1. Betulkan solat
Solat ni sangat penting. Benda ni hubungan korang dengan Allah kot. Kalau solat korang betul dan khusyuk, insyaAllah rezeki pun akan datang dengan lancar. Jadi, jangan main-main dengan solat.
2. Buat ruqyah mandiri
Ini antara kaedah untuk melancarkan rezeki korang.
Ruqyah ni boleh bantu buka pintu rezeki. Kadang kadang ada gangguan jin pada diri yang sebabkan rezeki korang jadi sangkut.
So pentingnya ruqyah mandiri ni untuk buang apa yang tak elok pada diri. Boleh cuba buat ruqyah mandiri dengan niat yang betul. InsyaAllah, rezeki akan datang.
3. Banyakkan sedekah
Sedekah ni bukan sahaja membantu orang lain, tapi juga membantu melancarkan rezeki korang juga.
Banyakkan sedekah, dan Allah akan gantikan dengan lebih. Kalau ada rasa rezeki tu slow, try sedekah. InsyaAllah lancarlah nanti tu.
4. Utamakan keperluan keluarga
Keluarga kita ni penting. Jangan lupa utamakan keperluan diorang. Bila korang jaga keluarga, Allah akan jaga korang. Lagi lagi dengan pasangan.
Utamakan pasangan, Allah akan utamakan korang. InsyaAllah.
5. Cuba bayar zakat
Zakat ni wajib. Barulah rezeki jadi lancar. Kalau tak bayar zakat, susah sikit rezeki nak jadi lancar. So jangan lupa bayar zakat setiap tahun. Kalau korang tunaikan zakat, rezeki korang akan dilancarkan. InsyaAllah.
6. Jangan lupa berdoa
Doa ni senjata orang orang mukmin. Mukmin bermaksud korang beriman kepada Allah & hari akhirat.
Kalau korang yakin & percaya kepada Allah, rezeki korang sentiasa akan lancar. Harapkan rezeki hanya kepada Allah. InsyaAllah.
7. Bersyukur dengan apa yang ada
Bersyukur itu penting. Lagi banyak korang bersyukur lagi banyak korang akan dapat. Ni lah salah satu cara untuk melancarkan rezeki.
Bersyukur dengan apa yang korang ada sekarang, dan Allah akan tambah lagi rezeki korang. InsyaAllah.
8. Elakkan hutang
Hutang ni boleh menyebabkan rezeki terhalang. Jadi, elakkan berhutang dan cuba bayar hutang yang ada sekarang.
Kalau rezeki tak berapa nak lancar, check korang hutang dengan siapa. Jangan la tambah hutang dekat shopee, lazada tu semua. Hutang buatkan rezeki jadi tak lancar.
9. Berusaha dengan ikhlas
Usaha itu penting. Berusaha dengan ikhlas dalam apa jua yang korang buat, dan insyaAllah rezeki akan datang dengan mudah & lancar.
10. Jaga hubungan dengan Allah
Yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Bila hubungan korang dengan Allah baik, semua benda lain akan ikut baik. InsyaAllah.
Kesimpulan
Tu dia cara melancarkan aliran rezeki. Jangan lupa untuk amalkan semua ni dalam kehidupan seharian korang. Ingat, rezeki tu datang dari Allah, jadi korang kena usaha dan berdoa dengan betul.
Jangan sesekali merungut. Ni akan buatkan rezeki korang jadi lambat balik. Semuannya atas diri korang sendiri. Sharekan artikel ni pada orang lain.