11 kelebihan memakai niqab yang ramai tak tahu!

Kelebihan memakai niqab ni ada banyak. Sebelum tu kita jelaskan dulu tentang niqab dalam Islam. Pemakaian niqab ni secara umum hukumnya adalah sunnah. 

Tak diwajibkan memakai niqab. Terutama di Malaysia. Kalau luar negara, ada sebahagian ulama menetapkan pemakaian niqab ni adalah wajib. 

Macam yang korang tahu, zaman sekarang semakin ramai yang memakai niqab. Lagi lagi zaman online. Nak dapatkan pun mudah. Order je kat shopee atau lazada.

Dari Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Apabila turun ayat ‘…dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya’ [An-Nur: 31]

Keluarlah wanita-wanita Ansar dengan memakai pakaian hitam. kain yang menutupi seluruh tubuh mereka.mereka, lalu mereka berkata, ‘Inilah kain yang diwajibkan Allah kepada kami.’ Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Janganlah kamu melakukannya. Cukup sekadar menutup muka dan tapak tangan kamu.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud no. 4102 dan dishahihkan oleh Syaikh Al Albani)

Dalam hadis ini, Rasulullah SAW memberi arahan agar wanita Islam tidak perlu memakai kain hitam yang menutup seluruh badan, tetapi hanya menutup muka dan tapak tangan.

Walau macam mana pun korang kena faham yang setiap orang berbeza-beza bergantung kepada budaya dan masyarakat di mana dia hidup. 

Ada sebahagian ulama berpendapat berniqab tidak wajib, tetapi tetap dianjurkan sebagai bentuk pemakaian yang lebih sempurna dalam menutup aurat dan menjaga kehormatan diri seorang muslimah.

Dalam artikel ni, kita akan senaraikan kelebihan memakai niqab yang ramai orang tak tahu kesannya pada diri. Jom baca. 

Kelebihan memakai niqab

1. Elak terkena penyakit ain

Tutup wajah boleh elak diri kita dari terkena penyakit ain. Muka cantik, tapi jadi buruk sebab terkena penyakit ain. 

Penyakit ain ni satu penyakit yang datang dari hasad dengki orang lain & terlebih puji kecantikan kita tanpa menyebut nama Allah. 

Bila kena, mula la tumbuh jerawat, masalah kulit, kusam & bermaya. Mungkin kita anggap benda ni normal, tapi pernah tak kita fikir, benda ni mungkin jadi sebab penyakit ain. 

2. Susah disihir

Pakai niqab ni boleh kena sihir juga. Cuma agak susah la sihir tu nak masuk sebab tak kenal siapa kita. 

Wajah tertutup, pakai pakaian yang lebih kurang sama dengan orang lain. Semua niqabis akan nampak lebih kurang sama je. 

Jadi jin jin yang dihantar pun boleh keliru sebenarnya. Pada siapa yang dia nak pergi, walau melalui nama. 

3. Pakai niqab ada aura yang tersendiri

Pemakaian niqab yang betul akan buatkan kita nampak diri lebih cantik dari kebiasaan. Siapa cakap pakai niqab tak boleh nampak cantik? Boleh. 

Pakai niqab je dah boleh buatkan aura diri korang nampak cantik, nampak disegani & nampak seorang yang berilmu. Itu pun kalau korang pakai niqab dengan betul & kemas lah. 

Sekali dah pakai niqab, aura ni akan berterusan. Sebab tu digalakkan istiqomah. Jangan la pakai niqab on & off. Tak elok sebenarnya. 

4. Orang jahat segan dengan perempuan berniqab

Kebanyakan orang jahat, walaupun diorang ni jahat, diorang akan rasa hormat pada orang orang agama, termasuk la perempuan yang memakai niqab. 

Biasanya perempuan macam ni, orang jahat takkan kacau. 

Bukan kata tak kacau langsung, memang ada, tapi jarang sangat kalau nak dibandingkan dengan perempuan yang tak jaga aurat. 

Yang tak jaga aurat, memang ramai lelaki gatal akan hadir. So nampak tak, kelebihan memakai niqab ni? Ada banyak kan.

5. Terhindar dari maksiat

Bila pakai niqab, kita jadi takut nak pergi tempat tempat yang tak elok. Kita jadi auto malu bila nak ketempat yang tak elok. 

Apatah lagi nak berdua dua dengan lelaki bukan muhrim. Semua ni sebab kita sedar, kita tengah pakai niqab. 

Kalau bukan sebab niqab, dah lama kita enjoy. Ringkasnya pemakaian niqab ni mengingatkan diri kita untuk menjaga batas. 

Kelebihan memakai niqab

6. Lelaki akan hormat

Majoriti lelaki akan hormat dan takut untuk mendekati perempuan yang berniqab kerana biasanya lelaki akan malu & segan bila berhadapan dengan orang orang yang memakai niqab. 

Sebaliknya perasaan malu tiada bila berjumpa dengan perempuan yang tak menjaga aurat. Bila berniqab, urusan kita jadi mudah kerana tidak terganggu dengan pandangan lelaki. 

Memang tak 100% lelaki akan hormat pada kita, tapi majoriti tu memang hormat pada diri kita lagi lagi di Malaysia.

