepat faham diri dia. Tak payah cakap pun tak apa, semua kita dah tahu. Memang rare lelaki macam tu tapi ada. 

Kalau kita ni jenis susah nak faham jiwa perempuan, haa belajar dulu ilmu untuk faham jiwa perempuan ni. Kalau ada gifted lain pulak ceritanya. 

Point penting perempuan suka lelaki yang mahir selok belok jiwa ni. 

"Kita boleh kawal segalanya jika kita memahami jiwa pasangan"

2. Sifat kesabaran yang tinggi

Perempuan suka dengan lelaki yang boleh sabar dengan karenahnya. 

Bukan semua orang boleh tahan dengan perempuan. Nak layan manja dia, nak layan macam macam yang dia akan minta nanti. 

Bukan sebab dia minta duit or belanja, tapi dia akan minta pegang tangan la, peluk la, manja manja la, kadang benda ni semua buat diri kita jadi rimas kut. 

Lagi lagi kat public. Perempuan ni biasanya jenis tak fikir sangat public ke tak. Dia jenis sapu je. 

So untuk karenah yang macam ni lah, kita boleh sabar atau tak. Kalau kita tak boleh sabar, kita kena belajar untuk sabar. Baru la perempuan suka kita dong. 

Siapa pun perempuan tu, dia mesti suka dengan orang yang penyabar. 

Artikel berkaitan

3. Sifat kepimpinan yang tinggi

Perempuan suka lelaki yang boleh pimpin dirinya kerana perempuan suka dipimpin. 

Kiranya perempuan ni suka bergantung dengan orang yang dia sayang. Dia rasa ada orang yang akan backup dia. Dia rasa dia ada tempat mengadu. 

Fitrah lelaki pulak memang untuk memimpin & fitrah perempuan yang untuk dipimpin. Ni penerangan umum je. Ada je perempuan yang memimpin lelaki. 

Apa pun perempuan akan lebih selesa dengan orang yang berwibawa & boleh memimpin dia kejalan yang lebih baik.

So kita kena pandai la untuk survice diri sendiri dulu sebelum kita nak survice bersama anak orang. 

4. Pandai dalam ilmu agama

Perempuan suka dengan lelaki yang pandai dalam ilmu agama. Bukan sekadar ilmu dunia. 

Lagi banyak kita belajar, lagi banyak kita tahu. Bila kita dah tahu, boleh la kita sendiri yang mengajar pasangan kita.

Dan dah tentu pasangan akan lebih hormat & sayang pada kita. Tak pandai tak apa, semuanya dihujung jari. Belajar pada bila bila masa. Simple. 

Lagi teruk, kalau perempuan tu yang ajar kita agama. Sebenarnya okey je kalau perempuan yang ajar kita ilmu agama, cuma tak manis la kan. 

Lebih elok kita sendiri yang ajar isteri. Dalam islam, isteri yang kena cium tangan suami tau. Bukan sebaliknya. 

5. Pandai memujuk (ayat manis)

Jarang perempuan tak suka dipujuk. Hampir kesemuan perempuan dalam dunia ni suka dipujuk. 

Jadi kita mesti pandai memujuk. 

Jangan anggap pujuk memujuk ni buang masa. Pujuk memujuk ni lah yang akan kekalkan hubungan kita dengan pasangan. 

Jangan bagi alasan, tak pandai. Kerana tiada manusia yang tak pandai. 

Yang ada, manusia yang belum belajar sahaja. Selebihnya adalah manusia yang malas. Jadi belajar la untuk pujuk. Pasti diri kita akan disayangi. Simple. 

6. Suka bersembang

Hampir semua perempuan suka bersembang. 

Yang tak suka tu rare. Jadi sebagai lelaki, kita mesti banyak bersembang dengan pasangan. 

Sembang pasal Allah. Sembang pasal Malaikat. Sembang pasal dunia. 

Macam macam benda kita boleh bawa bersembang. Asalkan kita bersembang saja la. 

7. Sangat mengambil berat

Perempuan suka pada lelaki yang sangat mengambil berat. 

Perempuan tak suka lelaki yang tak suka ambil berat. Selalu buat acuh tak acuh. 

Perempuan tak suka dengan lelaki yang tak peka dengan situasi. 

Jadi sifat mengambil berat ni perlu ditanamkan dalam diri. 

Pasangan akan susah untuk melepaskan diri kita. 

8. Suka buat kelakar

"Perempuan dia suka gelak je.. sebab dengan gelak dia boleh lupakan kesedihan dalam hidupnya"

Kebanyakan perempuan suka dengan lelaki yang kelakar. Biasanya suka buat kelakar spontan la. Bukan kelakar buat buat. 

Apa pun kalau kita ni jenis banyak menyembang, banyak modal untuk dibahankan, haa perempuan suka. 

Kita tak kelakar pun tak apa, tapi cuba jadi seorang yang boleh menghiburkan. Baru la perempuan tak bosan dengan kita. 

Ni kalau asyik diam je, mana mana perempuan pun akan bosan dengan kita. So jangan diam, jadi la mesra alam sikit. Simple. 

9. Menjadi diri sendiri

Paling penting perempuan suka dengan lelaki yang menjadi diri sendiri. 

Jangan acah acah untuk menjadi orang lain. 

Sebab perempuan yang mature takkan suka lelaki yang macam ni. 

Nampak tak matang kalau kita jenis yang suka berpura pura. Malu la sikit…

10. Good looking

Perempuan suka dengan lelaki yang hensem. Kita tak hensem tak apa, tapi kita still boleh kemaskan diri kita. 

Kita boleh pakai pakaian yang kemas, kita boleh sikat rambut elok elok. Janji kita nampak kemas. 

Kalau kita gemok tu, buat la senaman kuruskan badan. Tak ada maknanya nak guna ayat ‘dia boleh terima aku seadanya’. Ini semua drama dalam tv je. Realiti nya bukan macam tu. 

Usaha untuk nampak good looking depan perempuan, jangan malas. Orang malas je yang tak dapat apa apa. 

11. Nampak jantan

Perempuan suka dengan lelaki yang berani, nampak kelakian, nampak kuat & power.

Ada juga perempuan suka dengan lelaki yang lembut, tapi umumnya ramai suka yang nampak jantan. 

Tapi benda ni tambahan je la. Tak semestinya kena nampak jantan baru perempuan suka. Nampak lembut pun perempuan suka juga. Hehe. 

12. Bertanggungjawab

Tak ada perempuan yang suka dengan lelaki yang tak bertanggungjawab. Cuba tunjuk contoh yang kita bertanggungjawab menjaga dia. Mesti dia suka pada kita. 

Kalau kita ni jenis main game je, dan abaikan semua tanggungjawab kita, mesti kita yang kena tinggal dengan perempuan tu. 

Sebab bukan apa, perempuan tu pun tak yakin yang kita boleh jaga dia. Dia perlukan lelaki yang bertanggungjawab. Simple. 

Kesimpulan

Belajar & ambil tahu apa yang perempuan suka. Jangan anggap benda ni remeh. Benda ni ilmu kut. Ilmu ni pulak kunci untuk kita bahagia. 

Belajar, praktikkan & insyaAllah mesti jadi. 

Paling penting jangan acah acah tahu, padahal kita tak tahu pun. Lagi kita acah tahu, lagi perempuan tak suka. 

Dia akan nampak kita ni fake. Dia akan nampak kita bodoh. Tak nak kan jadi macam tu?

Jadi la diri sebenar diri. Baiki yang mana kita boleh baiki. InsyaAllah. 

Artikel berkaitan
Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.