Jangan boikot perkara yang korang sendiri tak pasti

Sebelum korang nak boikot apa-apa, benda penting yang korang kena buat adalah research dulu. Jangan terus percaya apa yang orang lain cakap tanpa usul periksa. Lagi lagi kat dalam Facebook tu.

Benda ni sama je macam korang nak beli telefon baru, mesti korang akan baca review dan bandingkan harga dulu kan?

So, sama juga dengan isu boikot ni. Korang kena pastikan yang korang ada semua fakta atau bukti sebelum korang nak boikot.

Siasat dengan teliti

Siasat dulu betul-betul. Sebab ramai yang tak rajin nak membaca.

Carilah sumber yang boleh dipercayai dan bukan setakat dengar dari mulut ke mulut. Ini bukan pasal ikut trend semata-mata, tapi pasal korang perlu buat pilihan yang berdasarkan pengetahuan dan pemahaman.

Fikirkan kesan pada saudara Islam korang

Sebelum korang nak boikot, fikirkan jugak, apa impaknya pada saudara Islam korang yang lain. Adakah tindakan korang tu akan membantu atau sebaliknya?

Kadang-kadang, tindakan yang korang buat korang ingat baik, tapi sebenarnya memberi kesan yang besar pada saudara korang yang lain.

Memang betul, korang akan cakap Palestin lagi teruk. Itu sebab korang tak ada kat tempat orang yang bekerja dan sedang menanggung keluarga tu. So sesiapa pun boleh bercakap.

Hormati pilihan orang lain

Ingat, setiap orang ada hak untuk buat pilihan sendiri. Jangan cemuh orang yang tak boikot – itu hak diorang. Kalau pun dia tak boikot, mesti ada sebab tersendiri.

Mungkin pemahaman dia berbeza, atau mungkin korang yang suka mencemuh ni tak study mendalam tentang apa yang korang boikot.

Dan paling penting, jangan rasa diri korang lagi baik dari orang lain hanya kerana korang rasa korang buat pilihan yang ‘betul’. Hormati pandangan dan keputusan setiap individu.

Jadilah pengguna yang bijak

Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak. Gunakan kuasa korang untuk membuat pilihan yang berinformasi dan bertanggungjawab.

Jangan ikut-ikut je tanpa fikir panjang. Dan ingat, setiap pilihan ada akibatnya. Jangan lepas cakap seolah korang yang terpaling betul. Jangan bercakap sesuatu yang korang tidak diuji oleh Allah lagi.

Boikot tetap boikot, tapi dengan bijak

Boikot memang boikot, tapi lakukanlah dengan bijak. Jangan melulu dan rasa diri tu lebih baik. Sentiasa sangka baik dengan orang lain.

Kalau korang ada barang yang dah beli lama tapi korang nak boikot juga, teruskan tapi jangan sampai buang barang yang korang dah beli.

Boikot ni maksudnya korang tak nak keluarkan duit lagi untuk syarikat tu, tapi yang mana korang dah beli tu tak perlulah sampai buang sebab benda tu semua tak haram.

Kalau buang juga, itu atas hak korang sendiri. Boikot dengan bijak. Semoga artikel ini dapat membantu korang untuk lebih berhati-hati dan bijak dalam membuat keputusan. Ingat, setiap pilihan ada akibatnya.

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.