7. Masyarakat memandang niqab sebagai orang yang kuat agama

Mana mana pergi, mesti orang akan tanya, belajar pondok mana, belajar tahfiz mana, dah hafiz quran ke belum. Semua ni menunjukkan, pemakaian niqab pada diri kita dipandang tinggi, dipandang sebagai agamawan. 

Kadang kadang tu orang siap panggil ustazah lagi tu, padahal cuma orang biasa je. Beruntung, sebab kita digolongkan dalam golongan orang yang beragama. 

8. Mendapat pahala jika niat mengikut sunnah

Selama kita memakai niqab, selama tu la pahala akan mengalir pada diri kita, sekiranya kita pakai memang kerana Allah & mengikut sunnah isteri isteri Nabi. 

Kalau kita pakai semata mata untuk nampak cantik dihadapan orang lain, kita mungkin tak dapat pahala. Semua perbuatan kita mesti bermula dengan niat yang baik. 

Kalau nak pakai niqab, pakai lah kerana Allah, insyaAllah kita akan dapat kelebihannya didunia dan diakhirat. 

Kelebihan memakai niqab

9. Menunjukkan identiti sebagai seorang muslimah

Penggunaan niqab dikenal sebagai identiti seorang muslimah. Niqab menunjukkan kesederhanaan dalam berpakaian dan ketundukan kepada Allah SWT.

Dengan memakaikan niqab, seorang muslimah dapat menunjukkan identiti dirinya sebagai orang Islam patuh dengan ajaran Islam. 

Beriman kepada Allah & Rasul. Orang berniqab juga dikenali sebagai orang yang cuma memperbaiki kehidupannya ke jalan Allah & RasulNya. 

10. Menjadi telandan bagi orang lain

Pemakaian niqab boleh menjadi contoh kepada orang lain dalam menjaga kesopanan dan menghormati nilai agama.

Wanita yang berniqab menunjukkan kesopanan dalam berpakaian dan tunduk kepada Allah SWT. Ini boleh mempengaruhi orang lain di sekelilingnya untuk turut memperbaiki cara dia berpakaian dan berkelakuan.

Dengan memberi contoh kepada orang lain, wanita yang berniqab boleh mempengaruhi orang lain untuk menjadi lebih baik dan lebih menghormati nilai agama. 

Ini dapat membantu membina masyarakat yang lebih baik dan harmoni, di mana nilai-nilai agama dihormati dan dijunjung tinggi.

Kelebihan memakai niqab yang ramai tak tahu

11. Mencegah penyakit kulit

Penggunaan niqab dapat melindungi muka daripada cahaya matahari dan pencemaran udara. Cahaya matahari dan pencemaran udara boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan kulit.

Dengan menutup muka anda dengan niqab, kulit muka anda akan dilindungi daripada cahaya matahari langsung dan pencemaran udara, seterusnya mengelakkan penyakit kulit.

Apa beza purdah, niqab & burqa’

PURDAH: Korang tau tak, Purdah ni cara tutup separuh muka dari hidung ke bawah je, mata & dahi terdedah. Biasanya pakai macam ni bila nak cepat je sebab cara ni sangat senang. 

Ada yang guna getah (sarung je) atau tali halus (ikat simpul je) dah boleh melangkah keluar dari rumah. Tak leceh pun, agak kecik & ringan. Biasanya pakai dalam tudung je.

NIQAB: Ni pulak jenis tutup dahi sekali, hanya mata sahaja yg nampak. Ramai yang suka pakai macam ni sebab lagi kemas & senang nak diselak bila nak makan.

BURQA’: Ni jenis paling full cover, semua bahagian tertutup termasuk mata. Biasanya yang pakai macam ni bila Khuruj Masturat dengan suami jer. Contohnya waktu Khuruj Masturat dekat Delhi tahun lepas pun ramai pakai macam ni.

Jadi, korang dah faham kan perbezaan antara niqab, purdah & burqa’? 

Pakailah mengikut kesesuaian tempat. Bukan semua tempat kita boleh pakai sebarangan pakaian. Nabi kata, jangan la pakai pakaian yang terlalu menonjol. Macam burqa’ tak sesuai kita amalkan kat Malaysia ni. 

Kesimpulan

Banyak kelebihan memakai niqab ni kalau kita tahu dengan betul tujuan memakai niqab yang sebenarnya.

Tapi kalau kita pakai niqab untuk menunjuk nunjuk dalam media sosial, sama macam kita tak pakai pun niqab tu. Bila kita pakai niqab, tanya balik pada diri, “untuk apa aku pakai niqab ni?”

Kerana fesyen atau kerana Allah? Jika bukan kerana Allah, lebih baik kita buka sahaja. Sekali kita dah berniqab, pakai la selama lamanya. Orang lain akan mengenal kita sebagai muslimah sejati, insyaAllah. 

Team Imuslim

Team Imuslim

Digital Content Writer - Menulis content yang berkaitan dengan kehidupan seorang Muslim.

Feedback Artikel

Feedback yang diberikan penting untuk membuat artikel yang lebih baik dari masa kesemasa.